PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Penjelasan mudah kenapa anda patut pentingkan “volume” dalam ASB Financing (dan jana keuntungan 5 kali ganda berbanding biasa).

Ada macam-macam teknik dan strategi supaya kita boleh manipulasi ASB Financing, dan kaut keuntungan yang lumayan.

Dan bila Tok cakap macam ni, dah tentu ia berkait secara langsung dengan ilmu.

Dengan ilmu yang betul dan terbukti berkesan, senang kita nak jana keuntungan yang banyak berbanding menyimpan secara biasa.

Ni, Tok ada baca perkongsian Tuan Sobri Kasah yang cukup senang kita nak hadam dan fahamkan.

In Shaa Allah. Lepas dah habis baca nanti, korang lebih jelas nak buat apa lepas ni.

Kenapa “volume” penting dalam pelaburan ASB Financing?

Korang tahu tak? Dekat Jitra, ada gerai (yang agak terkenal) maish menjual laici kang yang dengan harga RM1.00 saja.

Sebenarnya, apa yg saya nak kaitkan ialah tentang volume. Ini antara faktor penting dalam pelaburan ASB Financing.

Cuba kita bayangkan.

Laici kang ini dah beberapa tahun berada di jalanan, dengan purata jualan 500 mangkuk sehari.

Ini belum lagi termasuk permintaan untuk majlis dan katering, samada dari individu, syarikat dan jabatan2 kerajaan.

Kalau orang lain boleh menjual laici kang dengan harga RM2.00, tapi purata jualan hanya 100 mangkuk sehari, untung kasar hanya RM200 sehari.

Bayangkan. Dengan purata 500 mangkuk sehari, untung kasar peniaga jalanan ini adalah RM500 sehari. Jika mampu berniaga 25 hari sebulan, untung kasar mereka ialah RM12,500 sebulan.

Siapa yang lebih untung?

Jadi sekarang kita dapat satu teori, yang keuntungan juga bergantung kepada volume. Bukan dari berapa besar profit margin atau keuntungan semata-mata.

Berbalik kat ASB Financing. Volume juga memainkan peranan yang penting untuk memperolehi pulangan yg maksima.

Sebagai contoh, korang ada lebihan tunai RM13,500 yang disimpan dalam ASB.

Dgn purata dividen 7 – 8% setahun, nett profit korang adalah RM945 – RM1,080 setahun.

Bandingkan pula dengan cash yang sama, korang gunakan sebagai modal ansuran setahun ASB Financing @ RM200K (Teknik Rolling Dividen).

Kalau bank kenakan kadar keuntungan sebanyak 5.2% setahun dan purata dividen ialah 7.5%, maka nett profit korang ialah 2.3%, atau bersamaan dengan RM4,600 setahun.

Perbezaan profit hampir 5 KALI GANDA.

Baca pula contoh ke-2 ini

Kalau korang mampu menyimpan RM550 sebulan melalui ASB Financing @ RM100K dengan teknik compounding, dividen tak dikeluarkan selama 5 tahun.

Bila dah cukup 5 tahun, korang terminate sijil ASB tu dan ini hasil yang bakal korang dapat:

  • Dividen Compounding = RM43,563
  • Baki Principal = RM7,914
  • Pulangan = RM51,477

Jom kita lihat pula apa kesannya dengan kemampuan yg sama (RM550 sebulan).

Korang mohon lagi RM100,000 ASB Financing pada tahun ke 2. Sijil 1 atau ASB Financing akaun 1, gunakan dividen yang dijana dari tahun 1 untuk bayaran tahun ke 2 dan seterusnya.

ASB Financing akaun ke-2, bayar seperti biasa RM550 sebulan dan biarkan dividen compounding selama 4 tahun.

Ini hasil yang bakal anda dapat

1) ASB Financing akaun 1 – Rolling Dividen @ 5 tahun:

  • Dividen terakhir = RM7,500
  • Lebihan dividen = RM3,600
  • Baki principal : RM7,914

Jumlah Pulangan = RM19,014.

2) ASB Financing akaun 2 – Compound Dividen @ 4 tahun:

  • Dividen terkumpul = RM33,547
  • Baki principal = RM6,163

Jumlah Pulangan = RM39,710.

Jadi, jumlah pulangan ASB Financing akaun 1 + ASB Financing akaun 2 = RM58,724.

Jadi, kenapa dengan kemampuan yang sama dan tempoh yg sama, tapi hasilnya berbeza?

Inilah kekuatan VOLUME.

Kalau kita tahu nak gunakan ASB Financing dengan baik, tak mustahil kita boleh jana keuntungan yang lebih banyak daripada biasa.

Elok lagi buat macam ni berbanding simpan secara biasa.

Bayangkan, korang akan dapat pulangan 5 kali ganda tau. Dan ini bukan jumlah yang kecil-kecil anak.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *