
Topik hangat: Lebih baik menyewa atau beli rumah sekarang?
Ramai rakyat Malaysia – terutama generasi muda – berdepan dilema ini. Dengan kos sara hidup meningkat, harga rumah makin mahal, dan gaji yang statik, persoalan ini semakin penting: adakah menyewa rumah sampai mati itu normal? Atau strategi beli rumah masih relevan?
Dalam artikel ini, kita akan bongkar data, hujah pakar, dan satu formula penting yang ramai tak tahu: “50% Rule” – untuk bantu you buat keputusan yang bijak berdasarkan logik, bukan emosi.
Akhbar-akhbar utama Malaysia seperti Sinar Harian dan Utusan melaporkan peningkatan trend menyewa dalam kalangan generasi muda.
Antara sebab utama:
“Ramai generasi muda hanya mampu menyewa kerana gaji tak cukup untuk beli kediaman sendiri.”
– Laporan Sinar Harian, Januari 2024
Menurut kajian Juwai IQI, sewa rumah di Malaysia dijangka naik sekurang-kurangnya 12% setiap tahun, didorong oleh:
Maksudnya, menyewa pun tak lagi ‘murah’ macam dulu. Malah, dalam 5–10 tahun akan datang, ramai yang menyewa akan bayar lebih tinggi berbanding jika mereka beli sekarang.
Sewa masih relevan dalam beberapa kes. Dan ini framework yang kami gunakan di Gila Hartanah (GH) iaitu: Sewa semasa you adalah 50% lebih rendah daripada ansuran rumah, maka teruskan menyewa.
Contoh:
Dalam situasi ini, lebih logik untuk menyewa, sambil simpan duit & invest di tempat lain.
Sebaliknya, jika sewa bulanan hampir sama atau hanya 50% kurang daripada ansuran rumah – beli lebih bijak.
Contoh:
Kenapa?
“Jika you bayar sewa yang tinggi hari ini, you mungkin sedang bayar rumah orang lain – dan itu bukan rumah you.”
Pandangan kami, gunakan 50% rule ini.
Ramai pelabur bijak bukan beli rumah untuk duduk. Mereka beli rumah:
Rumah pertama bukan kena duduk — tapi kena buat duit. Baru cepat grow ke rumah kedua, ketiga, dan seterusnya. Kemudian, orang lain yang bayar installment rumah own-stay kita.
Menyewa bukan satu dosa, tapi kalau you menyewa dan bayar RM1,800 sebulan selama 10 tahun — bayangkan you dah habis RM216,000 tanpa satu sen equity.
Tapi kalau you beli rumah yang betul, dengan loan yang lulus, lokasi yang ada permintaan, dan harga di bawah nilai pasaran — you bukan sahaja elak sewa mahal, you bina aset yang boleh:
✅ Jana pendapatan sewa
✅ Naik nilai hartanah
✅ Digunakan untuk refinance atau pelaburan seterusnya
Faham setakat ni?