Macam mana nak bergerak ke perkara yang lebih advance, selagi perkara asas kita tak buat dan master?
Nak mula melabur, kena ada simpanan.
Kalau yang ni pun dah kantoi, Tok nasihatkan baik tak usah melabur dulu.
Sebab asas ini akan latih kita berdisiplin dalam bab menguruskan duit.
Jom baca perkongsian Tuan Suzardi Maulan (Pakdi) pasal topik ni. Anak muda, Tok suggest 100% korang hadamkan.
Kita semua mesti tahu apa yang kita nak.
Contohnya:
“Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang?”
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Bila kita mempunyai satu pandangan yang jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya.
Sebab itulah, Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati.
Kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri, kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita.
7 tahun zaman senang itu tadi, adalah persediaan untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Kalau kita tak mempunyai pendapatan yang mencukupi, maka kita tak dapat menyimpan, seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan.
Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Tok yakin korang sendiri boleh jawab, kan?
Dan selalu tanya soalan ni kat diri sendiri:
“Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?”
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas.
Hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup.
Kita perlu menangguh kepuasan terlebih dahulu.
Kalau kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu, dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Mudah kan?
Kita perlu kenal pasti keutamaan perbelanjaan kita.
Lepas dah selesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan, pastikan kita mengumpul aset selepas itu.
Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan.
Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.
Penyata kewangan juga dapat tentukan sama ada kita patut baiki aliran tunai, atau fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
Risiko adalah sesuatu yang tak dapat dihapuskan sepenuhnya.
Apa yang kita boleh buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif.
Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita.
Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1.
Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus.
Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tak, kita kena bayar. Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lain untuk rakyat.
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan.
Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak.
Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1, mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati.
Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting.
Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati.
Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
—
Korang mesti pernah dengar bait ayat ni:
“Kalau kita tak merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.”
Tok yakin, korang semua dah faham dan tahu apa yang patut dibuat. Semoga berjaya, Tok doakan.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]