Untuk membina masyarakat yang mampan dan berdaya maju, pemaju hartanah Tropicana Corporation Berhad bekerjasama dengan PanaHome Malaysia Sdn. Bhd. untuk membina 272 rumah semi-detached kat projek township terbaru mereka, Tropicana Aman.
Rumah ini berkonsep inovatif dan mesra-alam.
Pelancaran Cheria Residence, fasa ke-3 presint kediaman kat Tropicana Aman seluas 863 ekar, menandakan kerjasama pertama antara 2 syarikat ini.
Cheria Residence dibina dengan konsep serta reka bentuk inovatif, dan dilengkapi dengan teknologi pembinaan pintar Jepun yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
Turut hadir adalah Yasuteru Fujii, Penasihat Korporat Panasonic dan PanaHome Corporation.
Tropicana diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Yau Kok Seng dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dickson Tan.
PanaHome pula diwakili Pegawai Eksekutif, Kenji Koyama dan Pengarah Urusan, Haruhiko Kuwano.
Yau berkata, Tropicana sentiasa jalankan kerjasama yang seragam untuk mengisi kehendak masyarakat tempatan, bagi memperkayakan kehidupan dan meningkatkan ekosistem.
“Membina rumah pintar yang invoatif dengan PanaHome adalah tanda komitmen kami.”
“Bukan saja kami nak wujudkan kerjasama yang harmoni, tapi membina sebuah perbandaran ideal yang bersatu dengan alam semulajadi,” jelas Yau dalam satu kenyataan.
Haruhiko Kuwano juga menambah, dengan visi Topicana yang mentakrifkan semula seni kehidupan dan komitmen mereka membina kediaman bertemakan resort mewah, kedua-dua syarikat ini akan terus membina perbandaran yang menarik kat Tropicana Aman.
The Cheria Residence yang baru diumumkan ini dijangka akan dilancarkan pada pertengahan bulan Julai 2016 dan dijangka siap pada tahun 2019.