Berita Terkini, Featured

Kerjasama KWSP dengan PR1MA, perkenal skim pembiayaan akhir

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan untuk anggotanya bagi inisiatif skim pembiayaan akhir Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan sedang bekerjasama dengan PR1MA, Bank Negara Malaysia dan bank-bank yang menyertai skim ini untuk memuktamadkan hal-hal berkaitan pelaksanaan inisiatif ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Setelah perincian dimuktamadkan, anggota digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada perkhidmatan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP sebelum membuat keputusan untuk memilih kemudahan ini,” katanya.

Menurut KWSP, kemudahan baru berkenaan yang diumumkan dalam Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini, akan dikhususkan kepada anggota yang menepati kriteria kelayakan PR1MA dan ingin membuat pengeluaran perumahan simpanan KWSP buat kali pertama.

“Anggota diingatkan bahawa apabila telah membuat pengeluaran perumahan untuk skim ini, lain-lain pengeluaran pra-persaraan seperti pengeluaran kesihatan, pendidikan, umur 50 dan haji, tidak lagi boleh dilakukan sehingga pembayaran penuh pinjaman PR1MA telah dibuat,” katanya.

KWSP meminta anggota merujuk laman web PR1MA di http://www.pr1ma.my, atau menghubungi pusat panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 untuk maklumat lanjut mengenai skim ini. – BERNAMA

[Sumber berita asal: Sinar Harian]

Author

  • Kongsi

Artikel Berkaitan

DSR Calculator

Kalkulator Kelayakan Pinjaman

Cars, PTPTN, Credit Cards, Personal Loans

Your Results


Hebat!
Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin akan diluluskan.
Garis sempadan. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin memerlukan lebih banyak dokumentasi.

Berisiko Tinggi. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas anda berkemungkinan akan ditolak.

Tempah Perundingan Percuma

Portal majalah hartanah Malaysia terkemuka. Menyediakan tips kewangan, analisa kawasan, dan panduan pelaburan hartanah untuk semua.

Hubungi

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.