PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
hutang-kad-kredit

Perangkap Hutang Kad Kredit, Rasa Tak Habis Walau Bayar Minima Tiap-Tiap Bulan

Macam yang dilaporkan Metro sebelum ni, sejak awal tahun hingga Mei lepas, lebih dari 120 orang dah terciduk bankrap akibat hutang kad kredit.

Yang bahayanya kad kredit ni, ia buat kita rasa kuasa membeli tu macam mudah sangat. Tau-tau tiba-tiba dah ter-swipe beli iPhone 13 Pro Max, kan?

Masa membeli memang sedap, tapi sengsaranya datang kemudian masa nak bayar nanti tu. Sampaikan ada yang pelik, kenapa dah bayar lama pun tak habis-habis hutang tu.

Inilah yang korang mungkin terlepas pandang; perangkap bayaran minima kad kredit. Diorang plan lama dah, kita je yang lalai.

Apa yang buat kad kredit ni jadi bahaya bila kita dok bayar minima je? Jom, Tok tunjuk kat korang.

Kadar faedah kad kredit adalah harian, bukan tahunan

Tahu kan pasal compounding?
Kalau dalam pelaburan, biasanya compounding  adalah tahunan.

Tapi tidak bagi kad kredit.

Kebiasaanya kad kredit punya kadar faedah adalah 15-18% setahun.

  • Kadar maksimum 15% setahun – jika buat bayaran minimum pada masanya selama 12 bulan berturut-turut.
  • Kadar maksimum 17% setahun – jika buat bayaran minimum pada masanya sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
  • Kadar maksimum 18% setahun – selainnya.

Bahagi dengan 365 hari, jadilah 0.04% sehari (ambil kira 15% setahun).

Jika anda ada hutang kad kredit RM5,000 , bayar minimum 5% iaitu RM250.
Baki selepas tolak bayaran minimum adalah RM4,750.

Untuk mudah kira, kita ambil kadar faedah bulanan iaitu 0.04% x 30 hari = 1.2%.
Baki tadi RM4,750 x 1.2% = RM57.
Jumlah hutang terkini anda ialah RM4,750 + RM57 = RM4,807.

Ini kiraan sebenar gandaan harian.

Sebab itulah hutang kad kredit ni lambat habis.
Setiap hari baki hutang anda digandakan dengan 0.04%.

Tak termasuk lagi caj lewat bayar. Bagi yang diklasifikasikan sebagai culas bayar, bank akan kenakan kadar faedah 18% setahun. Sehari jadi 0.05%.

Lagi lengah kita bayar, lagi berganda hutang kita.

hutang-kad-kredit

Menyesal tak ada hutang kad kredit ni?

Bila dah tahu bagaimana kadar faedah kad kredit berfungsi, barulah kita faham kenapa bayaran minimum ni adalah perangkap.

Mungkin nilai 0.04% sehari tu nampak kecil.

Cuba bayangkan mereka yang ada hutang kad kredit RM10,000?

Sehari kita berlengah, dah kena RM4. Darab 30 hari, sebulan hutang bertambah RM120. Malah boleh jadi lebih lagi.

Jadi, bayarlah tepat pada masanya.

Ada cara tak Tok nak hapuskan hutang kad kredit ni?

Jangan risau, masih ada harapan untuk selesaikan kemelut hutang kad kredit ni.

Bila dah tahu hutang digandakan secara harian, cuba kurangkan baki hutang semampu yang boleh.
Kalau bayaran minima RM250, tingkatkan jadi RM500.

Anda tetap dikenakan faedah harian. Disebabkan baki anda lebih sedikit berbanding daripada biasa, jumlah faedah tu berkuranglah sedikit.

Bukan sahaja dapat kurangkan jumlah faedah, malah dapat pendekkan tempoh bayar hutang.

Tip dapatkan kadar faedah 0%!

Sekarang, kebanyakan bank tawarkan khidmat pemindahan baki yang kadar faedahnya 0%!

Tapi syarat-syaratnya ketat.

Kena bayar dalam masa setahun. Kalau hutang kad kredit RM5,000 bahagi 12 = RM417 anda kena bayar. Bukan sahaja dah tak ada kadar faedah, tempoh nak langsaikan pun jadi singkat.

Jimat kan?

Anda cuma perlu bayar caj pengendalian sahaja. Semua ni berbeza setiap bank. Jadi, kenalah pandai buat survey.

Apa-apa pun, silalah rujuk kepada yang pakar dulu. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda buat ikut apa yang kami kongsikan disini.

Habis hadam dah? Bagus. Semoga korang semua dapat manfaat dari perkongsian hari ni. Jangan pulak korang tu muda-muda dah terjerat dalam perangkap kad kredit. Tak berbaloi pun, awal-awal je best.

Tapi kalau korang dah memang ada kad kredit sebelum ni, Tok harap perkongsian ni dapat bantu korang sedikit sebanyak untuk ringankan beban kat bahu korang tu.

Lagi satu, kalau korang ada kenalan yang ada masalah sama, bolehlah kongsi artikel ni kat diorang. Benda baik tak elok simpan sorang, kan?

Kalau korang nak belajar lebih lagi tentang ilmu kewangan dan hartanah, Tok nak ajak korang join webinar Faizul Ridzuan ni.

Kat sini beliau sendiri akan kongsi banyak ilmu ‘mahal’, walaupun webinar ni masuk percuma je. Kalau minat, klik je gambar bawah ni.

hutang-kad-kredit
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *