PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

KWSP tu, duit aku kot. Kenapa payah sangat nak keluarkan?

Semua orang tahu, yang KWSP tu simpanan korang sendiri.

Tapi, tak bermakna korang boleh keluarkan duit tu ikut suka hati korang.

Kalau boleh, pasti bersepah laluan jalanraya dengan lambakan kereta import yang mahal-mahal belaka. Tu belum kira lagi berbelanja macam anak raja.

Ada sebab tak boleh keluarkan simpanan tu sesuka hati.

Jemput baca perkongsian Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ni kalau korang serius nak tahu.

“Kenapa pula tak boleh keluarkan?”

Ramai orang ajukan soalan ini kepada saya :

“Kenapa saya tak boleh keluarkan duit KWSP untuk renovate rumah? Itu duit saya. Nak keluarkan duit sendiri pun payah gila!”

Kenapa ya? Ini penjelasan saya tentang topik ini :

Sebab #1 : Tertakluk kepada akta Parlimen

Memang betul. KWSP adalah duit anda, tanpa sebarang was-was.

Cuma, korang takde kuasa penuh ke atas duit ini sebab terikat dengan akta yang diluluskan di Parlimen.

Sebab #2 : Sebagai institusi keselamatan sosial

KWSP adalah institusi keselamatan sosial, ditubuhkan sebagai ‘simpanan paksaan’ untuk golongan pekerja sebagai dana persaraan.

Walapun sebenarnya, mungkin simpanan ini tak mencukupi akibat unjuran kenaikan kos sara hidup saban tahun, termasuk faktor inflasi.

Sebab #3 : Persediaan untuk hadapi hari tua nanti

KWSP ditubuhkan untuk elakkan ramai pekerja merempat apabila bersara.

Dengan dana persaraan lump sum, diharapkan golongan pesara yang diandaikan tak mampu untuk bekerja lagi (atas kekangan kesihatan dan tenaga), dapat meneruskan kehidupan walaupun diabaikan anak-anak mereka.

Sebab #4 : Sebagai alat ‘simpanan paksaan’

Tanpa caruman KWSP, mungkin ramai orang yang tak ada tabung simpanan sendiri.

Alasan logik yang biasa diberi adalah takde lebihan wang, atas sebab perbelanjaan untuk keperluan. Padahal, simpanan juga adalah sebuah keperluan.

Simpanan adalah keperluan utama. Maka dengan penubuhan KWSP, keperluan ni dapat dipenuhi.

Sebab #5 : Simpanan wajib yang dibuat oleh bos anda

Akta mewajibkan pekerja mencarum beberapa peratus, dan majikan juga wajib carum untuk tabungan pekerja mereka.

Untung la majikan dipaksa untuk masukkan duit dalam tabung kita, kan? Kalau tak, silap-silap sampai ke sudah takde simpanan.

Sebab #6 : Ini kekurangan potongan KWSP kepada DSR anda

Potongan KWSP ada disadvantage sebenarnya. Nak tahu kenapa?

Potongan KWSP dikira sebagai deduksi dalam kiraan DSR, menyebabkan kuasa meminjam berkurang. Namun, ia bertujuan agar bebanan ansuran pembiayaan tak akan jejaskan tabungan dana persaraan.

Sebab #7 : Guna KWSP untuk keperluan? Tak ada masalah

KWSP juga bagi kelonggaran untuk pengeluaran bagi hal-hal keperluan.

Contohnya pembelian (atau pembinaan) rumah, bayaran ansuran rumah, kesihatan, Haji, dan jugak urusan pelaburan di tempat lain (selain KWSP, jika korang nak dapat dividen lebih tinggi).

Keperluan seperti rumah adalah untuk kepentingan semasa persaraan, maka ia dibenarkan.

Sebab #8 : Keluarkan KWSP untuk penuhi kemahuan? Maaf, tak boleh

Pengeluaran untuk hal-hal kemahuan, tak dibenarkan. Termasuk la nak renovate rumah atau berjoli.

Ini bukan keperluan, tapi lebih kepada kemahuan, keselesaan, dan kemewahan.

Sebab #9 : Cukup simpanan RM1 juta? Yang lebih, anda boleh belanja

Bila tabungan korang dah mencapai RM1 juta sebelum tempoh matang, korang boleh keluarkan amaun selebihnya.

Ini sebab korang dah dilabel mampu untuk sara diri selepas bersara, dengan had RM1 juta.

Sebab #10 : Dapat duit, terus gelap mata?

Malangnya, kebanyakan orang kita bila dah dapat lump sum puluhan atau ratusan ribu bila bersara, terus gelap mata.

Tukar kereta, renovate rumah, masuk MLM, bagi pinjam dekat orang, kena scam, beli bangl murah, dan macam-macam lagi la perangai yang bukan-bukan.

Anak-anak pulak, jadi penghasut supaya buat itu ini. Dan kadang-kadang, anak-anak yang jadi tukang perabis duit mak bapak.

Akhirnya, duit habis dan merempat di rumah orang tua. Dan yang paling teruk, merempat atau mengemis di jalan raya. Ada yang dah berusia, tapi terpaksa jual keropok dari kedai ke kedai.

Objektif untuk keselamatan sosial tak dapat dicapai, sebab orang kita kurang bijak dalam pengurusan kewangan.

Contoh cara simple buat untung lebih guna KWSP

Saya tahu, ramai yang risau bila banyak duit KWSP dipinjam oleh badan-badan tertentu. Ini antara contoh yang korang boleh buat :

1) Selagi KWSP terikat dengan akta, korang boleh kurangkan kerisauan tersebut.

2) Beli rumah pertama dengan segera dan keluarkan semua Akaun 2 KWSP anda (tertakluk kepada terma dan syarat). Tukar jadi batu-bata yang nilainya akan meningkat dari masa ke semasa.

3) Keluarkan simpanan di Akaun 1 dan buat pelaburan yang lebih menguntungkan. Maaf, saya takde cadangan (recommendation) yang spesifik. Ini kena tuntut ilmu dari sifu pelaburan.

Ada sebab simpanan ni dibuat. Kalau tak, memang ramai orang yang takkan ada simpanan satu sen pun.

Lebih awesome kalau korang boleh buat simpanan lain, tanpa bergantung kat KWSP semata-mata. Korang jugak yang untung, bukan orang lain.

SHARE kat kawan-kawan korang perkongsian bermanfaat ni. Biar lebih ramai lagi tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *