PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Strategi bijak (dan mudah) untuk orang bujang simpan RM55,000 dalam masa 3 tahun

Lepas dah dapat kerja nanti, apa yang korang nak buat dengan duit gaji tu?

Masa belajar dulu, tak banyak benda yang korang boleh beli. Semua ni sebab dek kapasiti kewangan yang amat terhad.

Jadi, ramai yang nak “balas dendam” dengan membeli kereta baru, motor besar, gaya fesyen terkini dan lain-lain lagi bila dah mula bekerja nanti.

Korang tak rasa tindakan tu bakal buatkan korang rugi ke?

Nah, jom baca perkongsian Tuan Khairul Ezuwan ni. Mungkin lepas dah baca nanti, korang semakin jelas apa yang korang patut buat dengan duit tu. 

Anda lelaki bujang? Baru mula bekerja?

Mari dengar cerita dongeng abang yang mungkin boleh mengubah fikiran korang. Sila baca sampai habis , Kalau tak menyesal nanti. Ini serius!

Tak pelik bila korang yang bergaji RM2,000 hingga RM2,500 beli kereta Myvi baru.

Malah ramai yang membelinya selepas mula bekerja. Sebab tu Myvi adalah jenis kereta paling banyak dekat tanah Malaysia ni.

Cuba kita ambil Myvi yang medium spec dan katakan, kita buat full loan. Komitmen bulanan akan jadi lebih kurang RM600.

Kita rasa mampu sebab bayaran bulanannya adalah RM600. Tapi, kita selalu terlupa kos yang wajib ditanggung bila mula “membela” kereta:

1. Installment bulanan = RM600,

2. Minyak = RM400,

3. Purata Maintenance = RM100,

4. Purata Insurance/Roadtax = RM100,

5. Basuh kereta = tak nak kira,

6. Tol = Tak nak kira,

7. Aksesori kereta = tak nak kira,

8. Bayar parking = tak nak kira.

Anda sedar tak pasal ini?

Kalau cuma ambil kos 1 + 2 + 3 + 4 tadi, sebenarnya tanggungan korang untuk machine ni adalah RM1,200 sebulan, dengan mengabaikan kos 5 + 6 + 7 + 8.

Kalau gaji RM2,000, lepas ditolak EPF & lain-lain, gaji bersih korang cuma tinggal RM1,700.

Lepas ditolak kos wajib 1 + 2 + 3 + 4, gaji bersih korang sebenar tinggal lagi RM500 saja. Kos tambahan pada 5 + 6 + 7 + 8 mungkin memakan kesemua gaji korang tu.

Korang sebenarnya bekerja penat lelah untuk menanggung kereta tu je, perasan tak? Ini adalah punca utama buat korang terus rasa tertekan setiap hari.

Kalau korang mampu bayar RM1,200 sebulan, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu.

Tak berdosa pun pakai motor dulu. Sambil tu, buat pembiayaan ASB RM200,000. Installment bulanan RM1,111.

Buat target selama 3 tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk korang?

i) Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% setahun = RM46,700,

ii) Jual semula sijil @ tamatkan pembiayaan @ 36 bulan payment (Refund) = RM8,800,

Total simpanan tunai yang korang bakal dapat = RM55,500.

Berbaloi tak korbankan kehendak pakai Myvi tadi untuk tempoh 3 tahun, dan boleh ada simpanan sebanyak RM55,500?

Apa nak buat dengan duit ni?

Waktu ini, korang pasti dah bina kebijaksanaan sendiri. Saya yakin korang dah pandai aturkan sendiri.

Contohnya:

  • Beli kereta secondhand tunai,
  • deposit beli rumah,
  • berkahwin,
  • modal berniaga,
  • beli emas, masuk saham, dan lain-lain (melabur dengan bijak),
  • elakkan diri terjebak masuk skim cepat kaya,
  • tak tempah banglo Alfafa & seumpamanya.

Teknik BONUS: Cara mengorat awek tanpa perlu ada kereta

Risau takde awek pandang kita sebab takde kereta?

Saya bagi sikit teknik nak mengorat tanpa perlu pamerkan kehebatan korang berkereta, dan cuma ada Honda EX5.

Nak mengorat awek mesti WhatsApp, kan? Snap gambar kat muka pertama buku ASB (yang Aaa nama korang tu), dan bahagian akhir buku ASB yang menunjukkan baki RM55,500 tu.

Buat-buat tersalah hantar kat awek tu, macam ni:

Lelaki: “Ala sorry awak, tersalah sent mesej pulak. Nama awak dengan banker ni sama pulak, Maaf ya.”

Perempuan: “Awak buat apa bagi baki buku ASB kat banker tu” (mula-mula dia akan rasa curiga kalau-kalau korang sengaja menunjuk ntah buku siapa).

Lelaki: “Saya sebenarnya tengah buat pembiayaan rumah, banker tu minta supporting document. Saya tengah kelam kabut tadi, tu yang tersalah hantar pulak kat awak. Maaf ya.”

Perempuan: “Awalnya beli rumah, bagusnya.”

Lelaki: “Saya dari awal bekerja memang nekad paksa diri buat simpanan. Itu yang tak nak beli kereta dulu tu. Saya memang target nak beli rumah sebelum berkahwin sebab nak bagi kemudahan sedikit pada bakal isteri saya nanti. Rumah sendiri, senang nak hias. Awak suka hias rumah tak?

Perempuan: “Mestilah saya suka, saya perempuan kan.”

Dah-dah. Takkan mengayat pon nak kena ajar semua.

Kesimpulan yang boleh dibuat?

  • Pakai motor bukan satu dosa,
  • kalau nak juga pakai kereta dulu, pakailah . Saya takkan halang pon sebab tu mungkin keperluan korang,
  • kewangan kita, kita wajib aturkan sendiri,
  • yang senang kita, yang susah pon kita. Jadi, pilihlah sendiri mana jalan yang korang berkenan.

Boleh share artikel ni jika bermanfaat ye. Boleh ingatkan adik, sedara-mara, dan rakan masing-masing .

Yang bab mengayat tu, kena buat personal coaching dengan abam. Hehe.

Teknik ni paling senang untuk korang buat. Kalau ada juga alasan untuk tak buat, lantak korang la.

Sekarang bukan masa nak berjoli sana-sini. Fikirkan masa depan korang. Itu lebih penting, kan?

Tok yakin korang jenis orang yang dengar nasihat yang baik-baik. Salam Jumaat yang penuh barakah ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *