PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Sewakan atau duduk sendiri? Ini apa yang pembeli rumah pertama kali patut buat

Masih ramai lagi yang jadikan rumah pertama untuk kegunaan sendiri.

Padahal Tok yakin mereka dah sedia maklum, yang tindakan ini tak kasi apa-apa untung pun. Silap hari bulan, ada yang kantoi bayar duit ansuran bulanan rumah tu.

Mana macam poket tak koyak, kalau bayar ansuran bulanan rumah tu pakai duit gaji korang sendiri?

Tu sebab Tuan Ariff Shah cadangkan macam ni. Teruskan bacaan kalau korang serius nak tahu.

Keputusan korang akan bagi impak jangka masa panjang kat kesihatan kewangan korang. Baik fikir masak-masak dulu sebelum buat sebarang keputusan yang tak elok.

Mentaliti yang buatkan poket pembeli rumah pertama koyak teruk

Saya pernah temankan seorang rakan ke Thriller Hartanah DSR di Bangi.

Dan soalan ini diutarakan dalam seminar tu, dan saya rasa memang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Dah jadi mentaliti orang biasa. Rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri.

Kalau korang ada fikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.

Kenapa?

  1. Korang mesti pilih yang terbaik, tercantik, terbesar dan paling selesa. Rumah macam ni mesti mahal berbanding rumah untuk pelaburan. Kalau saya pun, akan pilih macam tu. Kita nak yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, betul?
  2. Rumah untuk tinggal sendiri tak boleh menjana pendapatan.

“Kenapa pulak kena beli rumah untuk pelaburan dulu?”

Rumah pertama patut dibeli sebagai pelaburan sebab:

  1. Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa,
  2. Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi,
  3. Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah. Sebab kalau installment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.
Sumber gambar: Ariff Shah

Sumber gambar: Ariff Shah

Ini rule of thumb yang korang kena selalu ingat:

“Lagi rendah DSR, lagi bagus.”

Kalau korang buat ni, memang mudah untuk lulus loan yang seterusnya.

Lain cerita pulak kalau DSR korang dalam lingkungan 60 hingga 70%. Say goodbye to whatever loan application yang korang buat. Memang susah nak lepas.

Bila beli rumah untuk pelaburan, tak kisah sangat berapa harga rumah tu asalkan menepati pelan pelaburan kita. Kalau boleh, beli yang paling murah.

Bila beli rumah sendiri, memang nak pilih yang terbaik dan ada kalanya kita sanggup bayar lebih.

Kalau yang menyewa tu, biarlah hidup menyewa dulu. Beli rumah untuk pelaburan, korek sendiri telaga duit korang.

Bila dah steady dan ada beberapa telaga duit, barulah beli rumah sendiri yang selesa. Mungkin masa tu dah mampu nak beli rumah idaman.

Tolong panjangkan ilmu ini kepada yang belum tahu

Orang kita kata:

“Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.”

Kalau korang ada kawan yang nak beli rumah pertama (atau masih belajar di IPT), kongsikan entri ni kepada mereka. Jangan biarkan mereka buat kesilapan.

Zaman sekarang, pelaburan hartanah bukanlah suatu pilihan.

Tapi satu kemestian.

Artikel kali ni, Tok akui memang agak pendek berbanding dengan yang lain.

Tapi selagi ia padu dengan ilmu, Tok yakin korang akan belajar sesuatu yang penting dalam perkongsian Tuan Ariff Shah ni.

Jadi, korang nak sewakan ke atau nak buat duduk sendiri? Yang penting, Tok dah sampaikan apa yang perlu. Terpulang kat korang nak decide yang mana satu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *