PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lanjutan bayaran ansuran rumah suatu penindasan dalam selimut?

Isu pemilikan rumah memang sentiasa panas sejak dulu. Harga rumah yang semakin naik dan tidak selari semakin memustahilkan golongan B40 untuk memiliki kediaman mereka sendiri. Macam-macam cara telah dibuat tapi masih tampak samar.

Walau bagaimanapun, pihak Better Foundation Malaysia (BMF) yang diketuai oleh Vincent Tan telah memberi cadangan bernas untuk membantu golongan B40 segera memiliki rumah. Cadangan BMF adalah pihak bank perlu berikan pinjaman penuh kepada golongan B40. 

Tapi tempoh bayaran pinjaman akan dianjakkan selama 40 hingga 60 tahun. Harga rumah pula bermula sekitar RM120,000 sehingga RM300,000 dengan keluasan 450 sqft, 600 sqft, 750 sqft dan 900 sqft di kawasan Lembah Klang. 

Nampak menarik kan? Tapi tunggu dulu, Tok bagi penerangan ringkas berkenaan tangga gaji golongan B40 di Lembah Klang. Teruskan baca sampai habis.

Pendapatan golongan B40 di Selangor bermula daripada RM4,657 ke bawah. Manakala bagi KL pula adalah RM6,623 ke bawah. Jadi jumlah pendapatan ini sudah boleh berkira-kira untuk mendapatkan rumah. 

Pihak bank seperti RHB B dan Maybank menerima golongan B40 yang berpendapatan RM2,000 hingga RM3,000 untuk buat pinjaman penuh membeli rumah. Atas kertas memang nampak cantik cadangan ini dan tak mustahil rumah yang banyak tak terjual hari ini bakal dibeli. 

Namun jika diteliti secara lebih mendalam, cadangan ini seperti semakin menindas golongan B40.

“Kenapa pula menindas, Tok?”

#1 : Saiz rumah yang dibeli

saiz rumah yang dibeli

Pertama sekali Tok akan pergi kepada saiz rumah terlebih dahulu. Bagi rumah bersaiz 450 sqft hanya sesuai dihuni oleh orang bujang ataupun pasangan baru berkahwin. 

Bayangkan kena beli rumah bersaiz kecil dengan tempoh bayaran selama 60 tahun tapi selepas 10 tahun, rumah jadi tidak selesa ekoran pertambahan ahli keluarga. Mahu tak mahu, terpaksa juga bertahan sebab dah ikat 60 tahun kan.

Kita tak mahu la bawa masuk konsep rumah sempit di Hong Kong ke Malaysia. Bertambah-tambah stress rakyat nanti. 

Kalau menyewa rumah lain pula akan menambah beban kewangan. Apa yang lebih teruk lagi, generasi kedua juga perlu duduk di rumah bersaiz sama. 

Tapi jangan risau, sebab mereka ada buat rumah bersaiz 900 sqft masih lagi mampu memuatkan hingga 6 orang. Timbul pula persoalan bagaimana 2 generasi mampu bertahan dalam rumah bersaiz sekecil itu.

Satu keluarga 4 orang anak. Kalau anak pertama kahwin dan ada 2 orang anak. Dah 7 orang dalam satu rumah.

#2 : Harga rumah

harga rumah yang menindas

Perkara kedua pula Tok nak sentuh adalah berkenaan harga. Benda ni yang buat Tok rasa macam nak marah sikit. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak BMF, mereka ada menyediakan jadual harga pembayaran mengikut tahun pinjaman. Tok ambil rumah saiz 450 sqft terlebih dahulu. Harga minimum adalah RM120,000 dan anda boleh mendapatkan pinjaman penuh. 

Andai kata anda ambil pinjaman selama 60 tahun dan bayaran bulanan pula adalah RM360 sahaja. Murah betul dan kalau gaji anda sekitar RM3000, apalah sangat RM360. Haa benda ini mungkin anda kurang peka sedikit. 60 tahun itu adalah bersamaan 720 bulan, cuba anda kalikan dengan RM360. 

Jawapannya adalah RM259,000!

Mesti anda semua terkejut sebab kena bayar double harga rumah. Bagaimana pula jika anda ambil rumah berharga RM300,000 dengan tempoh bayaran selama 60 tahun dengan nilai RM899. Kita gunakan kembali formula yang sama, jumlah perlu anda bayar adalah RM647,280. 

“Macam mana nak kira ni, Tok?”

Kalau anda tak faham apa yang Tok cakap kat atas, takpe Tok mudahkan melalui pengiraan di bawah:

  • Bayaran bulanan rumah X 12 bulan X jumlah tahun = jumlah perlu dibayar
  • RM360 X 12 X 60 = RM259,000
  • Loan = RM120,000
  • Jumlah perlu dibayar = RM259,000

Apa makna ini semua, adakah ianya sebuah penindasan baru bagi golongan B40? Kita semua tahu golongan B40 perlu sesuatu yang murah. Tetapi dengan memperdaya mereka sedemikian rupa adalah satu sifat tidak bermoral. 

Malah tempoh 60 tahun yang dimomokkan itu menyebabkan generasi kedua terpaksa menanggung hutang generasi pertama.

Atok nenek kita mewariskan harta pusaka kepada anak, tapi zaman kita? Hutang pula yang diwariskan.

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan inisiatif ini? Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, jemput SHARE kepada kawan – kawan dan keluarga supaya mereka pun boleh baca sama – sama.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed