PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Anak muda, sediakan 3 ‘kunci’ wajib ini sebelum beli rumah pertama

Sekarang, bukan masa yang sesuai untuk korang berjoli. Terus-terang Tok cakap.

Kalau tak bersedia awal-awal, takut tak sempat beli rumah pada harga yang berpatutan. Lagi lama tunggu, lagi bertambah mahal harga rumah yang korang nak beli tu

Dan dalam apa perkara pun, ilmu tu penting.

Korang baru bekerja dan terfikir nak beli rumah, tapi tak tahu nak macam mana nak mulakan?

Tak usah risau. Jemput hadamkan perkongsian sempoi Tuan Syahrizat Mohd Halid ni.

Tak kira muda atau tua, semua orang boleh guna

Amaran : Artikel ini panjang kerana diberikan contoh jelas untuk korang mudah hadam.

Kata orang nak berharta memang bukan senang. Bukan sekadar perlu menyimpan, tapi ada benda benda yang kadangkala kita perlu berkorban.

Ada 2 + 1 kata kunci untuk miliki rumah seawal muda. Kalau dah berumur pun, takpe. Boleh join sekaki.

Yang penting, jangan putus asa.

Kunci #1 : Elak buat hutang jahat

Cuba sedaya upaya elakkan hutang hutang jahat.

Apa maksud “hutang jahat”? Maksud hutang jahat adalah hutang hutang yang tak membantu menyelesai masalah kewangan. 

Ramai yang merasakan kadangkala, langkah mereka lakukan perkara tersebut itu adalah jalan terbaik. Tapi ia sebenarnya beban yang berlarutan dan kesannya berpanjangan.

Contoh Situasi #1 : Awie bukan nama sebenar membuat personal loan untuk berkahwin.

Niat nak berkahwin itu, baik. Tapi untuk berkahwin, beliau terpaksa membayar 9 tahun personal loan sebanyak RM800 sebulan.

Kalau dah beranak pinak, anak dah sekolah pun tak habis hutang lagi. 

Contoh Situasi #2 : Azie graduan baru habis belajar, baru berkerja.

Merasakan kereta itu sangat penting untuk beliau ke tempat kerja, maka beliau bercadang membeli kereta. Oleh kerana gajinya RM3,000 sebulan, dia mula merasakan RM1,000 sebulan ansuran adalah nilai yang beliau mampu.

Jadi pilih punya pilih, beliau beli sebiji HONDU yang ansuran sebulan RM1,100 saja. Tak banyak beza pun dari budget asal beliau.

KLIK UNTUK BACA : Checklist beli rumah pertama. Dah periksa ke 14 perkara ini? 

Dah terlambat, baru nak menyesal

Namun, setelah memakai kereta tersebut bererapa bulan, baru la dia faham. Kenapa kereta MyVoo lebih sesuai untuk beliau.

Ansuran bulanan saja tak cukup tapi perlu juga bajet Road Tax dan selanggara kenderaan. Hutang kereta, walau singkat, tapi tetap 7 hingga 9 tahun hutangnya.

Sekali DSR dah koyak, 7 hingga 9 tahun juga baru boleh selesai. Nampak tak berapa besar kesan buruknya.

“Bang, kan senang je nak settle. Jual la kereta tu,“ kata mereka yang tak pernah kena.

Ingat ye, kereta bila dijual harganya makin mahal. Kalau jual nanti, dapat duit balik siap ada untung tau. Faham, kan?

Jangan salah faham ye. Beli kereta tak salah. Tapi beli kereta salah tu yang korang kena hati hati.

Kunci #2 : Tak kisah sikit atau banyak. Simpan duit anda

Untuk membeli rumah, kebiasaanya memang perlukan duit. Biasanya, 10% ke 15%.

Namun kadangkala, tak perlu pun. Ada banyak pakej membeli rumah dengan modal yang rendah.

Jadi cuba lah menyimpan, siap sedia untuk rembat jika ada peluang.

Contoh #1 : Jika gaji RM3,000, simpan hanya RM300 sebulan. Jika nak beli rumah RM200,000, deposit perlu 15% iaitu bersamaan RM30,000.

Berapa tahun nak cukup RM30,000, jika menyimpan RM3,000 sebulan tadi?

Jika 10 bulan, baru RM3,000. Jika 100 bulan baru dapat RM30,000, bersamaan 8 tahun.

Kenaikan harga rumah setahun, katakan 7%. Bermaksud naik sebanyak RM14,000 setahun. Masa tu, harga dah jadi berapa?

