PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Panduan supaya orang muda senang nak beli rumah pertama. Baca 11 tip ini sekarang

Mesti korang seronok dapat kerja, kan?

Alhamdulillah. Boleh la lepas ni mula kumpul duit untuk beli rumah pertama.

Tapi, nak beli rumah bukan satu perkara yang mudah dibuat. Bukan macam nak beli Choki Choki kat kedai runcit Mutusamy.

Banyak perkara yang kita kena sediakan. Daripada bab duit, hingga ke kelayakan korang untuk memohon pinjaman kat bank.

Tuan Hafizi Zain ada kongsikan tip pasal topik ni kat The Vocket. Baca dan buat, kalau tak nak hadap banyak masalah semasa membeli rumah pertama korang ya.

#1: Jadikan pinjaman rumah sebagai pinjaman sulung anda kat bank

Dan selagi boleh, elakkan buat loan kereta dulu. Sebab loan tu akan buatkan komitmen korang semakin tinggi. Dan kelayakan korang untuk beli rumah akan jadi berkurang.

Kalau nak jugak pakai kereta, buat pinjaman atas nama orang lain seperti abang, kakak, ayah, atau ibu korang. Asalkan tak guna nama kita sendiri.

Nak lagi senang? Minta kebenaran ibu ayah atau adik-beradik untuk sambung bayar kereta mereka.

PS: Nak lagi ohsem? Kumpul duit dan beli kereta secondhand, dan bayar secara lump sum. Korang tinggal nak pening pasal maintenance je. Dah tak payah pening nak bayar ansuran bulanan kereta.

#2: Kalau ada buat bisnes, wajib buka akaun syarikat

Ini lagi satu yang penting. Kalau pelanggan bank in ke akaun personal korang, ia takkan dikira sebagai pendapatan ya. Buat rugi je.

Dan kalau ada yang terlepas, sila transfer balik masuk ke akaun syarikat dengan nota “cash sales.”

Kalau korang masih bekerja (makan gaji) dan ada bisnes sendiri, daftarkan perniagaan korang tu ya. Setakat enterprise saja dulu pun dah cukup.

#3: Ada bisnes bukan lesen untuk korang belanja duit syarikat sesuka hati

Kalau ada bisnes, tetapkan kadar gaji yang korang terima setiap bulan daripada syarikat tu. Dan janga lupa bayar sekali KWSP kat diri sendiri.

Bila buat permohonan loan bank nanti, korang akan ada 2 jenis income stream. Satu pendapatan bekerja, dan satu lagi income daripada bisnes.

Boleh la 2 income stream ni dibuat jadi backup masa nak memohon loan rumah nanti. Bank akan tengok benda ni, untuk pastikan sama ada korang layak jadi peminjam atau tak.

Dan untuk pembayaran gaji, gunakan cek syarikat untuk bayar tau. Elakkan transfer gaji secara online saja. Pastikan korang tak lupa buat payslip dan cop syarikat sekali.

#4: Elakkan buat sebarang pinjaman lain (seperti ASB atau pinjaman peribadi) kalau tak ada ilmu

Pinjaman lain akan dikira sebagai komitmen korang. Semua perkara ni akan direkod dalam CCRIS korang. Lagi tinggi komitmen korang, lagi susah bank nak bagi loan.

Korang boleh kira komitmen korang dengan formula DSR ni (Jumlah komitmen bulanan / Jumlah pendapatan bulanan X 100%).

Pinjaman jenis ini selalu jadi faktor yang buatkan bank menolak permohonan pinjaman untuk membeli rumah.

Kalau nak buat juga, mohon kaji dulu betul-betul. Kalau nak beli rumah dan nak buat pinjaman ASB juga, pastikan lepas dulu buat pinjaman rumah, baru buat pinjaman ASB.

Bagi saya, kalau ada perancangan nak beli hartanah ke-2, elakkan buat pinjaman ASB dulu. Sebab biasanya, pihak bank akan tawarkan kat kira selepas kita lulus pinjaman rumah pertama.

Lain la kalau pendapatan korang besar.

Kalau setakat ambil pinjaman ASB dan bayaran bulanan tak berikan kesan besar kat DSR korang, tak apa.

#5: Beli rumah pertama untuk tujuan pelaburan, bukan duduk sendiri

Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau korang beli untuk duduk sendiri, ianya akan dikira sebagai perbelanjaan.

Lain cerita kalau korang boleh beli secara tunai. Cuma, tak ramai yang ada kemampuan ni.

Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain.

Korang memilih untuk cash flow investment? Maksudnya, korang sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tak kurang dari bayaran bulanan kepada bank.

Satu lagi ialah Capital Gain.

Ini bermaksud, anak muda beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila nilai rumah tersebut meningkat, anak muda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggil Capital Gain.

#6: Elakkan beli rumah secara joint venture dengan suami atau isteri

Ini sebab setiap orang hanya layak dapatkan 90% loan untuk 2 buah rumah saja. Kalau nak beli rumah ke-3 dan seterusnya, korang hanya layak dapatkan 70% loan.

