Home Tip beli rumah “Saya nak beli rumah subsale pertama. Apa patut saya buat?” – Mira

“Saya nak beli rumah subsale pertama. Apa patut saya buat?” – Mira

11668
0
Sumber gambar - puchongcondo.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ini dah jadi impian semua orang. Siapa yang tak nak ada rumah paling kurang sebiji, kan?

Kalau bukan untuk tujuan pelaburan pun, boleh kita guna sebagai tempat berteduh bersama keluarga tercinta.

Tapi semua ini, boleh jadi mustahil kalau kita tak buat apa yang patut.

Dan bukan sikit. Ada banyak benda yang kita kena sediakan supaya impian murni ini tercapai. Kalau nak senang, wajib kita bermula dari sekarang.

Nak tahu cara beli rumah pertama? Jemput hadamkan perkongsian ilmu sempoi Tuan Amir Syahir ni laju-laju. Semoga berjaya, Tok doakan.

Tak pernah terlambat untuk beli rumah pertama?

Tahun 2018 dah pun tiba. Ada anak muda sudah merancang untuk membeli rumah. Ini perkara bagus. Niat dah ada, ilmu pun kena cari. Takde istilah terlambat, yang penting berusaha.

Nak membeli rumah, perlukan persediaan yang rapi.

Jangan terus nak mohon pembiayaan perumahan tanpa baiki profil kewangan. Ambil masa untuk korang baiki profil kewangan terlebih dulu.

Piih 10 hartanah terbaik, shortlist 5 paling bagus, dan beli satu atau dua yang terbaik dan menguntungkan. Dan pastikan kena dengan gaji korang.

Antara serba sedikit korang boleh bermula dengan memburu rumah subsale dengan cara :

#1 : Kukuhkan kewangan bermula sekarang

Kau harus mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Buat tabung kecemasan dalam 3 hingga 6 bulan gaji dan disimpan dalam ASB atau Tabung Haji.

Ini supaya boleh generate dividen juga. Biar ada simpanan sedikit sebanyak. Baru la bank percaya korang mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti.

#2 : ‘Ini’ penentu anda layak dapat pinjaman atau tak?

Mula-mula kena tahu korang layak ke tak buat pembiayaan perumahan. Mana tahu, ada hutang yang korang lupa nak bayar. Atau ada PTPTN sangkut ke.

Lepas tu berapa jumlah pembiayaan korang boleh dapat. Semua ni bergantung pada DSR (Debt Service Ratio) dan skor kredit individu.

Macam mana nak kira DSR?

Katakan, gaji bersih korang dalam RM2,000. Dan korang pulak ada komitmen seperti berikut :

  • Kereta : RM550
  • Pinjaman peribadi : RM200
  • Ansuran rumah (yang nak dibeli) : RM610
  • Jumlah komitmen : RM1,360

Kira DSR korang guna formula ni :

“DSR = Jumlah komitmen + Ansuran rumah yang nak dibeli / Pendapatan X 100%”

Jadi :

  • RM1,360 / RM2,000 X 100% =
  • 68%

Biasanya gaji bawah RM3,000 ni, DSR kena bawah 60%. Jadi, korang kena tambah pendapatan sikit ataupun kurangkan komitmen hutang. Kena cuba cari rumah ansuran bawah RM610 tu.

Nota : Ansuran rumah nak beli boleh cek guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store.

#3 : Belajar dan terus belajar

Setiap hari, buka Mudah.my, PropertyGuru. Mula berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Berguru dengan orang berpengalaman dan orang positif yang minat pelaburan hartanah. 

#4 : Simpan 10% atau 15%?

Kena pastikan korang ada 10% deposit. Nak lagi senang, kena ada 15% daripada harga rumah nak beli. Sebab ada legal fees kena bayar semua. Jadi menyimpan la bermula dari sekarang ya.

#5 : Kasi rekod CCRIS cun-melecun

Jangan takut jika korang ada rekod CCRIS. Ada rekod CCRIS ni bagus. Ia sebagai dokumen sokongan kepada bank untuk membuktikan korang seorang yang bagus dalam membayar balik ansuran. Tak culas.

Yang tak bagus tu kalau korang buat pinjaman, tapi tak reti nak bayar dengan jumlah yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan.

Bila ada nombor selain ‘0’ dalam laporan CCRIS tu, mula la korang nak menggelabah. Masa nak bayar hutang, pandai pulak buat-buat lupa.

#6 : ‘Hutang jahat,’ langsaikan cepat-cepat

Baiki rekod kewangan. Kalau korang ada tunggakan kad kredit, pembiayaan peribadi ataupun hutang yang lain, selesaikan terlebih dulu.

Ini logik bank yang korang wajib tahu. Kalau hutang sedia ada pun korang tak mampu nak bayar, macam mana nak buat hutang baru. Kan? Kan? Kan?

#7 : Masa untuk cari rumah pertama

Bila dah yakin, pergi lah memburu hartanah. Kalau masih baru, gunakan khidmat ejen hartanah. Mereka boleh membantu kau. Pergi tengok rumah yang korang nak beli.

Jangan mengada nak beli rumah atas RM500,000 masa muda-muda ni. Buat pelaburan hartanah dulu.

Beli rumah pertama – Bukan kerja mudah, tapi tak mustahil

Dah nampak laluan dia sikit-sikit? Okay, bagus. Pertamanya penting perbaiki profil kewangan dulu.

Pergi beberapa bank untuk semak berapa kelayakan pembiayaan perumahan korang. Lain bank, lain polisi dia.

Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan pinjaman perumahan tu.

Jika maklum balas pegawai bank tu positif, dan tahu jumlah kelayakan, baru la semangat sikit nak beli rumah. Jika negatif, kena usaha lebih kuat lagi. Tambahkan pendapatan. Cuba matikan komitmen yang tak penting.

Akhir kata. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kah!

Beli rumah bukan perkara yang mustahil. Yang penting, korang kena berusaha untuk pastikan impian murni ni tercapai dalam masa terdekat.

Elakkan mengalah di tengah jalan. Kalau Tok yakin dengan korang, takkan korang tak yakin dengan diri sendiri, kan?

Sila SHARE ilmu bermanfaat ni kat kawan-kawan korang yang nak beli rumah pertama, tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here