Nampak. Makin susah nak beli rumah, kan?

Jangan bimbang. Macam abam pesan tadi. Bersedia. Hari ini ada saja pakej 1% atau 2%, atau bayar RM2,00 pun, dah boleh beli. Rugi kalau tak rembat peluang ini.

KLIK UNTUK BACA : Lelaki ini kongsi 8 tip beli rumah pertama. Anda tahu No. #5, anda selamat 

Kunci #3 : Terus-menerus sedut ilmu daripada yang pakar

Ini satu pelaburan yang baik, dan paling mampu milik dan mudah di dapati. Ada yang berbayar, dan ada juga yang percuma.

Caranya sangat mudah.

Mulakan langkah untuk follow mereka yang positif tentang dan suka berkongsi memgenai kewangan, hartanah dan apa sahaja jenis pelaburan yang stabil dan selamat.

Berikut adalah sahabat-sahabat positif yang selalu saya follow. Jom follow tulisan mereka, dan semoga ilmu yang baik akan terus dikembangkan.

Anis Hafiza a.k.a Kak Jemah atau Gangster Ropol Ropol dari dulu memang saya kenal dia. Jenis sound direct, takde simpan. Kental dan berani. Saya memang respect dia

Dengan pendapatannya yang katergori biasa-biasa, beliau mampu beli berbiji-biji rumah. Itu luar biasa. Boleh jadi sumber inspirasi dan bagus bagi mereka yang pendapatan yang sederhana untuk follow.

Bila dah follow sendiri, korang akan faham nanti. Bukan senang nak senang ya.

8 lagi sifu hebat anda patut follow rapat

Ir Ajak Abdul Razak ni, hidup dia dengan hobi ‘rumah busuk.’ Masalahnya, lagi busuk, lagi dia suka. Saya dah follow dia dah lebih 2 tahun.

Suka tengok hobi dia. Masa beli, memang busuk. Tapi bila lepas siap renovate, boleh menangis kalau tengok rumah tu.

Shariza Abd Latif ni, akak yang awesome. Pairing dengan hubby dia yang cool.

Dia sama jugak, tapi banyak kepada jual beli rumah lelong. Main rumah busuk jugak. Tapi lepas siap, baru orang tahu wangi atau tak.

Kalau biasa tengok TV, try cari program ‘Flip or Flop.’ Dan korang akan faham maksud saya.

Abe Nazz Zain.  Awal-awal muncul dulu, dia pakai topeng Batman. Kain kelubung macam Keluang Man. Ilmu hartanah melalui undercon. Yup, dia favourite saya juga. Hehe.

Ilmu ni kalau pandai, sedap juga. Kalau korang jenis yang suka kat ‘capital appreciation’ boleh cuba follow dia.

Azizul Azli Ahmad. Abah Qilah. Kenal dia dari buku dan seminar mampu milik dan ilmu percuma yang setiap hari, direct dari FB beliau.

Ainon Mohd. Saya memang suka baca tip beliau. All about business dan asas perniagaan. Terlalu banyak tip dan Ilmu persediaan untuk mulakan perniagaan yang korang boleh dapat kat page FB.

Harith Faisal ni special. Anak muda yang awesome ilmu berkaitan kewangan, hartanah dan macam-macam perkara asas yang patut dan tak patut.

Follow kalau korang baru graduate atau baru nak mula kenal ilmu kewangan dan hartanah.

Firdaus Pay, jejaka bujang ni pun awesome juga. Kisah kewangan, perbankan, dan juga pelaburan.

Penuh isi dan ilmu yang boleh anda jadikan rujukan. Cuba baca dan korang akan faham.

Amir Syahir. Tulisan beliau membuatkan isteri saya tak jadi tukar baju raya. Beli yang ada-ada je. Jimat.

Cerita kehidupan dan kewangan yang korang wajib follow. Bro ni memang awesome.

Sebenarnya, ramai lagi. Tapi anda boleh mulakan dengan yang saya kongsikan ini. Follow mereka ketat-ketat. ‘See First’ supaya korang tak terlepas baca post mereka.

KLIK UNTUK BACA : Sebelum konvo, dah boleh beli rumah pertama? Lelaki ini kongsikan caranya

Senang je nak cari ilmu beli rumah sekarang ni.

Dengan syarat, korang tahu kat mana nak cari ‘lubuk’ yang betul. Dan kerja korang bertambah senang lepas baca perkongsian ini, kan?

Cuma yang tinggal hanya tindakan korang je. Ilmu banyak, kalau tak buat apa-apa tindakan, pun tak guna jugak.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *