Bank tak senang nak luluskan permohonan pinjaman rumah kalau kita takde slip gaji.
Dan kes ini biasanya bersangkut-paut dengan orang yang berbisnes. Adakah golongan ini dah takde sebarang sinar harapan untuk memohon loan rumah?
Kalau Tok ada jalan penyelesaian, korang berminat nak tahu tak?
Bagi yang serius nak tahu, teruskan baca perkongsian Tuan Najib Mohamed ini.
Tak mustahil permohonan tu senang lulus kalau kita sediakan diri dengan ilmu yang betul.
“Saya orang berniaga En.Najib. Takde payslip. Dapat duit berniaga, saya belanja dan kalau ada lebih baru simpan dalam bank. Lepas ke kalau saya nak buat pinjaman rumah?”
Takpe kalau takde payslip. Boleh je memohon loan. Janji kita tahu cara yang betul.
Rata-rata klien yang berniaga sendiri dan mahu membeli rumah harga RM200,000 pasti akan pening kepala. Boleh ke permohonan pinjaman mereka lulus?
Padahal, mereka ni takde sebarang payslip (slip gaji) atau penyata pendapatan seperti orang makan gaji.
Takpe. Korang tak payah risau. Saya cuba jelaskan secara terperinci di bawah ni:
1) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sediakan sekali borang E (Form E) dan lampiran yang berkaitan.
2) Penyata akaun bank syarikat (selalunya akaun semasa). Dan kalau korang ada ambil gaji, sediakan juga penyata akaun simpanan semasa tadi.
Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.
3) Berdaftar dengan LHDN, dan korang dah buat taksiran cukai pendapatan.
Sediakan slip pengesahan penerimaan e-Billing bagi tahun taksiran cukai dan bukti pembayaran (kalau korang gunakan e-Filing).
4) CCRIS (Credit Rental Reference Information System) dalam keadaan yang baik. Cetak slip CCRIS di Bank Negara.
Kalau nak buat secara online pun boleh juga. Klik sini dan cari link “Download Form.” Kemudian, muat turun “Credit Report Request (CRR) Form,” dan emelkan kepada BNM.
Dalam tempoh masa 3 hingga 5 hari bekerja, korang akan dapat username dan password untuk log in.
5) Kalau ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.
Kita akan kira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan.
Sebab itu penggunaan akaun semasa digalakkan untuk setiap pemilik bisnes kerana penyata akan dikeluarkan secara bulanan. Tak macam akaun simpanan.
Satu nasihat saya, pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari.
Tak kira korang berniaga kat pasar malam ke, bisnes trading yang gunakan wang tunai ke, sentiasa pastikan duit tu korang bank in dalam satu akaun je.
Ini supaya senang untuk pihak bank track balik segala gerak-geri duit bisnes kita.
Kalau korang nak buat sebarang pembayaran atau transaksi bisnes, gunakan cek atau bank in je ke dalam akaun penerima. Lebih mudah dan selamat.
Apa yang penting kat sini adalah korang tahu ke mana duit tu dibelanjakan.
Bawah ni adalah contoh cara nak kira jumlah kredit dalam perniagaan korang:
Bermakna, purata pendapatan perniagaan korang adalah lebih kurang RM56,000. Cara kira adalah jumlahkan kesemua pendapatan bulanan dan bahagikan dengan 6 bulan.
Bank akan lihat hanya 20% saja daripada jumlah ini sebagai gaji pemilik bisnes. Yang lebih tu, bank akan anggap sebagai kos operasi atau stok.
Jadi, jumlah gaji korang adalah seperti berikut:
Bank akan ambil jumlah RM11,200 ni sebagai pendapatan bulanan korang, dan gunakan jumlah ni untuk tentukan kelayakan korang dapatkan pinjaman.
Perkara ni bergantung kepada pendapatan, jumlah komitmen, perbelanjaan dan juga disiplin korang sebagai peminjam.
Rekod CCRIS korang akan bagitahu kat bank korang ni jenis yang macam mana.
Lain bank, lain polisi yang korang kena turuti. Ada yang tetapkan kadar DSR serendah 50%, dan boleh pergi sampai 70%. Ada juga bank yang bagi lebih daripada kadar biasa.
Katakan, bank benarkan DSR korang tak lebih daripada 60%.
Bermakna, daripada pendapatan korang tu, jumlah komitmen peribadi yang dibenarkan oleh bank adalah:
Ini pula senarai contoh komitmen yang korang kena tanggung setiap bulan:
Jadi, Debt Burden Ratio (atau Debt Service Ratio) korang adalah:
Kalau korang berhasrat nak beli rumah untuk tujuan pelaburan bernilai RM 400,000, tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah konservatif 5%, ansuran bulanan yang korang kena bayar adalah lebih kurang RM1,900.
Bermakna, DSR/DBR baru korang adalah:
Kalau jumlah DBR/DSR tak lebih daripada kadar yang bank dah tetapkan, permohonan korang ada peluang tinggi untuk lulus.
Sekarang, korang dah tahu. Apa-apa pun, pastikan jumlah komitmen korang tak melebihi kadar DSR yang dah ditetapkan.
PS: Nak lagi artikel berkaitan topik ni? Klik sini sekarang untuk baca.
—
Bank boleh je nak luluskan permohonan loan rumah korang tu. Cuma, ada beberapa perkara yang kita kena jaga sebelum ini boleh berlaku.
Yang pasti, memang tak mustahil untuk kita buat.
Setiap masalah pasti ada cara untuk kita selesaikan. Dan senjata yang paling berkesan untuk tujuan ini adalah dengan ilmu.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
azim says:
kalau dia baru berniaga 6 bulan macam mane nak bayar income tax tuan 🤔
Najib Razak says:
Kalau akaun asb biasa (bukan loan) boleh buat bank statement tak?