Baru – baru ni Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ada umumkan bahawa moratorium akan diberi kepada mereka yang terjejas tak kiralah B40, M40 dan juga T20.
Ada pembaca GilaHartanah tanya Tok,
“Tok, macam mana nak mohon moratorium ni? Automatik ke?”
Jadi kali ni Tok nak kongsikan info terkini yang Tok dapat daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Jemput baca sampai habis. Semoga bermanfaat.
–
Moratorium pinjaman selama 6 bulan tersedia kepada semua individu (B40, M40, dan T20),
perusahaan mikro, dan PKS yang terjejas mulai 7 Julai 2021.
Untuk mendapatkan bantuan ini, sila hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021.
Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka boleh terus berbuat demikian. Menyambung bayaran balik pinjaman akan memberi manfaat kepada mereka kerana tindakan itu boleh mengurangkan keseluruhan kos pinjaman.
Jika anda memerlukan bimbingan atau mahu mencari bantuan bayaran balik pinjaman alternatif, anda boleh menghubungi AKPK melalui services.akpk.org.my
PKS (termasuk perusahaan mikro) boleh memohon mendapatkan bantuan khidmat nasihat menerusi saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk. Saluran bantuan dalam talian ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu mereka dalam membuat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman.
Bantuan bayaran balik pinjaman yang diperoleh pada tahun 2021 tidak akan menjejaskan laporan CCRIS anda.
Berikut adalah senarai laman web institusi perbankan dengan butiran mengenai program bantuan bayaran balik pinjaman mereka.
–
Amacam? Dah faham dah macam mana nak dapat moratorium? Nanti Tok akan kemaskini info dari masa ke semasa.
Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, tolong SHAREkan artikel ini kepada rakan – rakan dan orang terdekat anda supaya mereka tak terlepas info berkaitan moratorium ini.
Semoga bermanfaat!
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]