PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Formula mudah kira harga rumah yang anda layak beli tahun ini. Bank pun senang approve loan

Apa perkara yang wajib korang buat sebelum beli rumah?

Dah tentu kena tahu dulu berapa banyak yang layak korang pinjam daripada bank.

Benda ni akan senangkan kerja memilih rumah yang ngam dengan pendapatan dan kapasiti kewangan korang.

Pada masa yang sama, peluang loan rumah untuk lulus juga akan jadi lebih tinggi.

Banyak yang korang akan belajar daripada perkongsian Tuan Harith Faisal yang ini. Mudah-mudahan, bertambah senang untuk korang beli rumah lagi dan lagi.

Kawan yang sama gaji dengan Abu berjaya beli rumah RM300,000. Cuma, nasib Abu tak sama…

Abu: “Dah lama aku survey rumah area sana. Ada satu unit ni, harga RM300,000. Cantik. Owner nak jual cepat. Okay tak kalau aku beli?

Ali: “Kau dah kira kelayakan untuk buat pinjaman bank ke belum?”

Abu: “Belum. Tapi kawan ofis aku gaji sama macam aku je. Boleh je dia beli rumah harga macam tu. Takkan aku punya tak lepas, kan?”

Ali: “Belum tentu lagi bro. Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga yang sama. Bergantung jugak kat komitmen masing-masing.”

Abu: *Krik krik krik

Ramai yang saya perasan macam ni.

Dah plan nak beli rumah dan dah siap cari pun, tapi diri sendiri langsung tak tau kelayakan untuk meminjam daripada bank.

Macam mana nak tahu berapa banyak yang kita boleh pinjam?

Jangan korang buang masa berbulan cari rumah harga RM300,000. Tapi hakikatnya, rumah RM200,000 pun belum tentu korang lepas.

Untuk jimatkan masa, saya kongsikan kiraan asas harga rumah yang layak korang beli.

Contoh kiraan ni seperti kat bawah:

  • Formula kira Pendapatan Bersih sebelum kira DSR:
    • Gaji – Potongan (Zakat, EPF, SOCSO, Cukai) = Pendapatan Bersih
    • RM2,500 – RM200 =
    • RM2,300.
  • Formula kira Jumlah DSR Maksimum:
    • Pendapatan Bersih – DSR (%) = DSR Maksimum
    • RM2,300 X 60% =
    • RM1,380.

Kenapa kena darab dengan 60%?

Contoh ni, saya gunakan DSR Masksimum untuk Gaji Bersih sebanyak RM2,300 daripada bank CIMB.

DSR maksimum yang CIMB benarkan adalah 60%. Lain bank, lain kadar DSR Maksimum.

Dan katakan pulak, korang ada komitmen lain seperti ansuran kereta sebanyak RM400.

Baki monthly repayment yang korang layak dapat adalah:

  • RM1,380 (DSR Maksimum) – RM400 (ansuran kereta) =
  • RM980.

Formula untuk tahu berapa harga rumah yang anda layak beli sekarang

Kita ambil balik contoh dekat atas tadi (RM980).

Gunakan kiraan ni:

  • Baki Monthly Repayment x 200 = Pinjaman yang korang layak dapat.
    • RM980 x 200 =
    • RM196,000.
15871787 1837402613200329 5168200165324100030 n 1

Sumber gambar: iMoney

Dah tau korang layak dapat loan sampai RM196,000 je. Tak payah la menggatal cari rumah harga sampai RM500,000. Memang tak dapat nak tolong.

Nota: Ini adalah formula untuk mudahkan kiraan. Korang boleh ke bank untuk dapatkan kiraan tepat.

Maklumat tambahan DSR yang anda pasti suka nak tahu

Bawah ni pulak saya selitkan maklumat ekstra untuk korang. Cuma, mungkin maklumat ni tak 100% tepat dan mungkin dah di-update.

Tapi korang boleh je gunakan ni sebagai guideline untuk kira berapa yang korang layak.

  • BIMB (Bank Islam):
    • Gaji bawah RM7,000 = DSR Maksimum 70%.
    • Gaji atas RM7,000 = DSR Maksimum 75%.
  • AmBank:
    • Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%.
    • Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 70%.
  • Maybank:
    • Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 40%.
    • Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 70%.
  • CIMB:
    • Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 60%.
    • Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 75%.
  • MBSB:
    • DSR Maksimum = 80%.
  • RHB:
    • Gaji bawah RM2,600 = DSR Maksimum 55%.
    • Gaji atas RM2,600 = DSR Maksimum 75%.
  • Affin Bank:
    • Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%.
    • Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 80%.

DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Korang boleh walk-in ke bank dan minta nasihat pegawai kat sana untuk kiraan yang lebih tepat.

Sekarang, dah boleh fikir macam mana kawan Abu beli rumah RM300,000, tapi gaji sama je macam Abu? Ha, pandai-pandai la korang cari jawapan. Haha.

Nota: Silakan SHARE kalau artikel ni bermanfaat.

#harithfaisal

Kalau amal ilmu ni, In Shaa Allah memang senang-senang je bank approve-kan permohonan loan korang. Sebab mereka tau korang mampu bayar balik.

Yang lain-lain tu, pandai-pandai la jaga. CCRIS dan CTOS kasi cun-melecun. Jangan buat-buat tak tau pulak ye.

Jaga baik-baik apa yang perlu. Semua yang korang buat hari ni akan beri kesan pada masa depan korang. Nah, Tok pesan siap-siap.

Nak beli hartanah yang selamat dan tak rugi ni memang bukan perkara yang senang. Tambah lagi bagi yang baru pertama kali nak beli rumah. Tok faham perasaan anda. Sebelum nak beli rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.
i. Rumah tersebut boleh dibuat pelbagai sewaan
ii. Beli tak lebih harga yang sepatutnya
iii. Anda boleh duduk sendiri / sewakan / boleh jual balik.

“Tapi Tok, saya tak tahu macam mana nak cari rumah yang ada 3 kriteria ni.”

Berita baik! Tok ada tawaran khas untuk anda. Kalau anda mencari rumah yang selamat untuk dibeli, boleh klik gambar di bawah dan isikan maklumat anda. Team GilaHartanah akan hubungi anda secepat mungkin.

CTA
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *