Siapa yang tak terkejut dan marah bila dapat surat ini daripada pemaju?
Tengah tenang menghirup kopi sambil makan pisang goreng waktu petang, datang pulak hal lain yang tak diundang. Siapa pun boleh naik berang.
Dan hal ni banyak kali berlaku kat mereka yang membeli rumah baru (under construction).
Takpe. Korang boleh je selesaikan masalah ni.
Janji korang hadam dan fahamkan perkongsian Tuan Salkukhairi Abd. Sukor ni sampai habis. In shaa Allah, korang akan dapat pertahankan hak korang sebagai pembeli yang bijak.
Ramai pembeli rumah baru dengan pemaju mengadu kepada saya.
Mereka rasa tak puas hati apabila pemaju menuntut bayaran faedah lewat bayar (interest), akibat kelewatan pemaju menerima bayaran progres harga jual beli.
Bahkan ada pemaju yang enggan serahkan milikan kosong (kunci rumah) kepada pembeli akibat kegagalan pembeli menjelaskan bayaran interest tersebut.
Sedangkan kelewatan tersebut bukanlah salah pembeli.
Kadang-kala kelewatan tersebut disebabkan oleh pihak pembiaya (bank / LPPSA) sendiri. Kadang kala juga, disebabkan oleh pihak peguam.
Jadi, kenapa pula mereka (pembeli) yang terpaksa menanggung bayaran interest tersebut? Bukankah itu tak adil?
Saya fikir ramai pembeli rumah yang berpandangan begitu, bukan?
Jom kita lihat bagaimana peruntukan undang-undang sebenar tentang perkara tersebut.
1. Sebenarnya, kalau kita rujuk kat Perjanjian Jual Beli (SNP) yang menggunapakai Jadual G atau Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) ada nyatakan perkara ini.
Sekiranya pembiaya lewat menjelaskan bayaran progres harga jual beli kepada pemaju, maka pemaju berhak kenakan interest kepada pembeli.
2. Perjanjian ini sebenarnya adalah perjanjian yang seragam yang digubal oleh kerajaan dan hendaklah digunapakai dalam semua urusan jual beli rumah dalam pembinaan (underconstruction) daripada pemaju.
Bermakna, semua pembeli rumah dalam pembinaan akan terikat dengan perjanjian ni.
3. Walau bagaimanapun, sekiranya kelewatan itu disebabkan oleh dokumentasi yang tak lengkap dipihak pemaju (yang menyebabkan pembiaya tak dapat melepaskan bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam SNP), maka pemaju tak boleh kenakan interest kepada pembeli.
4. Apa yang patut korang patut buat bila pemaju tuntut bayaran interest?
Mula-mula sekali, dapatkan chronological event (kronologi urusan jual beli) daripada peguam tentang proses pelepasan bayaran pinjaman, daripada mula sampailah bayaran dilepaskan,
Tujuan ini adalah untuk kita tahu di manakah punca kelewatan sebenar bayaran tersebut.
5. Dapatkan juga pengesahan bertulis daripada pembiaya tentang kelewatan pelepasan bayaran tersebut.
6. Daripada situ, sekiranya terbukti kelewatan disebabkan oleh dokumentasi dipihak pemaju yang tak lengkap, sila tulis surat kepada pemaju untuk maklumkan yang korang tak bertanggungjawab untuk membayar interest tersebut.
Ini sebab kelewatan tu disebabkan oleh pemaju sendiri, bukan korang.
7. Lampirkan sekali surat chronological event daripada peguam dan surat daripada pembiaya korang sebagai bukti.
8. Dan sekiranya kelewatan tu memang jelas disebabkan oleh peguam atau pembiaya korang (dan bukannya disebabkan oleh dokumentasi tak lengkap oleh pihak pemaju), maka korang berhak minta peguam atau pembiaya bertanggungjawab di atas bayaran interest tersebut.
9. Kalau pemaju enggan serahkan milikan kosong atau kunci (padahal dah terbukti kelewatan itu disebabkan oleh pemaju), tak mengapa.
