PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

7 tip ini serius boleh jadikan anda jutawan hartanah. Ejen ini buat dalam masa kurang 5 tahun saja

Semua orang berhak jadi kaya-raya.

Tapi bukan dengan skim sontot-menyontot ya. Kalau nak jadi kaya, biar betul dan kena dengan caranya.

Hartanah antara salah satu platform terbaik untuk korang mencapai matlamat ini.

Pada hari Jumaat yang penuh mulia ni, Tok nak kongsikan satu kisah inspirasi yang akan bakar semangat korang gila-gila.

Jom ikuti kisah Shirley Seng ini yang Tok baca kat blog The Vocket. Jaga-jaga, sebab ia bakal bagi impak maksima kat korang.

Tak mustahil. Anda juga boleh jadi jutawan seperti Shirley

Shirley Seng memiliki pengalaman sebagai agen hartanah kurang dari 5 tahun di Singapura.

Dia menyertai HSR International Realtors selama 4 bulan dan ERA Realty selama 4 tahun. Kini, dia bersama Propnex Realty sejak Januari 2015.

Shirley Seng menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berjaya menjadi jutawan segera, apabila berjaya menjual sebuah penthouse di Le Nouvel Ardmore dengan harga $51 juta bulan Mei tahun lepas.

Ms. Seng perolehi 3% komisyen yang berjumlah $1.5 juta. Keluasan penthouse adalah 13,875 kaki persegi, menjadikan ia bernilai $3,675 per kaki persegi untuk keluasan tersebut.

Le Nouvel Ardmore adalah ultra luxury condominium yang memiliki status pegangan bebas (freehold) di Singapura. Ia mempunyai 33 tingkat dengan 43 buah kondominium.

Mengikut brosur projek pembangunan Le Nouvel Ardmore, penthouse ni mempunyai lima bilik tidur, dengan ruang keluarga serta ruang belajar di tingkat 32.

Di tingkat 33 pula, terdapat kolam renang, foyers, teres bumbung, gim dan ruang hiburan.

Langkah pertama menjadi ejen jutawan bermula dengan 7 tip ini

Ini adalah 7 tip bagaimana Ms. Seng berjaya sebagai agen hartanah berstatus jutawan yang dikupas daripada pelbagai artikel mengenai Ms. Seng.

Tip #1: Tanam sifat berani dalam diri

Ms. Seng adalah jenis orang yang tak kenal erti takut dan berani mencuba.

Dia menjual hartanah bernilai jutaan ringgit, meskipun kebanyakan hasil pendapatannya daripada penyewaan bangunan.

Dia juga berani menceburi bidang hartanah, meskipun dia bukanlah graduan hartanah ataupun memiliki kenalan di dalam bidang ini.

Dia bekas graduan Politeknik Nanyang dan mempunyai diploma mutlimedia dan teknologi info komunikasi.

Tip #2: Elakkan sikap terburu-buru dan kekalkan fokus sentiasa

Rundingan berlangsung selama 2 bulan bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Mei yang lalu.

Sementara menjayakan rundingan ini, Ms. Seng telah berjaya close deal dengan 53 klien sejak Januari lalu, dan komisyen yang dia perolehi setakat ini adalah $1.7 juta.

Tip #3: Networking dan klien high-profile

Klien terdahulu Ms. Seng di Marina Bay Residences, telah mencadangkan dia kepada Mr. Sun Tongyu, co-founder Alibaba.

Buat pengetahuan korang, dia tak ada hubungan dengan orang kaya atau orang perantaraan dengan orang kaya sebagai asas kerjayanya di dalam bidang hartanah.

Dia menembusi rangkaian orang kaya dengan membantu menyewakan apartmen mereka, terutama di kawasan Marina Bay dan Orchard.

Tip #4: Bantu jayakan rancangan klien

Shirley menyatakan, adalah penting untuk kita kenalpasti dan tahu kehendak dan keperluan klien high-profile.

Ia menepati fokus kepakarannya yang melibatkan jual dan sewa apartment di kawasan bandar dan barat daya Singapura.

“Saya hanya tahu dia (Mr Sun) adalah seseorang yang memiliki aset dan kekayaan yang banyak.”

“Dan seperti klien high-net-worth yang lain, mereka biasanya tahu apa yang mereka mahu. Dan saya berada bersama mereka untuk membantu menjayakan rancangan mereka.”

Tip #5: Mudahkan kerja klien

Di laman web Shirley Seng menyatakan perkhidmatannya melibatkan keseluruhan proses pembelian iaitu mencari hartanah, runding harga terbaik, melakukan tawaran dan dapatkan kesepakatan tawaran.

Selain itu, dia turut memberi layanan istimewa kepada klien-kliennya seperti mengambil klien dengan kereta Audi A4 miliknya

Dia menurunkan klien di lokasi yang diminta oleh mereka setelah urusan selesai, dan kadang-kala membantu mereka dalam urusan kerja seharian.

Pastikan melakukannya dengan ikhlas, barulah klien dapat merasai keikhlasan kita.

Tip #6: Pantas dalam tindakan

Ini satu tip yang diberikan oleh Ms. Seng tentang cara berurusan dengan klien kaya.

“Kepantasan adalah penting. Saya selalu akan kembali kepada mereka dalam jangkamasa satu hingga dua jam.”

“Saya mahu mereka tahu bahawa mereka adalah keutamaan saya.”

Tip #7. “THE BIG WHY” yang kuat

Dorongan utama buat Ms. Seng berusaha dengan lebih gigih di dalam kerjayanya bukanlah wang ringgit.

Tapi sebab dia nekad bekerja keras untuk berikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Ini kerana Ms. Seng berasal dari keluarga susah.

Buat pengetahuan korang, Ms. Seng sehingga kini masih tinggal serumah bersama ibu bapa, datuk nenek, dua adik-beradik, empat saudara mara dan seorang pembantu.

Dia masih tidur di ruang tamu rumah mereka.

Tambahan pula, Ms. Seng telah menentang hasrat keluarganya yang menyuruh dia sambung belajar.

Dia menentang hasrat tersebut kerana mahu mencuba peluang di dalam bidang hartanah ini.

Tok harap, kisah ni dapat naikkan semangat korang untuk berjaya dalam bidang hartanah.

Impian tak ada selera nak berdamping dengan kita, selagi tak buat segala yang perlu dibuat.

Tak ada apa pun yang mustahil dalam dunia ini. Selagi kita lengkapkan usaha dengan doa yang tak putus-putus, In Shaa Allah korang boleh dapat apa yang korang impikan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *