PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
Sumber gambar - Bankrate.com

’Trick’ pelepasan cukai 2019 (yang tak ramai orang tahu)

“Pelepasan cukai? Apa benda tu?”

Pelepasan cukai (atau ‘tax relief’) adalah usaha LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), di mana pembayar cukai boleh dapatkan pelepasan untuk sesebuah amaun yang dibelanjakan dalam tahun taksiran. 

Jumlah ini ditentukan daripada jumlah pendapatan yang korang dapat setiap tahun. Lebih tepat lagi, mereka yang bergaji lebih RM34,000 setahun. 

Dengan pelepasan cukai ini, korang akan dapat kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar untuk tahun 2019. Tapi, apa jenis pelepasan cukai yang korang boleh dapatkan? 

Ini yang Tok akan kongsikan pada hari ini. Jemput hadamkan laju-laju kalau korang serius nak tahu. 

Lebih banyak anda claim, lebih banyak pelepasan anda bakal dapat?

Untuk yang bergaji RM34,000 setahun, ada kemungkinan yang korang terlebih bayar cukai pendapatan daripada sepatutnya. 

Sebab tu, ada mekanisma pelepasan cukai ini – supaya kerajaan dapat pulangkan balik lebihan cukai yang dibayar. 

Lebih banyak yang korang claim, lebih tinggi pelepasan cukai yang korang akan dapat. 

Dan yang lebih best, kerajaan juga ada umumkan pelepasan cukai gaya hidup (lifestyle) pada Bajet 2017 yang lepas. Kalau korang beli smartphone, laptop, tablet, atau melanggan Internet, korang layak dapatkan pelepasan cukai untuk semua ini. 

Untuk tahun taksiran 2019, ini pelepasan cukai yang korang layak dapatkan: 

#1: Pelepasan cukai gaya hidup (lifestyle)

Untuk setiap pembelian item di bawah, korang layak dapat pelepasan cukai sebanyak maksimum RM2,500

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar, dan apa-apa jenis penerbitan (tidak termasuk bacaan yang dilarang) untuk kegunaan sendiri, pasangan, atau anak-anak,  
  • Pembelian komputer peribadi, smartphone, tablet untuk kegunaan sendiri, pasangan, atau anak-anak, 
  • Pembelian barangan sukan, tanpa mengira apa jenis sukan (yang termaktub dalam Sport Development Act 1997, kecuali basikal 2-roda bermotor) dan keahlian gim untuk diri sendiri, pasangan, atau anak-anak, 
  • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (seperti UNIFI, Time, dan sebagainya). 

#2: Pelepasan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

Dalam Bajet 2019 yang lepas, kerajaan naikkan pelepasan cukai maksimum dari RM6,000 ke RM8,000 daripada jumlah bersih yang didepositkan dalam SSPN-i (jumlah deposit sewaktu tahun taksiran – jumlah pengeluaran pada tahun yang sama)

Cuma, benda ni takkan berterusan sampai bila-bila. 

Sebab dalam Lampiran 7 Bajet 2019, ada disebut yang kita hanya ada 2 tahun lagi untuk dapatkan pelepasan (YA 2019 dan YA 2020). 

#3: Pelepasan untuk pembayaran Takaful atau Insuran Hayat (Life Insurance)

Sebelum ni, pelepasan cukai untuk sumbangan kepada KWSP dan pembayaran Takaful dan insuran hayat digabungkan. 

Kalau gaji korang RM4,600 sebulan dan menyumbang 11% daripada gaji kepada KWSP, korang takkan dapat sebarang pengecualian cukai daripada premium Takaful atau insuran hayat yang dibayar. 

Berkuatkuasa untuk YA2019, pelepasan cukai untuk sumbangan KWSP kini dipisahkan daripada pembayaran premium Takaful dan insuran hayat. 

Pelepasan cukai sehingga RM4,000 akan diberikan kat korang yang menyumbang kepada KWSP. Tambahan pula, pembayaran premium Takaful dan insuran hayat akan dapat pelepasan cukai sehingga RM3,000. 

P/S: Untuk pekerja swasta, pemilik bisnes, freelancer, penjawat awam, dan pemilik tunggal (sole proprietor), korang boleh memaksimakan pelepasan cukai dengan mendapatkan Takaful atau insuran hayat. 

Untuk penjawat awam di bawah skim pencen pula, pelepasan cukai tetap digabungkan seperti sediakala dan pelepasan maksimum adalah sebanyak RM7,000. 

#4: Pelepasan untuk PRS (Private Retirement Scheme) atau premium anuiti

Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 diberikan kepada setiap sumbangan ke PRS, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini terpakai pada YA2021 juga ya. 

#5: Pelepasan untuk kos perubatan ibu bapa

Untuk ini pula, korang boleh dapatkan pelepasan sehingga RM5,000 untuk kedua ibu bapa, atau RM1,500 untuk seorang bapa dan RM1,500 untuk seorang ibu (berjumlah RM3,000)

Perbelanjaan perubatan yang layak mendapat potongan adalah: 

  • Perbelanjaan kos perubatan untuk ibu bapa yang didiagnosis dengan penyakit atau ketidakupayaan mental dan fizikal, 
  • Perbelanjaan perubatan yang disediakan oleh rumah penjagaan orang tua (nursery home), 
  • Rawatan gigi (terhad kepada pengestrakan gigi, pengisian (filling), penskalaan, dan pembersihan dan ini tak termasuk dengan rawatan pergigian kosmetik), 
  • Perbelanjaan keperluan khas (seperti pemakanan dan lampin pakai buang). 

#6: Pelepasan untuk pendidikan atau faedah perubatan (walaupun bukan melalui potongan gaji)

Yang ini, korang akan dapat pelepasan sehingga RM3,000. Jadi, siapa yang tak buat, rugi la korang. 

#7: Pelepasan untuk setiap anak yang belum berkahwin (berusia 18 tahun ke atas) yang belajar sepenuh masa 

Kalau anak korang tengah belajar untuk ’A-Level,’ sijil, matrikulasi, atau kursus persiapan (preparatory courses), korang layak dapatkan pelepasan sebanyak maksimum RM2,000 untuk setiap seorang

Bukan setakat itu saja, korang juga boleh dapat pelepasan sebanyak maksimum RM8,000 untuk: 

  • Anak yang sambung pelajaran ke peringkat Diploma atau lebih tinggi (tidak termasuk matrikulasi dan kursus persiapan), 
  • Anak yang sambung pelajaran kel luar negara untuk peringkatIjazah, Master, atau Doctorate (Phd).

P/S: Ini tertakluk hanya untuk institusi pengajian atau badan profesional yang dapat kelulusan daripada Menteri Kewangan sahaja. 

#8: Pelepasan untuk pembelian barangan susuan anak (breastfeeding equipment)

Untuk para ibu pula, korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM1,000. 

#9: Pelepasan untuk kos penjagaan anak (penghantaran ke pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika)

Ya, ini pun ada. Yang dah jadi mak ayah tu, boleh tumpang gembira. Korang boleh dapatkan pelepasan sebanyak maksimum RM1,000. 

Buat korang yang bayar semua perkara di atas, dah boleh mula untuk buat kira-kira untuk dapatkan pelepasan cukai 2019 ya. 

Kerajaan dah buat mekanisma ni untuk kemudahan korang. Kalau tanya Tok, rugi la kalau korang tak manfaatkan perkara ini. 

Jadi, simpan semua resit pembayaran dan bila ada masa terluang, kumpulkan dan sediakan diri untuk nikmati pelepasan cukai ini. Tok harap, perkongsian ini membantu. 

P/S: Mohon SHARE perkongsian bermanfaat ini supaya lebih ramai tahu ilmu berharga ini. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed