PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tolong kongsikan idea tip-top ini kepada semua fresh graduate

1. Fresh graduate yang baru mula kerja tu, awal-awal lagi dah kena rancang simpan 50% daripada gaji tau. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa.

2. Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 2 tahun, dah ada RM24,000 dalam simpanan. Kalau anda buat, anda dapat. Tak buat, tengok saja orang lain buat.

3. Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kita sanggup. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis.

4. Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Lambat mula, lambatlah merasa kesannya. Sangat berbaloi untuk usahakannya.

5. Dengan RM24,000 tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM160,000. Ataupun 2 rumah yang berharga RM80,000 setiap satu. Memang boleh lulus.

6. Lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM180,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan bayaran balik bulanan RM1,000. Bayar untuk 2 tahun saja.

7. Andaikan dividen diumumkan 7.25%. Pada tahun kedua anda terminate sijil tu, tunai keseluruhan yang anda dapat, RM32,000. Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.

 

ASB Harith

Excel disediakan oleh: Tuan Shahrol Faizal Abdullah.

 

8. Err. Okaylah tu kan. RM32,000 – RM24,000 = RM8,000. Untung RM8,000 berbanding simpanan cara biasa. Tak faham pasal ASB Financing, saya ada bagi link kat ruangan komen di link asal. Klik sini dan baca.

9. Dengan RM32,000 tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM210,000. Atau dua buah rumah berharga RM105,000 setiap satu. Saya dah kirakan, anda layak. Jangan risau.

10. Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tak payah risau, penyewa bayarkan.

11. Beli rumah pertama (subsale), bawah market value. Dapat cashback. Guna cashback beli rumah kedua pakai cara sama. Dapat cashback lagi, kahwin.

12. Mula kerja umur 23 tahun. Dua tahun kemudian umur 25 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Subhanallah! Cukuplah tu.

Apa lagi yang kau nak hah? Haha. – HF

SHARE jika bermanfaat.

#harithfaisal

NOTA 1: Katakan anda tak terminate sijil ASB Financing RM180,000 tu pada tahun kedua dan teruskan hingga tahun ketiga. Tunai yang anda bakal dapat adalah RM50,000. Boleh jadi modal beli satu rumah RM330,000 atau dua rumah harga RM165,000 tiap satu.

NOTA 2: Kalau tak terminate sampai tahun kelima berapa pula dapat? Belajarlah kira sendiri. Mesti lagi seronok. Link untuk tambah pemahaman dan mahir kira, saya dah bagi ya. Klik sini. Jangan kata abang tak payung.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *