Home Tip pelaburan hartanah Cara terbaik nak buat pinjaman bank untuk orang yang bekerja sendiri. Gunakan...

Cara terbaik nak buat pinjaman bank untuk orang yang bekerja sendiri. Gunakan 6 langkah ini tanpa was-was.

22052
5
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Pihak bank lagi suka berurusan dengan orang yang bekerja bawah orang, sebab mereka lebih terjamin.

Tiap-tiap bulan, pasti dapat gaji, walaupun suka datang lambat dan kaki MC (Tok tak cakap semua orang. Siapa kunyah cili, dia yang terasa pedas).

Dengan gaji bulanan itu, pihak bank “confirm” dapat bayaran ansuran bulanan daripada peminjam. Ini sebab utama mereka lebih utamakan golangan ini buat pinjaman.

Hakikatnya, bank cuma mahu buat untung melalui pinjaman yang kita buat. Tak usah rasa bank baik hati nak tolong korang dengan ikhlas.

Cuma, kita tak boleh elakkan diri 100% dari berurusan dengan bank untuk urusan pinjaman. Jalan terbaik adalah belajar bagaimana gunakan bank untuk manfaat kita.

Tip ini akan buat bank senang hati luluskan pinjaman anda.

Tuan Abdul Rahim Mohd Sabri berkongsi tips dapatkan pinjaman untuk mereka yang bekerja sendiri, atau kerja sambilan tapi tak ada rekod duit keluar masuk.

Dokumen biasa yang pihak bank akan minta sebelum buat pinjaman. 

Ada 3 jenis dokumen yang pihak bank perlu dapatkan daripada kita:

  1. Slip gaji.
  2. Penyata KWSP, atau penyata cukai.
  3. Salinan kad pengenalan.

Kat sini, korang boleh nampak kekurangan orang yang kerja sendiri, kerja sambilan, atau yang buat bisnes online. Golongan ini tak ada dokumen no.1 dan no.2.

Kalau tak ada dua dokumen penting ini, macamana nak buat pinjaman bank?

Itu sebab korang nak belajar dan baca sampai sini kan?

Korang boleh ikut panduan mudah dibawah ini dengan hati yang tenang:

  1. Daftar bisnes korang di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selesai? Buat cop syarikat selepas itu.
  2. Buka akaun semasa untuk syarikat korang (saranan Tuan Abdul Rahim Mohd Sabri, buat melalui Maybank paling senang).
  3. Tetapkan gaji yang korang inginkan (ikut kemampuan syarikat masing-masing).
  4. Daftar syarikat korang di KWSP. Kemudian, carum diri sendiri sebagai pencarum syarikat.
  5. Setiap bulan, korang bayar caruman di KWSP. Untuk gaji bawah RM5000, potongan adalah sebanyak 13% dari majikan, 11% dari pekerja.
  6. Cetak slip gaji anda setiap bulan. Templet slip gaji ada berlambak di Internet. Untuk ini, pakcik Google boleh tolong.

Lepas ini, lebih senang nak buat loan rumah dan kereta.

Lepas guna tip ini, korang boleh buat loan macam orang yang kerja bawah orang. Korang dah ada kelebihan yang dahulunya tak ada.

Selagi tak perlu buat loan, lebih baik elakkan. Hati-hati daripada jebakkan diri korang untuk buat loan untuk iPhone model terbaru. Kalau buat juga, sendiri mahu ingat. Jangan cakap Tok tak pesan.

Tok tak kisah ulang-ulang nasihat yang sama sampai berbuih mulut. Sebab itu tanggungjawab Tok kepada korang. Tapi semua tindakan 100% bergantung kat korang.

Photo by 401(K) 2013

5 COMMENTS

  1. Daripada pengalaman baru yg lepas, banker akan tgk EA form (penyata cukai), berape yg kite declare.. so, bagi yg bekerja sendiri… tolong declare lebih sikit.. senang nak apply loan tahun depan..

  2. Sy business online dh 3 tahun dh. Ssm, akaun company maybank ada dh… Boleh ke register company kt kwsp even xd tapak niaga? Sy mmg xd register cukai lagi. Boleh share tak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here