PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Owner tak bagi turun harga rumah. Nak berunding macam mana lagi?” – Ben

Jual beli rumah second hand, pasti akan libatkan proses rundingan antara pembeli dan penjual. Memang tak boleh nak elak.

Korang boleh pilih sama ada nak berunding sendiri, atau diwakili ejen yang korang pilih.

Tapi tak bermakna korang boleh mengelak belajar teknik berunding dengan betul. Lagipun, bagus ada ilmu ni sebab korang boleh buat sendiri.

Jadi, apa korang perlu sediakan sebelum proses rundingan berlaku?

Jemput hadamkan perkongsian Tok sebelum korang berunding dengan owner rumah.

#1 : Apa sebab owner nak jual rumah tu? 

Pembeli yang bijak (macam korang) tahu, yang transaksi tak berpaksikan pada duit semata-mata.

Pada kebanyakan masa, semua ini hanya untuk menyelesaikan masalah si penjual.

Macam mana nak tahu? Mulakan dengan meneliti isi hati si penjual, apa sebab utama mereka nak jual rumah tu.

Kalau korang dapat kenal pasti ‘sebab’ ni, senang korang nak beli rumah tu pada harga yang menarik.

Katakan, korang dapat tahu sebab nak jual adalah tuan rumah dapat kerja baru, dan terpaksa berpindah ke tempat lain dalam masa terdekat.

Apa korang boleh buat bila dapat maklumat macam ni?

Korang boleh bagi tawaran, contohnya dengan harga direndahkan sedikit berbanding harga asal. Dapat harga yang cantik, korang terus jadi beli.

Pada masa yang sama, korang dan penjual dapat selesaikan masalah masing-masing. Korang dapat beli rumah pada harga terbaik, dan penjual dapat jual rumah dengan cepat.

#2 : Cakap, biar terus-terang

Tak salah untuk jadi friendly masa buat proses rundingan. Tok takde sebarang halangan untuk ni.

Tapi sentiasa ingat, korang tengah berunding untuk jual beli rumah. Bukan beli seluar dalam dekat Sogo.

Pastikan fokus korang tak lari daripada objektif asal – nak beli rumah pada harga yang terbaik.

Elakkan pendam hajat korang untuk diri sendiri. Peluang korang untuk dapatkan harga yang korang nak, adalah lebih baik bila bagitahu harga yang korang mahukan.

Tuan rumah pun, manusia jugak. Bukan ada power, boleh baca isi hati korang. Kan lebih senang bagitau dan terus-terang je?

#3 : Elakkan ego pengaruhi diri anda

Antara yang paling penting, tahu bila masa emosi cuba menguasai diri korang.

Emosi boleh jadi sebab utama proses rundingan berakhir dengan tragedi. Bila penjual dah tak nak berunding, memang korang melopong je la.

Dan tak ada siapapun suka berunding dengan orang yang ego. Ini fakta. Dah semua benda dia yang betul. Bila masa pulak nak dapat kata sepakat?

Penting untuk pastikan semua ni terkawal. Mindset yang positif boleh bantu atasi masalah ni dengan berkesan.

Ingat, korang berunding untuk dapatkan kata sepakat dalam jual beli. Bukan untuk tujuan lain. Kalau nak berkawan lepas selesai urusan jual beli, itu Tok kira sebagai bonus.

#4 : Ambil tahu harga transaksi semasa

Tak kira la korang kaya mana pun. Selagi boleh, tentu korang nak jimatkan duit. Tu sebab korang nak beli rumah bawah nilai pasaran semasa.

Dan dengan tahu harga transaksi rumah terkini, korang juga boleh elakkan masalah overvaluing dan undervaluing.

Siapa yang nak bayar lebih dari harga pasaran, dan penjual mana yang suka ditawarkan harga yang bukan-bukan?

Korang boleh buat kajian harga permintaan dekat sesebuah kawasan guna mudah.my. Atau gunakan Brickz.my untuk dapatkan data transaksi terkini.

Luangkan masa untuk buat kajian. Semua ni akan bantu korang dapatkan gambaran yang baik tentang harga di sesebuah kawasan. Baru boleh tahu berapa harga maksimum yang patut korang bayar.

#5 : Bagi harga tawaran yang tak munasabah

Tak salah nak dapatkan harga rumah yang rendah berbanding market value semasa. Cuma, jangan bagi tawaran yang rendah level tak masuk akal.

Nak contoh? Kalau nilai pasaran semasa rumah tu RM500,000, jangan pulak tawarkan harga seperti RM370,000, atau lebih rendah dari itu.

Elakkan bagi owner atau ejen yang mewakili owner rasa kena tipu. Bila mereka dah rasa macam tu, susah korang nak dapatkan deal yang bagus.

Silap haribulan, mereka dah tak nak langsung berurusan dengan korang nanti.

Ini antara soalan-soalan yang korang boleh tanya dekat penjual, atau ejen si penjual :

  • Berapa lama rumah tu dah berada dalam pasaran jualan?
  • Apa sebab owner nak jual rumah tu? Sebab personal, atau ada masalah lain?
  • Adakah owner terdesak nak jual rumah tu?

Bila dah dapat tahu semua ini, baru korang letakkan harga yang munasabah. Bukan tak boleh beli pada harga murah. Cuma, harga biar masuk akal.

Dalam banyak tip yang ada, ini yang Tok nak korang hadamkan laju-laju. Nampak simple, tapi penting.

Dan setiap kali nak bercakap dan berunding dengan owner, bincang elok-elok. Ini satu tip yang tak rugi untuk korang amalkan.

Perkongsian Tok ni bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang nak beli rumah second hand tu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *