“Penat saya belajar dulu, Tok. Dah dapat kerja, kena la keluar kereta dulu!”
Bait ayat ini masih lagi jelas berkumandang dari mulut mahasiswa dan mahasiswi dalam negara kita. Masih ada, tapi bukan semua.
Selagi ayat ni keluar dari mulut mereka, selagi tu perjuangan Tok belum selesai.
Lumrah manusia. Kita lebih senang tertarik pada cerita dan kisah inspirasi. Lagipun, cerita adalah alat komunikasi yang berkesan untuk bertukar maklumat antara sesama insan.
Dan buat korang yang nak mula menjaga kewangan peribadi, Tok ada satu kisah inspirasi yang Tok sarankan korang baca laju-laju. Selamat menghadam.
Tok baca cerita ini dekat IIUM Confessions, dan Tok suka nak kongsikan kisah inspirasi ini dekat korang semua.
Semenjak dua menjak ni, banyak pulak orang berkongsi cerita tentang fresh grad nak pakai kereta apa, itu dan ini.
Pendek kata, ini memang topik yang den gomar. Sebab tu, den pun nak bercerita jugak pasal ni.
Nama aku, Nora. Seorang wanita. Aku mula bekerja pada awal tahun 2015. Gaji masa tu RM3,000.
Mula-mula kerja, aku rasa semua orang sama. Semua orang bila dah bekerja, perkara pertama mereka nak beli adalah kereta. Ye idok?
Maka, terbayang-bayang la kereta pelbagai jenama dan warna yang menjadi idaman kalbu, termasuk la aku.
Aku rasa, semua budak zaman belajar sama je. Tak sabar nak mula bekerja sebab nak balas jasa mak ayah, nak beli kereta, makan sedap-sedap, betul tak? Aku pun sama je.
Tahun ni, masuk tahun ke-3 aku bekerja. Tapi, bayang kereta baru pun tak nampak.
Adakah aku terlingkup dek hasutan MLM? Tak! Aku masih Nora yang dulu. Pada saat kawan-kawan sebaya yang lain asyik update gambar cuci kereta jenama ‘H’ dekat carwash, selfie celah cermin sisi kereta masing-masing.
Tak kurang jugak kawan-kawan yang ambil gambar stereng logo jenama kereta. Aku hanya mampu sedekahkan ‘Like’ sebagai tanda support.
“Kau tak cemburu ke? Tak rasa tercabar bila mereka buat macam tu?”
Jujurnya, tak. Aku rasa itu cara mereka luahkan rasa bahagia mereka. Aku pulak, akan rasa bahagia bila dapat makan apa yang aku nak. Eh!
Ada yang tanya:
“Kau gaji cecah RM3,000 kot. Kenapa tak beli kereta lagi?”
Aku? Cukup berbekalkan motor yang dibawakan khas oleh PosLaju dari kampung (itu pun, rembat abang aku punya) yang terletak jauh lebih kurang 800KM.
Dari mula bekerja sampai sekarang, itu la kenderaan aku berulang-alik ke tempat kerja.
Pada pandangan personal, aku rasa kereta belum lagi jadi satu keperluan buat masa ini.
Sebabnya, jarak aku ke tempat kerja 3.5KM je. Tak sampai 10 minit dah boleh sampai pejabat. Perjalanan pun, tak mencabar kewanitaan aku. Sesekali je bila asyik berangan, orang belakang hon, mula la penyakit terkejut aku datang. Haha!
Dari awal 2015 sampai sekarang, aku masih bebas daripada sebarang loan atau komitmen hutang. Simpanan pulak, makin bertambah.
Sekarang ni, gaji aku lebih RM300 berbanding dulu. Macam mana aku urus gaji aku? Nah, jemput baca perkongsian aku ni.
Perkara pertama bila aku dapat gaji, aku akan mohon tunaikan ZAKAT PENDAPATAN. Ingat ya, bukan zakat fitrah je yang wajib kita bayar. Yang ni pun, korang wajib bayar tau.
Fungsi zakat adalah untuk bersihkan harta, dan perkara ni takkan buat kita jatuh miskin pun. Kat bawah ni, aku senaraikan apa yang aku buat supaya korang lebih senang hadam.
1) Zakat pendapatan (2.5% daripada pendapatan, sama ada dengan tolakan potongan KWSP, ibu bapa, anak, isteri, diri sendiri, atau tanpa tolakan).
Urusan zakat, aku bayar melalui Maybank2u saja. Boleh je nak buat melalui potongan gaji.
Nak tahu berapa banyak zakat yang korang wajib tunaikan? Sekarang ni, senang. Ini ada kalkulator zakat pendapatan online yang korang boleh gunakan (KLIK SINI).
2) Duit ibu bapa. Untuk ini, aku hanya ada ibu saja. Aku bagi RM1,000 setiap bulan, berserta belanja rumah di kampung sekali.
Bab bil dan barangan dapur dekat kampung, aku kongsi bayar dengan adik-beradik.
3) Rumah sewa dan bil air dan api = RM300. Sebab aku masih lagi bujang, aku tinggal dengan kawan-kawan kat rumah sewa. Tak ada keperluan untuk sewa rumah sebijik.
4) Simpanan ASB = RM800.
5) Tabung Haji = RM200.
6) Belanja adik-beradik = RM200.
7) Bil Internet = RM50.
Jumlah semua perbelanjaan ini, lebih kurang RM2,650. Bakinya? Baru la aku gunakan untuk bayar keperluan personal yang lain.
Nasib baik aku bukan jenis kaki wayang atau kaki shopping. Tapi aku masih macam perempuan normal yang lain. Suka online shopping dan food hunting, tapi masih berpada-pada.
Pada aku, sangat mencukupi. Tak pernah lagi rasa semput nak survive sampai tiba gaji baru.
Mungkin Allah S.W.T permudahkan semuanya, sebab aku dahulukan rezeki aku dengan zakat dan orang sekeliling aku. Ingat, dalam rezeki yang kita dapat tu, ada rezeki orang lain.
Elakkan ingat yang harta kita tu, semua kita yang punya.
Baiklah. Setakat ini saja perkongsian aku. Memandangkan aku masih lagi bujang, tinggal pula berkongsi rumah sewa, dengan tak ada sebarang komitmen loan dan sebagainya, bajet aku setiap bulan masih cukup.
Pasti akan ada rombakan bajet bila aku dah bertukar status, atau muat naik gambar kunci kereta berlogo ‘H,’ Harimau, atau lain-lain. Tapi sekarang ni, aku masih selesa naik motor dan kereta belum lagi jadi satu keperluan.
Senang guna motor ni. Tak payah fikir nak simpan duit insuran dan road tax, kos minyak, tol, dan sebagainya. Banyak aku boleh jimat tau.
Setakat sumbat minyak macam beli burger sebiji, tak terasa pun isi minyak motor tu. Minyak hitam aku tukar setiap 2 atau 3 bulan sekali, baru makan berbelas Ringgit.
Setakat nak pergi meeting atau lain-lain urusan di luar kawasan pejabat, aku boleh naik Grab je. Bukannya kena pergi setiap hari pun. Tak ada kereta pun, tak jadi masalah.
Tapi aku tak galakkan perempuan lain ikut jejak langkah aku (pergi kerja naik motor). Tengok jugak la keadaan dan cabaran dalam perjalanan hidup korang jugak.
Kalau boleh berjimat, kenapa nak kena membazir? Biar papa asalkan bergaya, dah tak relevan dah zaman ni.
Kalau ikutkan malu, memang malu. Ye la, aku je perempuan kat pejabat aku yang bawak motor. Dah la parking sama tempat dengan tukang cuci dan tukang kebun tempat kerja aku. Kau rasa? Haha!
Paling penting, uruskan gaji korang sebaiknya. Elakkan diri anda jadi mangsa MLM atau loan atas angin. Kurangkan berpeleseran. Masa kerja, tingkatkan prestasi, kurangkan korupsi. Eh!