Kenapa patut beli rumah low cost sebagai rumah pertama?

Berapa ramai yang berselera nak beli rumah jenis low cost? Sila jawab dalam hati dengan jujur.

Macam-macam la tomahan kurang enak Tok dengar bila bercakap pasal rumah low cost.

Hakikatnya, kalau tahu merangka pelan pelaburan yang baik, banyak keuntungan yang korang boleh dapat bila beli rumah macam ni.

Faham, ramai yang nak beli rumah yang cantik, atas tanah (landed). Tapi lagi lambat korang beli, korang sendiri yang akan tanggung rugi.

Nah, hadamkan perkongsian Tuan Syahrizat Mohd Halid ni cepat-cepat. 3 sebab ini akan buatkan sel otak korang berhubung.

Banyak cerita pelik tentang rumah low cost

Amaran : Nak beli rumah pertama? Ini yang anda harus baca dulu sebelum buat keputusan.

Memang ada yang sinis tentang rumah low cost. Terlalu banyak cerita seram dan jelek biasa kita dengar tentang rumah jenis ni.

Antaranya :

#1 : Banyak jadi port pendatang asing

“Buat apa nak beli rumah low cost ni? Banyak warga Myanmar dan Indonesia je yang duduk sini.”

“Beg tangan I jenama LV tau. Mana ada kelas duduk kat tempat macam ni.”

#2 : Sampah-sarap, jadi hiasan biasa

yang tinggal kat rumah low cost ni, biasanya orang yang mentaliti kurang sikit. Selalunya kotor sebab ada perangai buang sampah merata tempat.

Lagi bertambah parah kalau beli rumah kat lower ground. Memang saja jadi mansa sepanjang masa.

Aduh, mati la nak.

#3 : Ruang parking, 100% bergantung pada nasib

Rumah low cost ni, selalu ada masalah parking. Bukan setakat double park je. Yang triple park pun ada.

Nak tahu best ke tak, cuba buat benda ni :

“Cuba la bro. Buat double park, lepas tu tarik hand brake.”

Kalau dah bercalar kereta korang tu, jangan marah pulak.

#4 : Ramai ‘ahli mesyuarat tingkap’ kerap bersidang

Rumah low cost, selalu golongan berpendapatan rendah saja yang duduk. Tak masuk lagi dengan orang lama yang dah pencen.

Jadi, ramai yang terlebih masa dan terlebih ambil berat. Orang yang jenis kepochi. Haha.

Apa-apa pun, tadi tu adalah perkara biasa yang ramai orang fikirkan tentang rumah low cost.

Namun, ada beberapa perkara yang selalu kita lupa.

Ada sesetengah orang yang menganggap rumah low cost ni, sebagai satu peluang yang tak patut dilepaskan.

Peluang beli rumah low cost, tak semua orang ada

Ramai yang mampu nak beli, tapi tak layak pulak. Ini realiti rumah low cost yang ramai orang terpaksa telan.

Kalau takde sebarang sekatan, saya yakin ramai dah beli rumah jenis ni sampai berpuluh-puluh bijik.

Tapi ada satu lagi masalah. Yang tak mampu pulak, tak ingin nak beli peluang sedia ada ni. Kadang-kadang, ada yang takde selera nak pandang pun.

Ramai yang terlepas pandang peluang begini, sebab fikirkan perkara yang buruk berbanding perkara yang baik tentang rumah low cost ni.

Antara perkara baik yang ada kat rumah low cost adalah :

Sebab #1 : Harga yang buat ramai orang geram nak beli

Tentunya, rumah low cost dijual pada harga yang mampu milik.

Bayangkan kat kawasan Bangsar, ada lagi rumah yang berharga RM175,000. Kat Shah Alam pulak, RM130,000.

Sebab #2 : Ansuran bulan, tak terasa sangat

Tentu sekali rumah macam ni, bayaran bulanan kat bank lagi murah berbanding sewaan.

Inii contoh. Kalau kita kira harga rumah RM175,000 kat kawasan Bangsar, bulanan sebulan yang kena bayar kat bank boleh jadi RM750 je.

Di mana, kadar sewaan pun hampir sama. Malah, ada je rumah ni yang disewakan lebih tinggi berbanding kadar ni.

Ini la yang abam kata, kadang-kala lebih baik beli terus daripada menyewa.

Kalau korang ada peluang ni, tentu korang tak senang-senang korang nak lepaskan. Betul tak?

Sebab #3 : Nak beli rumah baru? Rumah lama, jadikan ‘mesin jana duit’

Bila dah sampai masa korang nak tukar rumah baru yang lebih besar (upgrade), korang boleh je sewakan untuk jana pendapatan pasif.

Ini yang abam panggil sebagai ‘rumah transit.’ Beli dan tinggal kat situ untuk sementara waktu, dan bila dah mampu, sewakan.

Sebab harga yang korang beli cukup berbaloi, sekurang-kurangnya, rumah korang tu senang nak disewakan.

Nak sewa sebijik terus pun boleh, nak sewa ikut bilik pun boleh. Ini terpulang kat korang.

Hak korang, kan?

Katakan rumah tu ada 3 bilik. Korang sewakan bilik single pada kadar RM300, dan bilik besar lain pada RM350 hingga RM450.

Nampak tak? Ansuran bulanan yang korang kena bayar tadi tu, dapat cover tak dengan untung RM1,100 untuk sewa bulanan yang korang dapat?

P/S : Lagi banyak kemudahan yang korang bagi kat penyewa (aircond, Unifi, dan sebagainya), lagi tinggi kadar sewa yang korang boleh dapatkan.

Tak berdosa beli rumah low cost sebagai rumah pertama

Kalau layak, korang memang patut buru rumah pertama low cost.

Mana tahu, ini rezeki dan peluang korang untuk memiliki rumah pertama pada tahun 2018 ni.

Tahniah kalau korang baca perkongsian ni sampai habis, dan mulakan misi pencarian rumah pertama korang. Kipidap, dongibab.

Kunci utama untuk setiap perkara, adalah sabar. Tak bermakna korang tak mampu beli rumah idaman sekarang, selamanya korang takkan mampu.

Beli dulu mana yang boleh. Lambat beli, orang lain sambar, baru korang tahu apa tu erti penyesalan.

Jemput SHARE, dan panjangkan manfaat perkongsian sempoi ini kat kawan-kawan korang.

629 Shares

Leave a Reply