Masuk je umur dewasa pasti kita semua berimpian untuk miliki rumah dan kereta terutamanya. Tapi ramai tak sedar bayaran kedua-dua aset itu memerlukan komitmen yang agak tinggi. Mungkin pada masyarakat, miliki banyak komitmen itu tanda kestabilan kewangan.
Tak boleh salahkan mereka juga sebab dari kecil sudah didoktrinkan bahawa memiliki rumah dan kereta adalah lambang kejayaan. Malah ada yang beli rumah sebab ikut trend. Senang cerita, nampak member beli rumah, terus dia nak beli rumah tanpa buat penilaian risiko.
Lebih membingungkan, ada yang mempunyai tanggapan bahawa nak kahwin kena beli rumah dulu.
Tok tak nafikan beli rumah untuk berkeluarga itu bagus. Sah-sah orang yang dapat beli rumah sebelum kahwin ni pengurusan kewangannya bagus. Kalau tak, masakan bank nak bagi pinjaman rumah kan?
Namun, bila ia menjadi kayu ukur semata-mata tu mungkin kurang tepat.
Jom kita renungkan dengan satu persoalan ni,
“Kenapa ada pasangan yang dah beli rumah tapi rumahnya dilelong?”
Hah, kan pelik tu? Tadi kata orang yang dapat beli rumah ni pengurusan kewangannya bagus.
Satu fakta penting anda kena pegang betul-betul iaitu bank hanya lihat komitmen pinjaman atau DSR anda sahaja. Tapi bank tak lihat pada komitmen perbelanjaan anda.
Pasal DSR, Tok dah ulas panjang dalam artikel cara kira pinjaman perumahan yang anda layak dapatkan?. Tak faham, pergi baca cepat!
Beli rumah tu satu hal. Mungkin setakat nak pastikan DSR cantik dan deposit 10% tu perkara mudah. Lagi-lagi sekarang ni banyak projek rumah yang tawarkan 0% deposit, celah gigi je tu nak buat pinjaman kan?
Dik, beli rumah ni bukan benda suka-suka boleh ikut kawan-kawan. Ini perjanjian makan tahun, 3 abad, 30 tahun dik!
Benda ni yang ramai orang terlepas pandang.
Fasa awal perkahwinan mungkin tak rasa sangat. Tunggu nanti bila dah beranak-pinak, masa tu baru tahu tinggi rendah langit nak pastikan duit bulanan cukup. Bank tak tengok benda ni dik.
Tok bukan nak takutkan untuk beli rumah, tapi pastikan kita buat persiapan rapi sebelum memiliki rumah. Kos memelihara rumah tu lebih kita kena titikberatkan.
Untuk memastikan anda tidak terjerat dengan pinjaman perumahan, gunakan prinsip asas ni iaitu komitmen rumah anda tidak melebihi 30% daripada gaji anda?
Sekali lagi Tok tekankan, KOMITMEN RUMAH. Tak kira anda beli atau sewa, itu termasuk dalam kategori komitmen rumah.
Kalau anda beli rumah, bayaran bank jangan lebih dari 30% gaji. Kalau anda menyewa pun, pastikan sewa bulanan tak melebihi 30% gaji juga.
Faham benda ni, rupa-rupanya yang lebih penting jaga aliran tunai masing-masing.
Kalau dah beli rumah sekalipun tapi aliran tunai kelaut tak guna juga. Tu yang timbul isu rumah dilelongkan. Mereka yang menyewa tapi ada lebihan tunai yang banyak setiap bulan lebih baik.
Kesimpulannya, tak semestinya beli rumah tu bagus dan tak semestinya menyewa itu tidak bagus. Ukurlah baju pada badan anda sendiri. Tak perlu berlumba-lumba kejar status siapa lebih kaya. Setiap dari kita memang dah diaturkan perjalanan masing-masing.
Lagi bagus, beli rumah dan ada lebihan tunai yang banyak setiap bulan.
Macam mana tu? Baca bawa ni.
Nak beli hartanah yang selamat dan tak rugi ni memang bukan perkara yang senang. Tambah lagi bagi yang baru pertama kali nak beli rumah. Tok faham perasaan anda.
Sebelum nak beli rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.
i. Rumah tersebut boleh dibuat pelbagai sewaan
ii. Beli tak lebih harga yang sepatutnya
iii. Anda boleh duduk sendiri / sewakan / boleh jual balik.
“Harga rumah makin mahal. Mampu tak saya nak beli rumah ni?”
Mesti ada di antara anda terfikir soalan yang sama kan. Yelah harga rumah bukan makin murah. Dengan keadaan sekarang, boleh ke tak nak beli rumah ni. Dengar pula cerita orang rugi beli hartanah, lagi takut dibuatnya. Kan?
Orang yang berjaya beli rumah bukanlah gaji mereka berbelas ribu. Mereka tahu rumah yang macam mana mereka patut beli, berapa kemampuan kewangan mereka dan juga belajar ilmu yang betul.
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]