PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Warren Buffett seru orang muda amalkan nasihat ini supaya bijak uruskan kewangan

Semua orang akan lalui zaman muda-mudi. Meriah. Rasa macam dunia kita yang punya masa tu.

Tapi, tak bermakna kita boleh ambil mudah tentang semua perkara. Ini sama juga dengan kesihatan kewangan kita.

Lebih bagus mula ambil tahu dan belajar uruskan kewangan dari muda. In Shaa Allah, lebih terjamin masa depan korang nanti.

Ramai yang kenal Warren Buffett sebagai seorang pelabur dan pengurus kewangan yang berjaya.

J. A. Davis temubual Buffett untuk dapatkan 5 nasihat ini, yang membantu korang uruskan duit sehebat ikon kewangan dunia ni.

Nasihat #1: Mula melabur kat perkara “ini” dulu

Mungkin ramai yang penat dengar nasihat macam ni:

“Mulakan pelaburan awal-awal. Kalau tak, rugi nanti.”

Tapi, memang ini yang patut kita buat pun. Tak ada nasihat paling baik selain nasihat ni. Ia dah cukup tepat dan padat.

Dan yang paling mudah, kita boleh mulakan dengan diri sendiri dulu. Mulai sekarang, kumpul ilmu tentang kewangan dan pelaburan sebagai langkah persediaan.

Nak ikutkan, korang lagi senang nak dapatkan ilmu berbanding orang dulu-dulu.

Terlampau banyak blog atau bahan bacaan berkaitan kewangan dan pelaburan kat Internet. Semua dah tersedia kat telapak tangan masing-masing.

Dari korang baca yang bukan-bukan, baik lagi baca sesuatu yang bagi korang nilai dan boleh selamatkan masa depan korang, kan?

Nasihat #2: Kikis tabiat buruk berkaitan duit segera

Masa Buffett muda, beliau ada satu tabiat buruk yang ramai orang muda sekarang suka buat.

Beliau suka berbelanja. Kalau tak cukup duit, beliau akan pinjam dulu kat sesiapa semata-mata nak puaskan nafsu.

Tabiat ni buatkan kewangan beliau bermasalah pada masa tu. Buffett tahu yang tabiat ini akan melingkupkan masa depan, dan mengambil keputusan untuk ubah tabiat buruk ini.

Bayangkan. Kalau Buffett ada tabiat buruk ini sekarang? Dah tentu beliau tak akan dapat kumpul kekayaan macam sekarang.

Penting untuk kikis tabiat seperti ini seawal mungkin. Jelas Buffett:

You don’t want to learn life lesson the hard way.”

Nasihat #3: Dapatkan bantuan orang yang lebih tahu

Tok percaya, semua orang ada mentor dalam bidang masing-masing.

Dan hakikatnya, lebih senang nak berjaya dengan ada bantuan mentor. Boleh jadi, korang tak akan ulang buat kesilapan, seperti yang mereka pernah lalui dulu.

Belajar daripada pengalaman orang lain tak pernah merugikan. Masa terlalu singkat untuk kita ulangi kesilapan yang sama lebih daripada sekali.

Korang juga boleh kurangkan kerugian dalam pelaburan dengan berkesan. Macam yang Buffett selalu berpesan:

“Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1.”

Baik apa jenis pelaburan sekalipun, cari mentor yang berkaliber dan dapatkan bantuan mereka.

Nasihat #4: Kenali diri anda sedalam mungkin

Hakikatnya, kita tak boleh jadi pakar dalam semua bidang dan perkara.

Tambahan pula, ilmu kewangan dan pelaburan pula sangat luas. Memang tak mampu kita nak ingat semua.

Penting untuk kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita kat mana, supaya senang nak merangka pelan tindakan yang sesuai.

Kalau ada yang terpaksa kita outsource dan dapatkan bantuan orang lain, tak perlu teragak-agak dan buat saja.

Sebab ada perkara yang kita boleh buat, dan ada yang tak. Selain tu juga, banyak masa yang boleh kita jimatkan.

Nasihat #5: Elakkan terpengaruh guna kad kredit

Ini satu nasihat Buffett yang serius.

Kalau termakan umpan ini masa muda, ada potensi besar kita akan menjadi hamba hutang. Bertambah teruk kalau hutang itu semakin bertambah dari masa ke semasa.

Jadi, sentiasa gunakan tunai setiap masa. Kalau terpaksa gunakan kad kredit, pastikan bayar hutang mengikut tempoh grace period untuk elakkan faedah yang mahal. Buat rugi duit korang saja nanti.

Dan selagi tak ada disiplin dalam berbelanja, tak usah gatal tangan nak apply kad kredit.

Ramai yang buat ini, dan akhirnya susahkan diri sendiri saja. Sebab itu kita kena kenali diri sendiri terlebih dulu (baca balik nasihat No. 4 tadi).

Nasihat ini mungkin agak simpel, tapi cukup bernilai bagi siapa yang tahu menghargai.

Hanya jauhari yang kenal manikam, tak gitu?

Tok harap korang semakin bijak uruskan kewangan lepas dah habis baca perkongsian ni. Tok doakan selamat berjaya, dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *