Korang mesti pernah dengar skim ni disebut Perdana Menteri masa pembentangan Bajet 2016 tahun lepas kan?
Bermula 2 hari lepas (6 April 2016), korang dah boleh mula buat permohonan kat laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akhirnya, impian nak memiliki rumah pertama semakin hampir menjadi realiti. Syok kan?
Bagi yang belum tahu, Tok nak kongsikan sikit kupasan skim MyDeposit ni untuk bacaan dan pemahaman korang.
Secara mudah, ia adalah skim bantuan kerajaan yang buatkan impian rakyat Malaysia berpendapatan sederhana (M40), membeli rumah pertama mereka jadi kenyataan.
Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan memperuntukkan RM200 juta sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan membeli rumah.
Semalam (masa Tok tengah menulis artikel ini), akhbar New Strait Times keluarkan kenyataan yang dah lebih 2,500 orang memohon skim ini.
Jadi, kalau korang betul-betul berminat, tak usah tunggu lagi dan buat pendaftaran cepat-cepat tau. Tok ada sediakan pautan kat bawah artikel ini untuk mudahkan kerja korang.
Tok juga dapat tahu yang lebih daripada 10,000 buah rumah mampu milik yang berharga bawah RM500,000, dah siap dibina untuk skim ini kat serata negara.
Skim ini berikan sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan rumah (yang korang nak beli) atau bantuan maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah), untuk pembeli rumah kali pertama.
Langkah ini dilihat berpotensi untungkan pemaju dan pembeli. Masa ini, terdapat jurang bekalan rumah yang besar kat Malaysia sebab ramai yang tak mampu sediakan bayaran pendahuluan (sebanyak 10%) untuk membeli rumah kediaman.
Dan ia juga tak tertumpu kat projek perumahan baru saja. Pasaran sekunder (sub-sale) juga layak untuk dapatkan bantuan kerajaan ini.
Sebagai langkah untuk galakkan pemaju swasta membina rumah berharga bawah RM300,000, pihak kementerian akan tawarkan pelbagai insentif kat pemaju. Boleh kata, bertambah banyak rumah yang mampu milik akan dibina nanti.
Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Abdul Rahman Dahlan, MyDeposit terbuka untuk semua jenis rumah daripada setiap pemaju yang berdaftar, kecuali:
KPKT akan menapis dan memilih permohonan yang menepati syarat kat bawah ini:
Sebelum korang nak memohon, baca dan sediakan dokumen sokongan ini dulu:
Bila dah sediakan semua dokumen atas ini, boleh klik kat sini untuk buat pendaftaran dan muat naik segala dokumen.
Bagi yang belum mendaftar, klik kat sini sekarang.
Korang boleh hubungi talian ini dan tanya kat pegawai yang berkaitan:
Nota Tambahan: Korang juga boleh muat turun garis panduan mekanisme perlaksanaan skim MyDeposit ini dengan klik kat sini.
—
Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban korang untuk memiliki rumah pertama.
Dan dah tentu ini akan jadi berita baik untuk kawan-kawan kita yang baru berkahwin. Panjangkan berita baik ini kat kawan-kawan serta saudara-mara korang tau.
Tok harap penjelasan pasal skim ini dapat bantu korang fahamkan maklumat tentang skim ini. Tak usah tunggu-tunggu lagi, dan mula memohon sekarang.