Tunggu je 14 hari lepas dah dapat surat serahan milikan kosong daripada pemaju.
Ini sebab serahan milikan kosong dianggap secara automatiknya diserahkan selepas 14 hari daripada tarikh surat pemaju panggil ambil milikan kosong (walaupun pembeli tak ambil kunci rumah tersebut).
Kesimpulannya, kalau korang baca dan faham betul-betul setiap peruntukan dalam SNP, pasti korang akan dapat pertahankan hak sebagai pembeli.
Walaupun secara umumnya jika berlaku kelewatan, korang yang perlu tanggung bayar interest tu
Tapi kalau terbukti kelewatan tu berpunca daripada pihak lain, korang tak dipertanggungjawabkan untuk menjelaskannya.
Yang penting, korang tahu apa yang perlu korang buat.
Ini pesanan saya kepada pembeli-pembeli rumah di luar sana. Bila korang dah terima salinan SNP, sila baca dan fahamkan terma-terma dalam SNP tu.
Sama-samalah kita jadi celik undang-undang. Sila SHARE jika artikel ni bermanfaat.
—
Bila dah terjebak dalam bidang pelaburan hartanah (atau sekadar membeli untuk duduk sendiri), penting untuk kita tahu serba sedikit pasal undang-undang.
Kalau tak ambil tahu, memang saje mintak kena tipu hidup-hidup.
Bukan niat Tok untuk salahkan mana-mana pihak. Tapi lebih baik kita bersedia daripada “terkena” sebab tak tahu. Tak gitu?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
Nurul Aishah says:
Assalamualaikum, mohon pencerahan dari pihak Tuan,
situasi di atas, sy sedang alami.
SNP kami sign tarikh 9th Februari 2021.
sekarang tinggal seminggu sahaja lagi, dan kami masih belum dapat kunci disebabkan,
pada 23/04/2021 : Saya tergerak nk call peguam under developer berkenaan resit bayaran kepada Pejabat Tanah untuk urusan tukar nama/pindah milik.
Peguam maklum pada kami, developer tak dapat resit daripada Pejabat Tanah.
Bila kami setiap hari tanya apa progress, pemaju hanya jawab, dokumen masih belum dapat dr HQ.
Dari 19/04 – 23/04 saya tanya any update utk dokumen kepada peguam bank. Pemaju kata masih tak dapat dari HQ.
Bila 23/04 : sya call peguam pemaju, mereka kata, pemaju tak dapat resit.
waktu lunch hour, Suami serang office pemaju mklum. kenapa lambat process dokumen, dan mentiond kami tak akan bertanggungjwb jika interest di kenekan.
petang nya, jam 2 ptg, sya call peguam bank untuk buat advance payment untuk dapatkan resit dr PTG. dan mereka juga baru tahu status tu.
untuk makluman Tn, bila suami sya chase melalui ws, pihak pemaju ada snap gmbr dokumn yang mereka buat bayaran kepda PTG, bertarikh TERIMA dari pihak PTG 09/03/2021.
sekarang persoalannya, kenapa gap hampir sebulan dari 09/03/2021 – 19/03/2021 semasa saya kejar status dokumen, pemaju beri alasan dokumen masih d HQ.
utk mklumn tuan juga, pada 23/04/2021, peguam bank buat advance payment utk PTG. 26/04/2021, mereka mklum dh dpt resit dn sedang prepare dokumen utk sign dan courier kpd pihak HQ bank pula.
jadi, dlm situasi ni.
tinggal seminggu sahaja, dari 03/05 – 07/05/2021.
apa perlu sy sediakan bagi elakkan dan pihak pemaju kne buat waiver dr interest tersebut sebab memg terang delay dr pihak mereka.
-aishah-
013-7313043
zaiton says:
Assalamualaikum..
sy kene charge late payment, selepas check kronologi, kelewatan d sebabkan lawyer S n P yang di assign oleh pemaju. Saya mintak penjelasan dari lawyer tapi xdapat feedback, apa perlu saya buat? sbb sy xnak byr late payment sbb bkn salah saya.