Ini bermakna, kalau ikut peraturan, sepasang suami isteri layak membeli 4 biji rumah.

Tapi kalau gabung nama (JV), korang hanya layak dapat 90% loan untuk membeli 2 buah rumah saja. Rugi la macam ni.

Pencaturan yang betul untuk suami isteri adalah, beli 4 buah rumah dan 3 disewakan, dan sebuah boleh guna untuk duduk sendiri.

Untung sewa daripada 3 buah rumah tadi, boleh korang gunakan untuk bayar bulanan rumah yang korang duduk tu. Korang mesti suka duduk secara percuma, kan? Ini caranya.

#7: Rekod CCRIS kena kasi cantik

Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-piutang kita dengan institusi kewangan kat Malaysia.

Untuk memudahkan korang, sebelum buat keputusan untuk memohon loan rumah, pastikan semak dulu rekod CCRIS siap-siap.

Kat situ nanti, korang akan nampak senarai hutang. Dan kat sebelah senarai tu, korang boleh tengok senarai bayaran bulana untuk setiap pinjaman yang dibuat.

Kalau semuanya “0” je, bermakna rekod korang bersih. Korang memang seorang pembayar hutang yang bank sayang.

Kalau “1”, bermakna ada 1 bulan yang tertunggak bayaran. Sama juga dengan nombor lain seperti 2,3,4, dan seterusnya.

Cara nak buat semakan adalah dengan pergi ke Bank Negara, dan gunakan mesin yang disediakan kat situ. Boleh juga kalau nak buat secara online saja (klik sini kalau korang nak tahu).

#8: 3 jenis rumah yang anda boleh beli

PERTAMA, rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (jual balik) bila dah siap nanti.

Kalau korang cari rumah yang ada diskaun 7%, maka korang hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja.

Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.

KEDUA, rumah subsale. Bermaksud rumah yang dah siap, dan dah ada nama orang lain punya.

Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dan lain-lain.

KETIGA ialah rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe. Kalau high risk, bermakna high-lah return dia.

Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah korang.

Untuk jenis rumah lelong, kroang perlu buat kajian dari segi harga pasaran, keadaan rumah, kejiranan dan lain-lain sebelum commit untuk join bidaan.

PS: Kalau tanya saya, saya lebih suka beli rumah UNDERCONS.

#9: Ini strategi paling selamat kalau anda nak beli rumah undercons

Kalau nak beli rumah jenis ni, pilih developer yang besar-besar saja.

Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide, dan lain-lain. Sebab pertama kenapa perlu pilih developer ini adalah risikonya kurang.

Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang tak ada nama, risikonya sangat tinggi.

Sebabnya? Mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah-masalah lain yang menyebabkan projek tu boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti.

Sebab kedua, kalau developer besar mereka biasanya menyediakan banyak benefit kepada pembeli.

Sebagai contoh, diskaun 5% – 10%, air conditioner percuma, alarm system, vinyl floor, dan macam-macam lagi.

Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop.

Tengoklah contoh SP Setia. Beruntungnya orang beli rumah dekat Setia Alam ni. Betapa banyaknya kemudahan-kemudahan baru yang mereka dapat. Contohnya, ada mall, masjid, bank-bank, taman-taman, dan macam-macam lagi.

#10: Ikut hati, mati. Ikut nafsu, binasa

Sentiasa beli rumah ikut kemampuan dan kapasiti masing-masing.

Kadang-kadang, kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar. Kita pun nak ikut sama beli rumah besar jugak. Pinjaman bank mungkin boleh lulus.

Tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat-sangat membebankan korang. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada pendapatan korang. Last-last, kantoi nak bayar tiap-tiap bulan.

Untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum ambil keputusan untuk membeli mana-mana rumah, pastikan korang buat kiraan terlebih dulu tentang kemampuan pendapatan bulanan korang untuk membayar rumah tu nanti.

#11: Macam mana nak memohon pinjaman kalau tak pernah berhutang?

Bergantung kepada sesetengah bank jugak. Sekiranya korang tak pernah buat pinjaman dengan bank, maka rekod CCRIS korang pastinya kosong.

Dan bank tak dapat menilai macamana disiplin korang dalam membayar balik loan yang dibuat.

Sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, ada 2 cara yang korang boleh buat.

PERTAMA, mohon saja kredit kad dan guna. Cara guna kredit kad yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik kredit kad tersebut.

Ini untuk mengelakkan korang terlupa untuk buat bayaran. Apa-apa pun, pastikan korang bayar balik cepat-cepat untuk elakkan membayar kadar bunga yang tinggi.

KEDUA, buat pinjaman peribadi dalam jumlah yang paling rendah di Easy RHB. Dengan cara ni, bank akan nampak track record yang korang merupakan seorang pembayar hutang yang baik.

Kalau ada ilmu, semua benda boleh jadi mudah.

Dan ini termasuk sekali dengan perihal membeli rumah.

In Shaa Allah, lepas amalkan ilmu kat atas ni, senang je perjalanan korang nak beli rumah pertama nanti. Semoga berjaya, Tok doakan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *