
Tahniah buat korang yang baru pegang title suami isteri! Fasa awal perkahwinan ni memang fasa paling ‘best’, tapi dalam masa sama, banyak benda besar kena fikir. Salah satu topik paling hangat kat meja makan mestilah pasal nak beli rumah pertama.
Ramai pasangan muda buat silap bila terus beli rumah tanpa bincang soal family planning. Beli rumah ni bukan macam beli baju kat Shopee, tak muat boleh return. Ini komitmen 30 hingga 35 tahun!
Jadi, macam mana nak selaraskan perancangan beli rumah dengan perancangan anak? Tok akan kongsikan rahsia pilih antara studio, apartmen 3 bilik, atau rumah teres lama ikut pelan hidup korang.

Tengok kawan beli rumah besar, kita pun gatal tangan nak beli. Padahal kawan tu dah ada anak tiga, kita pula baru nak enjoy berdua. Family planning bukan sekadar bincang bila nak ada anak, tapi juga soal kewangan, gaya hidup, dan ruang yang korang perlukan.
Kalau korang salah beli, bulan-bulan sakit nak bayar ansuran bank. Rumah besar sangat rasa sunyi dan penat nak kemas. Rumah kecil sangat pula nanti rasa sesak bila anak dah mula merangkak.
Untuk mula rancang kewangan dengan betul, korang boleh rujuk pakar atau baca panduan pengurusan kredit di laman web AKPK. Kalau nak tahu cara semak kelayakan loan, boleh klik panduan kira kelayakan loan perumahan kita di sini.
Korang dan pasangan setuju tak nak ada anak (childfree) untuk 5 tahun pertama? Kalau ya, fokus utama korang sekarang adalah bina karier, kumpul simpanan, dan nikmati masa berdua.
Jenis Hartanah Sesuai: Studio atau Apartmen 1-2 Bilik (Dekat LRT/MRT)
Kenapa Sesuai?
Jangan bazir duit beli rumah 4 bilik kalau korang berdua je yang duduk. Duit lebih tu baik simpan dalam ASB atau Tabung Haji.
Ada pasangan yang lepas kahwin, memang target nak terus dapat rezeki anak. Kalau rancang nak ada 1 atau 2 anak dalam masa terdekat, korang perlukan ruang yang lebih praktikal.
Jenis Hartanah Sesuai: Apartmen / Flat 3 Bilik (Keluasan sederhana 800 – 900 sqft)
Kenapa Sesuai?
Cari apartmen yang ada kemudahan tadika atau nursery kat tingkat bawah atau kawasan sekitar. Percayalah, bila anak dah masuk umur 3-4 tahun, benda ni sangat memudahkan urusan korang pergi dan balik kerja.

Kalau family planning korang jenis nak anak ramai (3 orang ke atas), atau korang kena jaga mak ayah yang dah uzur, apartmen memang tak cukup. Ruang sempit boleh buat orang cepat stres.
Jenis Hartanah Sesuai: Rumah Teres Lama (Subsale)
Kenapa Sesuai?
Ramai orang takut beli rumah lama sebab takut kena tipu kos repair. Tapi kalau korang pandai cari inspector rumah yang bagus, rumah lama ni sebenarnya ‘lubuk’ emas. Lokasi rumah teres lama selalunya dah matang – dekat dengan sekolah, masjid, pasar, dan klinik.
Bila gaji dah gabung, jumlah income nampak besar. Mula la terliur tengok iklan kondominium mewah harga RM600,000 ke atas yang ada infinity pool dan gym bertaraf hotel.
Tapi ingat balik objektif family planning korang.
Kondo mewah perlukan maintenance fee yang tinggi (kadang-kadang cecah RM300-RM500 sebulan). Kalau korang ada anak kecil, duit sebanyak tu lebih baik buat bayar yuran tadika, beli pampers, dan simpanan pendidikan anak.
Kalau nak bandingkan kondo mewah baru dengan teres lama subsale (dengan harga yang sama), untuk pasangan yang rancang keluarga besar, teres lama menang tanpa bertanding. Korang beli ruang, bukan beli swimming pool yang setahun sekali je korang turun mandi.
Keputusan beli rumah tak boleh lari dari perbincangan family planning. Duduk semeja dengan pasangan, buat kopi sedap-sedap sikit, dan bincang hala tuju korang untuk 5 hingga 10 tahun akan datang.
Biar beli rumah kecil tapi tenang nak bayar hutang, dari beli rumah besar tapi berikat perut hujung bulan. Ukur baju di badan sendiri, bukan ikut badan influencer kat TikTok.
Semoga panduan ni bantu korang buat keputusan yang bijak. Korang rasa macam mana? Boleh share pandangan korang kat bawah.
Tak semestinya. Kalau korang dah stabil dan mampu, beli awal lebih bagus sebab harga rumah makin naik. Cuma pilih jenis rumah tu ikut perancangan ada anak dalam masa 5 tahun akan datang.
Boleh kalau korang mampu. Tapi unit dekat dengan pengangkutan awam (macam studio/apartmen) lebih mudah untuk disewakan berbanding rumah teres yang jauh sikit dari kemudahan asas, melainkan lokasi teres tu sangat strategik.
Pakar kewangan sarankan tak lebih 30% dari gaji bersih korang. Ini nak pastikan korang ada cash flow yang sihat untuk simpanan dan kecemasan, terutamanya bila isteri mula mengandung dan bersalin nanti.

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.