Selalu jugak Tok tanya kawan-kawan, macam mana mereka uruskan perbelanjaan bulanan. Terutama sekali bila beli barang-barang dapur.
Dari situ, Tok dan kawan-kawan bertukar pendapat selain berkongsi ilmu pengurusan kewangan secara tak langsung.
Cuma yang Tok perhatikan, golongan generasi muda sekarang banyak yang gagal dalam mengurus perbelanjaan harian. Bab pembelian barangan dapur, boleh tahan ramai yang kantoi.
Kali ini Tok nak kongsikan sikit cara berjimat untuk perbelanjaan dapur.
Bukan apa. Tok geram bila dengar anak muda sekarang asyik telan Maggi je bila hujung bulan. Padahal, korang boleh je makan nasi setiap hari!
Dengar macam mudah, tapi ramai yang kantoi buat benda ni.
Ramai yang seminggu, atau 2 minggu sekali keluar beli barang dapur. Minyak kereta, masa, bayar parking, semua benda tu pakai duit.
Dari sekarang, latih diri korang untuk amalkan keluar beli sekali sebulan untuk barang dapur. Korang akan terkejut tengok berapa banyak korang boleh berjimat.
Pertama sekali mesti korang akan senaraikan dulu barang-barang yang nak dibeli, betul?
Senaraikan barang basah macam daging, ikan, ayam, sotong, udang dan lain-lain, dan jangan lupa sertakan sekali kos untuk barangan yang nak dibeli. Pastikan kuantiti barangan adalah bersesuaian dengan jumlah penghuni rumah.
Amalan ini juga akan mendisiplinkan dan mengawal perbelanjaan korang secara tak langsung. Bila dapat gaji, terus asingkan duit untuk beli barang basah. Jangan campurkan kalau tak nak cari masalah.
“Tapi Tok, berapa bajet paling cun sekali untuk saya dan sekeluarga?”
Bergantung. Tapi pastikan seminimum mungkin. Tok ada kawan yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak, belanja barang dapur dia tak lebih dari RM350 sebulan!
Tapi kalau anak sampai 11 orang, takkan la korang nak letak bajet banyak tu. Buat bajet, biar logik.
Korang yang bujang tu, tak payah la mengada cakap tak cukup. Padahal, cukup sangat. Tapi kalau amal lepak kedai kopi hipster tiap minggu (lebih kronik kalau setiap hari), memang bajet makan korang lari la.
Awek tak berahi pun tengok korang lepak situ. Sekarang ni, awek nak balak yang dah ada rumah.
Sayur paling segar dalam dunia adalah dari hasil tanaman korang sendiri! Sama ada korang percaya atau tak, itulah hakikatnya.
Kalau beli dekat pasar, kebanyakkannya semua dah disembur dengan racun bagi membunuh serangga perosak. Kalau tak basuh dengan betul, boleh menyebabkan penyakit.
Kalau tinggal kat rumah landed dan ada tanah lapang, boleh la bercucuk tanam. Aktiviti yang sangat sihat untuk badan dan dompet korang jugak. Kalau tinggal kat rumah bertingkat (high-rise), korang boleh cuba tanam secara hidroponik dekat ruangan balkoni tu.
Tapi kalau malas sangat, korang boleh beli dekat pasaraya yang jual barangan basah pada harga yang berpatutan.
Contoh? Belilah sayur di pasar yang memang mesra rakyat, macam Econsave ke. Tak payah berlagak nak beli kat pasar mahal dalam shopping mall tu. Buat ni, alamat memang kopak la wallet korang.
Bila beli secara borong ni, memang sangat menjimatkan dan terbukti harga borong jauh lebih murah. Sebagai contoh, kalau beli telur, beli lah dalam satu papan penuh tu atau lebih.
Kalau nak beli bahan rempah lain, pastikan korang dah ada idea jenis lauk yang korang selalu masak, baru boleh borong tanpa sesalan.
Contoh, suami korang suka makan lauk kari. Dalam sebulan tu, korang masakkan dalam 5 kali, atau 2 kali seminggu. Boleh borong rempah dan kalau tak habis boleh simpan ke bulan depan. Jimat kan?
Kalau ayam pula, jangan lah beli yang frozen atau import. Beli yang biasa sudah. Sekilo 6-7 Ringgit. Korang angkat la 2 ke 3 ekor ke. Tak habis pun RM30. Pastikan ayam tu dipotong kecik, atau macam orang rumah Tok selalu potong 16.
Bila potong kecik-kecik ni nampak banyak sikit dan catuan untuk sebulan pun lebih mudah. Baru la ayam tu tak cepat habis.
Untuk korang yang tinggal di kawasan pinggir bandar, nak cari pasar basah tu takde la susah sangat.
Kalau kat tengah bandar ni mungkin agak sukar. Tapi ada je. Korang je yang kena rajin explore kawasan sekitar.
Setiap pagi, ada je makcik pakcik yang jual sayur segar naik basikal sekitar kota. Beli la dari mereka.
Selain harga murah, sikit sebanyak korang dah tolong ringankan beban dan support bisnes makcik tu. Sebak hati Tok bila tengok mereka…
Elakkan dari beli barangan kat pasar dalam mall tu. Korang pun dah tahu, barang kat situ mahal belaka. Beli la kat pasar tani atau pasar basah yang menjadi kawasan tumpuan masyarakat marhaen, jauh lebih murah jimat.
—
Kesimpulannya, keadaan ekonomi sekarang pada Tok sebenarnya bukanlah faktor utama budaya makan Maggi bila hujung bulan ni.
Ini lebih kepada malas, lepastu salahkan orang lain. Walhal, banyak je sebenarnya alternatif untuk korang berjimat.
Mulai sekarang, amalkan tips yang Tok kongsikan dan lihatlah perubahan. Dah nampak perubahan tu, mulakan menabung untuk beli rumah pulak.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]