Berita Terkini, Featured

Residensi Rampai – Rumawip dengan 850 kaki persegi, RM299,900 seunit

Para pembeli Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) beruntung kerana berpeluang menikmati kemudahan bertaraf kondominium di kediaman tersebut dengan harga berpatutan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Rumawip yang dikenali Residensi Rampai, Setapak di sini merupakan rumah mampu milik pertama di ibu negara yang siap dibina bulan lalu.

Jelasnya, projek usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju, Pancaran Nilai Sdn. Bhd. di atas tapak seluas 0.74 hektar itu kini mula diduduki pemiliknya.

“Sebanyak 161 unit daripada 322 kediaman di blok setinggi 21 tingkat itu adalah kediaman Rumawip, manakala selebihnya adalah unit dengan harga bebas.”

“Pembangunan Rumawip menawarkan saiz kediaman seluas 850 kaki persegi berharga RM299,900 seunit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumawip Re­sidensi Rampai, Setapak di sini semalam.

Siap dibina 7 bulan lebih awal

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari; Datuk Bandar Kuala Lumpur; Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Menurut Tengku Adnan, beliau gembira projek tersebut berjaya disiapkan pemaju dalam tempoh tujuh bulan lebih awal sejak pembinaan dimulakan pada April 2014.

“Kita akan pastikan semua projek Rumawip akan siap lebih awal dan pemaju yang dipilih berkemampuan dan berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembinaan Rumawip kini mencapai 62 peratus meliputi 49,462 unit daripada sasaran keseluruhan seba­nyak 80,000 unit menjelang 2020.

“Masih terdapat sebahagian dalam proses penjualan dan saringan permohonan se­perti Residensi Pandanmas 2, Residensi Kepongmas dan Residensi Puchongmas,” katanya.


[Sumber berita asal: UTUSAN ONLINE]

Author

  • Kongsi

Artikel Berkaitan

DSR Calculator

Kalkulator Kelayakan Pinjaman

Cars, PTPTN, Credit Cards, Personal Loans

Your Results


Hebat!
Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin akan diluluskan.
Garis sempadan. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin memerlukan lebih banyak dokumentasi.

Berisiko Tinggi. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas anda berkemungkinan akan ditolak.

Tempah Perundingan Percuma

Portal majalah hartanah Malaysia terkemuka. Menyediakan tips kewangan, analisa kawasan, dan panduan pelaburan hartanah untuk semua.

Hubungi

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.