Tempoh moratorium bakal tamat lagi 2 bulan.
Soalan yang Tok banyak dapat
“Tok, moratorium bakal dilanjutkan ke tak?”
Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tadi menjawab persoalan kita tentang moratorium.
Jemput baca artikel ni sampai habis.
–
Secara khususnya, moratorium bayaran pinjaman adalah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat serta cabaran aliran tunai yang dihadapi perniagaan khususnya pada fasa-fasa awal dan pertengahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.
Alhamdulillah, sejak berkuatkuasa pada 1 April yang lalu, moratorium bayaran pinjaman telah sedikit sebanyak membantu rakyat dan perniagaan ekoran terhentinya hampir kesemua aktiviti ekonomi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19. Menurut data daripada Bank Negara Malaysia, sehingga 20 Julai 2020, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman yang bernilai
RM38.3 bilion. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 243,000 perusahaan kecil dan sederhana atau 95 peratus daripada keseluruhan peminjam PKS telah menerima manfaat daripada moratorium ini dengan nilai RM20.7 bilion.
Sejak pembukaan ekonomi secara berperingkat pada bulan Mei yang lalu dan kemudiannya dalam tempoh PKP Pemulihan, aktiviti ekonomi di seluruh negara dilihat semakin rancak. Kini, ada individu dan perniagaan yang mampu membayar semula pinjaman mereka. Jumlah peminjam individu yang meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan tidak mengambil kemudahan moratorium meningkat daripada 331,000 peminjam pada bulan April, kepada 601,000 peminjam pada bulan Julai 2020. Manakala, untuk tempoh yang sama, jumlah peminjam PKS yang memilih untuk tidak mengambil kemudahan ini telah meningkat daripada 5,000 kepada 13,000 peminjam.
Walau bagaimanapun, saya sedar masih ada sektor-sektor ekonomi yang menghadapi keadaan yang sukar dan tidak menentu. Saya faham, ada perniagaan yang belum dapat beroperasi sepenuhnya dan ada dalam kalangan saudara dan saudari yang kehilangan pekerjaan serta punca pendapatan.
Saya mendengar rintihan saudara dan saudari berkenaan moratorium bayaran pinjaman yang bakal berakhir pada 30 September ini. Saya juga tahu ramai yang berharap agar moratorium ini dilanjutkan.
Oleh itu, saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sebahagian daripada saudara-saudari yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium berakhir. Jadi, pada hari ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melaksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan iaitu:
Di samping itu, bank-bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19. Bergantung kepada situasi peminjampeminjam, bantuan-bantuan yang ditawarkan termasuk:
Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli.
Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.
Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah
memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020.
–
Lega bila Tok dengar pengumuman ni tadi.
Yelah Tok risau memikirkan nasib yang terkesan. Jadi pesan Tok,andai kata korang terjejas dan ada kesukaran untuk membuat bayaran balik pinjaman, mohon bantuan dari institusi kewangan yang terlibat.
Tok doakan urusan korang dipermudahkan.
–
Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.
Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.
Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]