Berita Terkini

Deposit serendah 5%, 50% diskaun duti setem dengan Skim Perumahan Belia.

Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Mah Sing Group menawarkan bayaran de­po­sit hanya sebanyak lima peratus dan diskaun duti setem sebanyak 50 peratus untuk pembelian rumah di bawah Skim Perumahan Belia.

Tawaran itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia antara 25 dan 40 tahun yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Ini adalah usaha mereali­sasikan impian belia memiliki rumah sendiri.

Ketua Jabatan Kewangan BSN, Frederick Siew Kin Meng berkata, skim itu bertujuan membantu belia terutama pasangan baharu berkahwin memiliki rumah pertama dengan kadar yang rendah dan tidak terlalu membebankan mereka.

“Warga belia diharap tidak melepaskan peluang yang ditawarkan oleh BSN dan Mah Seng ini kerana harga rumah semakin lama semakin mahal,’’ katanya.

Beliau menyifatkan deposit sebanyak 10 peratus seperti yang sering ditetapkan oleh kebanyakan pemaju sebagai membebankan bagi golongan muda.

Hanya ambil masa 45 minit.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran Mah Sing Group, James Bruyns berkata, pihak­nya menawarkan lokasi terbaik bagi projek perumahan Cerrado di bawah Southville City iaitu hanya kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur.

“Jarak kawasan perumahan Cerrado di Bangi ke Kuala Lumpur cuma mengambil masa 45 minit dan kawasan ini akan menjadi zon penghubung di antara Seremban dan Kuala Lumpur.”

“Cerrado menawarkan 1,616 unit rumah dengan keluasan 656 hingga 825 kaki persegi kepada semua warga tempatan yang berkelayakan dengan harga bermula RM357,000,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, lebih menarik apabila kerajaan akan membiayai rebat perumahan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama dan pemohon hanya perlu membayar ansuran bulanan serendah RM400.

Sumber asal: Utusan Online

Author

  • Kongsi

Artikel Berkaitan

DSR Calculator

Kalkulator Kelayakan Pinjaman

Cars, PTPTN, Credit Cards, Personal Loans

Your Results


Hebat!
Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin akan diluluskan.
Garis sempadan. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin memerlukan lebih banyak dokumentasi.

Berisiko Tinggi. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas anda berkemungkinan akan ditolak.

Tempah Perundingan Percuma

Portal majalah hartanah Malaysia terkemuka. Menyediakan tips kewangan, analisa kawasan, dan panduan pelaburan hartanah untuk semua.

Hubungi

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.