Yang sepatutnya, kita yang jaga duit.
Sekarang, banyak yang Tok tengok dah jadi songsang. Duit pulak yang jaga kita.
Biasa la tu, graduan muda. Bukan semua. Tapi buat siapa yang terasa, tu petanda korang kena mula cari ilmu kawal belanja. Sebelum jadi kronik, baik sekarang korang mula.
Untung korang. Tuan Amir Syahir ada kongsikan ilmu ni. Hadamkan betul-betul, lepas tu amalkan. In shaa Allah, kewangan korang boleh selamat.
Bila korang dah mula cari duit sendiri, barulah korang tau. Punyalah susah nak dapat duit.
Bila dah dapat duit, senang je nak habiskan.
Jadi, kau mesti didik diri kau supaya tak terperangkap dengan masalah pengurusan kewangan.
Didik diri sendiri terlebih dahulu supaya nanti kau boleh didik ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Ini antara panduan yang korang boleh buat:
Mulakan dengan menyimpan 10% daripada gaji bulanan, dan tingkatkan jumlah ni dari semasa ke semasa.
Masa muda, ambil perlindungan Takaful siap-siap. Yang bawah RM100 pun ada. Mulakan melabur duit yang ada dekat instrumen yang diyakini.
Jangan berhutang terutama perkara yang tak perlu. Elakkan berhutang untuk membeli perabot dan perkakas elektrik. Simpan sikit-sikit, bila dah cukup duit baru beli.
Jangan buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Nak melangkah ke alam rumah tangga pun dah berhutang RM30,000 – RM50,000 dengan bank.
Apa guna ‘Wedding Of The Year,’ tapi berhutang sampai bertahun-tahun tak habis-habis bayar?
Jangan ubah gaya hidup menjadi lebih hipster bila dah naik gaji.
Korang tu. Bila dah naik gaji sikit, terus nak pakai IPhone. Padahal telefon lama masih elok lagi. Ingat, guna sampai habis. Pakai sampai rosak.
Cari pendapatan sampingan. Boleh tambah RM300 – RM500 setiap bulan, okay dah. Lepas la buat beli barang dapur atau pampers anak.
Jauhi skim cepat kaya. Jangan korang senang-senang percaya, kalau ada orang janjikan pulangan yang besar dengan modal yang kecil.
Kalau dia dah jumpa cara, mesti dia ajak saudara mara dia je. Takkan dia nak ajak kau yang dia tak kenal. Simple.
Jangan terlalu mudah bermurah hati nak jadi penjamin pembiayaan kepada adik-beradik dan kawan-kawan terdekat, sekiranya mereka tak mampu.
Korang tengok gaya hidup dia macam mana dulu. Jangan terus nak setuju.
Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Kalau nak senang, kau kena la berkorban sikit. Mula-mula je rasa sakit. Lama-lama okay la, sebab dah biasa.
Tangguhkan kehendak korang tu dulu. Biasa la, baru kerja, kan? Gaji pun sikit lagi. Lama-lama korang kerja nanti, nak beli apa pun, beli la.
Kalau masa belajar dulu korang boleh ikat perut sikit, tak bergaya hidup mewah. Kenapa masa dah kerja kena berubah, kan?
Ini tak. Gaji ciput. Tapi nak beli benda berjenama je. Beli kereta pun, nak yang jenama luar negara je. Harga kereta, tak kena dengan gaji pulak tu.
Jadilah orang yang bijak dalam menguruskan kewangan, supaya hidup korang dan keluarga tak kucar-kacir pada masa hadapan. Kah!
—
Tok setuju keras dengan kenyataan dekat atas tadi. Semua orang wajib jadi bijak dalam bab uruskan kewangan.
Tok tak cakap pulak senang nak control belanja. Dengan tiap-tiap hari berdepan dengan macam-macam iklan. Dah la tengah musim sales sekarang ni.
Tapi, Tok sendiri percaya korang boleh buat. Mindset tu, tetapkan pada satu matlamat yang korang nak capai – jinakkan nafsu berbelanja.
–