Kalau diberi peluang untuk beli rumah pertama, sape je yang tak nak. Kan?
Cuma Tok faham nak beli rumah pertama ni bukannya mudah. Bila ada offer skim oleh kerajaan, korang boleh tengok details. Mana tahu korang layak. Lagi cepat korang boleh beli rumah pertama.
Tok ada baca pasal Skim Perumahan Belia yang dah dilanjutkan 31 Disember 2021 ni. Menarik.
Tok baca maklumat ni dekat KPKT Malaysia dan myBSN. Ngam sangat untuk korang yang dah berkahwin dan tengah nak beli rumah pertama tu. Baca sampai habis tau.
Skim ini diwujudkan khas bagi anak muda untuk mendapatkan bantuan pinjaman perumahan. Cagamas dan juga EPF turut terlibat di dalam Skim Perumahan Belia ini. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk menolong anak muda bagi mendapatkan rumah pertama mereka. Skim ini hanya terhad kepada 20,000 unit rumah saja dan ‘first come first served’.
1.Jumlah pembiayaan : RM100,000 (minimum) sehingga RM500,000 (maksimum)
2. Tempoh pembiayaan : Sehingga 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun
3. Interest / Profit Rate : Up to maximum BLR/ BFR – 2.4% (tertakluk pada terma dan syarat) (Current BLR /BFR is 6.85%)
4. Konsep pembiayaan : Islamic dan konvensional
Tertakluk kepada BSN’s credit guidelines.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari: myBSN
–
Bagi tok, skim ni merupakan usaha yang baik oleh kerajaan untuk membantu anak muda beli rumah pertama. Jadi bagi korang yang layak, tak elok sia-siakan kelebihan ni.
Boleh cuba mohon ok?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]