Home Tip beli rumah Cara kira kos setem duti pembelian rumah yang terkini

Cara kira kos setem duti pembelian rumah yang terkini

2614
1
SHARE
Sumber gambar - Tech City News
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Pembelian hartanah, boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan dan menakutkan pada masa yang sama.

Sebab apa?

Ramai yang takut dengan kos awal yang terpaksa ditanggung. Bukan sikit-sikit anak tau. Kalau tak simpan duit, memang korang saja cari pasal.

Tapi sebab Bajet 2018 bertujuan nak kurangkan beban rakyat dalam hal pemilikan rumah, Tok ada berita baik untuk korang yang nak beli rumah tahun depan.

Nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian sempoi yang Tok baca kat iProperty ni.

Macam mana cara kira kos setem duti yang tepat?

Berikut adalah skala pengiraan setem duti untuk tahun ini (2017) :

  • Caj setem duti 1% = RM100,000 yang pertama,
  • Caj setem duti 2% = RM100,001 hingga RM500,000,
  • Caj setem duti 3% = RM500,001 ke atas.

Tok kongsikan satu contoh senario supaya korang senang faham.

Katakan, korang beli rumah yang berharga RM250,000. Jadi, jumlah caj duti setem yang korang kena tanggung adalah :

  • Caj setem duti 1% (RM100,000 pertama) = RM1,000,
  • Caj setem duti 2% (RM100,001 hingga RM500,000) = RM3,000,
  • Caj setem duti 3% (RM500,001 ke atas) = RM4,000.

Untuk beli rumah bernilai RM250,000, jumlah setem duti yang korang kena tanggung adalah sebanyak RM4,000.

Dan amaun ini, boleh kira banyak kalau dicampur sekali dengan kos kemasukan (entry cost) yang lain untuk pembeli rumah pertama.

Ini berita baik untuk korang pembeli rumah pertama.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah pertama rakyat Malaysia, kerajaan dah pun melaksanakan pengecualian kadar setem duti pada Bajet 2017 yang lepas.

Pengecualian ini adalah untuk pembeli rumah pertama, yang membeli rumah bernilai sehingga RM300,000.

Rumah RM300,000 tak payah bayar setem duti? 

Tok bagi pulak contoh senario ke-2. Kalau beli rumah berharga RM300,000, kos setem duti yang korang kena tanggung adalah seperti berikut :

  • Caj setem duti 1% (RM100,000 pertama) = RM1,000,
  • Caj setem duti 2% (RM100,001 hingga RM500,000) = RM4,000,

Patutnya, korang kena tanggung kos setem duti sebanyak RM5,000.

Tapi atas usaha kerajaan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2017, korang tak perlu bayar apa-apa pun. Semuanya ditanggung beres.

Macam mana pulak kalau harga rumah lebih daripada RM300,000?

Okay. Katakan pulak, korang beli rumah berharga RM400,000. Kos setem duti yang korang kena tanggung adalah :

  • Caj setem duti 1% (RM100,000 pertama) = RM1,000,
  • Caj setem duti 2% (RM100,001 hingga RM500,000) = RM6,000.

Total jumlah ni adalah sebanyak RM7,000. Tapi dengan pengecualian sebanyak RM5,000, korang hanya perlu bayar RM2,000 saja untuk kos setem duti.

Sebab apa?

Untuk hartanah bernilai RM301,000 hingga RM500,000, korang layak dapat peremitan (potongan/diskaun) sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti setem yang dikenakan.

Nanti, tak habis lagi. Korang jugak akan dapat diskaun sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem untuk dokumen pinjaman (loan) yang dikenakan ke atas korang.

Beli rumah juta-juta, kena bayar setem duti tinggi gila

Dan pada hari ini, kemas kini terkini berkaitan setem duti mungkin akan memberi kesan yang berlainan kepada pasaran hartanah di Malaysia.

Bermula pada 2018 tahun depan, skala pengiraan kos setem duti akan ditambah untuk pembelian rumah yang berharga lebih RM1,000,000.

Apa yang ditambah? Korang boleh tengok skala terkini kat bawah ni :

  • Caj setem duti 1% = RM100,000 yang pertama,
  • Caj setem duti 2% = RM100,001 hingga RM500,000,
  • Caj setem duti 3% = RM500,001 hingga RM1,000,000,
  • Caj setem duti 4% = RM1,000,001 ke atas.

Tok kongsikan contoh senario supaya korang mudah faham.

Katakan, korang beli rumah berharga RM1,500,000. Ini kos setem duti yang korang kena tanggung :

  • Caj setem duti 1% (RM100,000 pertama) = RM1,000,
  • Caj setem duti 2% (RM100,001 hingga RM500,000) = RM8,000,
  • Caj setem duti 3% (RM500,001 hingga RM1,000,000) = RM15,000,
  • Caj setem duti 3% (RM1,00,000 hingga RM1,500,000) = RM20,000

Total kos setem duti yang korang kena tanggung rumah berharga RM1,500,000, adalah sebanyak RM44,000.

Sebagai seorang pelabur (atau sekadar membeli rumah untuk duduk sendiri), adalah penting untuk korang ambil tahu cara kira semua kos ini sebelum apa-apa hal. Dah kira, baru la korang boleh mengoptimumkan potensi pulangan dengan baik.

Pada pendapat Tok, pemilikan rumah dalam kategori mass market dijangka akan meningkat dengan pengurangan dan pengecualian kos setem duti ni.

Jadi, jangan ambil mudah dan senang-senang lepaskan peluang ni untuk beli rumah pertama korang.

Perkongsian ilmu ni bermanfaat? Jemput SHARE kat kawan-kawan korang supaya lebih ramai tahu tentang ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here