Walaupun pasaran hartanah nampak macam slow sikit sekarang, ia masih bergerak maju sejak beberapa tahun lepas. Banyak saja rumah yang terjual kat banyak lokasi.
Tapi, hakikat ini masih tak menjamin rumah kita dapat dijual dengan mudah.
Mungkin rumah korang masih tak dapat dijual atas 5 sebab yang Rebecca Lake kongsikan ni.
Yang ada pengalaman menjual rumah sebelum ni, tentu dah sedia maklum betapa susahnya nak tetapkan harga yang sesuai.
Selalunya, ejen hartanah yang akan bantu kita dalam hal ini.
Kalau ejen itu cadangkan harga jualan yang melebihi nilai pasaran dan bank, baik korang fikirkan dulu betul-betul. Sebab ia berpotensi hilangkan nafsu membeli prospek.
Orang sekarang semakin cerdik. Dan nak check nilai hartanah pun senang saja. Kita boleh dapatkan maklumat ini kat bank atau ejen yang berpengalaman.
Mungkin ejen buat macam tu sebab nak dapatkan komisyen yang lebih tinggi. Cuma, harga yang melampau, memang tak ramai orang yang berminat nak beli.
Salah satu fungsi pemasaran adalah menghebahkan tentang sesuatu produk kat orang ramai (dalam kes ini, rumah korang adalah produk).
Dan ia bukan setakat tempel 2 atau 3 gambar kat mudah.my, dah confirm boleh jual. Lagi-lagi kalau terlampau ramai orang nak jual rumah mereka dalam sesuatu kawasan.
Kita boleh tarik minat membeli prospek dengan menetapkan poin jualan (selling poin) yang baik. Ini antara contoh yang korang boleh guna:
Platform online adalah peluang emas korang untuk tunjukkan apa yang menarik tentang rumah korang tu. Jadi, gunakan peluang ini dengan sebaiknya.
Tak kira betapa cantik dalaman rumah yang korang buat, perkara pertama yang prospek akan tengok adalah keadaan luaran rumah.
Dan perkara ini adalah subjektif.
Kalau kat mata pelabur, mereka mungkin tak kisah pasal perkara ni. Bagi mereka, rumah yang barai adalah satu peluang.
Tapi untuk pembeli yang nak beli rumah untuk duduk sendiri (own stay), ini adalah perkara pertama yang mereka akan tengok dulu.
Selagi boleh, prospek akan cuba kurangkan penggunaan duit mereka (Tok percaya, semua orang pun macam ni). Tak ramai yang rela tanggung kos tambahan seperti baik pulih dan sebagainya.
Jadi, betulkan apa yang perlu sebelum korang nak jual rumah. Kalau lalang dah meninggi, potong dulu. Pagar dah berkarat? Cat balik biar nampak baru.
Semua ni akan bagi impak kat prospek dan tinggikan minat membeli mereka.
Dah tentu bukan semua ejen berperangai macam ni. Cuma sebilangan kecil saja.
Tanggungjawab ejen adalah membantu korang cari prospek, buat kerja pemasaran, hingga ke proses jual beli.
Bermakna, kerja ini bukan setakat letak papan tanda “untuk dijual” kat pagar rumah korang. Banyak lagi kerja yang mereka patut buat supaya rumah korang dapat dijual dengan cepat.
Belajar kawal jangkaan (expectation) korang, sebab ada kemungkinan ejen tak buat kerja dengan baik dan tak 100% komited.
Bila nak pillih ejen, pastikan mereka ada ciri-ciri seorang penjual dan tahu apa yang patut dibuat untuk jana jualan. Sentiasa berkomunikasi dengan mereka untuk dapatkan update tentang rumah korang tu.
Lokasi rumah yang baik akan membantu kita menjual rumah dengan lebih mudah.
Ini adalah perkara paling asas dalam pelaburan hartanah. Kalau lokasi tak best, tak ramai orang yang berminat nak beli.
Antara lain-lain faktor yang disebut dalam artikel ini, sebab yang ke-5 ni adalah yang paling susah kita nak kawal. Lain cerita kalau kita tahu setiap pelan pembangunan kawasan itu untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Dan tak bermakna kita tak boleh ubah perkara ni.
Apa yang boleh kita buat adalah mengkaji dulu siapa pembeli yang kita nak sasarkan. Sentiasa jawab soalan seperti ini:
Segala data seperti ini, boleh kita gunakan dalam pelan pemasaran yang kita buat. Dan bila dah dapat kenal pasti prospek yang tepat, lebih senang kita nak jual rumah tu.
—
Jual beli rumah akan sentiasa bergerak walaupun pasaran semasa agak perlahan. Orang tetap akan beli rumah sebab ia satu keperluan.
Cuma, banyak faktor yang bermain sebelum prospek buat keputusan membeli rumah yang kita nak jual tu.
Dan kalau korang dapat connect faktor ni dengan rumah yang nak dijual, tak mustahil ia dapat dijual dengan mudah dan cepat. In Shaa Allah.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]