“Tok, betul ke harga rumah akan jatuh?”
Untuk menjawab soalan ni, suka untuk Tok kongsikan artikel yang Tok baca di BERNAMA ini.
Jemput hadamkan sampai habis.
–
Pasaran harta tanah Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun menghadapi ekonomi yang mencabar tahun ini disebabkan penularan pandemik COVID-19 dengan perumahan mampu milik dan penyelesaian yang tepat kepada harta tanah siap dibina tidak terjual akan terus menjadi agenda utama kerajaan.
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pemantauan rapi terhadap pelaksanaan program di bawah Dasar Perumahan Nasional 2.0 (2018 – 2025) dan pelbagai insentif yang telah diperkenalkan untuk mempromosi pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia dijangka dapat mengatasi situasi siap dibina tidak terjual pada tahun akan datang.
“Sebagaimana jangkaan Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi Malaysia akan kembali meningkat pada 2021, selari dengan unjuran pemulihan global, pasaran harta tanah juga diramalkan berada di aliran yang sama. JPPH akan terus memantau dan menilai kesan yang dijangka akibat pandemik ini ke atas pasaran harta tanah Malaysia dan akan memberikan nasihat kepada kerajaan untuk memastikan pasaran kekal teguh,”
kata jabatan itu bersempena dengan pelancaran sembilan laporan termasuk Pasaran Hartanah Malaysia 2019.
Menurut JPPH terdapat kemungkinan risiko penurunan jangka pendek yang tinggi kesan daripada penularan pandemik COVID-19 yang tidak dijangka di seluruh dunia yang mungkin merendahkan jangkaan pertumbuhan ekonomi, terutamanya bagi setengah tahun pertama tahun 2020.
Wabak yang menjejaskan seluruh dunia itu dijangka mempengaruhi ekonomi dunia dan juga ekonomi Malaysia, khususnya sektor berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan, peruncitan, makanan dan minuman dan hospitaliti; termasuklah sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih.
“Sejauh mana kesannya ke atas ekonomi Malaysia akan bergantung kepada tempoh dan penyebaran wabak itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain, terutamanya negara yang menjadi rakan dagang utama Malaysia. Pelbagai insentif diberikan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan kesan terhadap pasaran harta tanah. Bagaimanapun, dalam pasaran yang mencabar, ditambah pula dengan penurunan keyakinan pengguna dan komuniti perniagaan, aktiviti dan serapan pasaran dilihat akan cenderung lebih perlahan,”
kata jabatan itu.
Laporan lain yang dilancarkan JPPH hari ini ialah Laporan Pasaran Harta 2019, Laporan Stok Harta Tanah 2019, Laporan Status Harta Tanah 2019, Indeks Harga Rumah Malaysia 2019, Laporan Bangunan Perdagangan: Penghunian dan Kedapatan Ruang Boleh Sewa 2019, Indeks Sewaan Pejabat Binaan Khas (PBO-RI) Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town 2019, Harga Kediaman Sukuan/ Tahuan Terkini 2019, Laporan Pindah Milik Harta Tanah RM10 Juta Jilid 16 dan Laporan Jual Beli Tanah Ladang Jilid 26.
Laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia menunjukkan bahawa pasaran harta tanah merekod kenaikan yang kecil dengan sejumlah 328,647 pindah milik bernilai RM141.40 billion telah direkodkan pada 2019, iaitu menunjukkan peningkatan 4.8 peratus bagi bilangan dan 0.8 peratus bagi nilai berbanding 2018, yang merekodkan 313,710 pindah milik bernilai RM140.33 billion.
“Prestasi aktiviti pasaran sektor bertambah baik sedikit – kediaman (6.0 peratus), komersial (7.2 peratus), industri (3.8 peratus) dan pertanian (2.0 peratus) kecuali bagi subsektor tanah pembangunan, yang sedikit menurun sebanyak 1.2 peratus. Subsektor kediaman menguasai keseluruhan pasaran harta tanah, dengan 63.7 peratus sumbangan,” kata jabatan itu.
–
Bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja. Ada juga yang lebih memilih untuk menyewa sampai sekarang.
Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]