PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kerajaan peruntukkan RM2.25 bilion sedia bantuan perumahan kepada rakyat miskin

Bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion ringgit dalam tempoh RMKe-12. Peruntukan ini adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75 ribu unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar. 

“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).” – kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika pembentangan RMK12 yang bermatlamat ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’ di Dewan Rakyat pagi ini. 

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Bagi mencapai hasrat itu, Kerajaan telah membina lebih daripada 282 ribu unit rumah mampu milik dalam tempoh RMKe-11. 

Sebanyak 500 ribu unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMKe-12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah. Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO), akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed