PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Nak elakkan pelan kewangan jangka masa panjang anda gagal? Baca tip ini

Memang tragis kalau dengar atau baca cerita orang yang gagal uruskan kewangan dengan baik.

Dan masalah ni banyak berpunca dek mentaliti yang masih tak berubah. Ekonomi diri semakin goyah, tapi masih lagi suka berbelanja macam orang kaya.

Takde orang lain akan tolong ubah diri korang tu, melainkan korang ubah dulu diri sendiri.

Sebab tu, Tok tak putus-putus kongsikan tip kewangan yang berguna. Dengan harapan, korang dapat serap setiap manfaat dalam setiap perkongsian.

Mulakan pagi Isnin korang dengan baca tip kewangan nukilan Tuan Adrian Sim, yang Tok baca kat blog Coffeeticks ni.

Tip #1: Elakkan bersikap pasif dalam bab uruskan duit 

Untuk permulaan, kita kena fokus menukar mindset (gaya fikir) tentang cara uruskan duit. Dan takde nasihat yang lebih baik, selain sentiasa bersikap proaktif dalam bab ni.

Bila kita sentiasa proaktif, segala perbelanjaan yang bakal dibuat akan kita uruskan dengan berhati-hati, dan macam-macam lagi kelebihan yang bakal kita rasa nanti.

Paling best, sikap ini akan bantu elakkan poket korang koyak sebelum dapat gaji baru.

Nak nasihat? Pulun apa yang perlu dibuat dalam menyediakan bajet yang baik (dan ikut bajet ini 100%), keluarkan diri daripada perangkap hutang, cari pelaburan yang jana untung, dan sentiasa menyimpan.

Kita kena sedar tanggungjawab dalam mengawal bagaimana, dan ke mana wang yang bakal kita belanjakan.

Ingat ya. Kalau setakat berfikir nak berubah pun, kita takkan dapat capai matlamat ni selagi tak mula bertindak.

Nota: Bila bercakap pasal menyimpan tadi, Tok tak maksudkan simpan dalam tin Milo atau bawah bantal tau. Kadar peratusan purata inflasi kat negara kita adalah sebanyak 3.66% dar tahun 1973 sehingga 2016.

Bermakna, duit kita akan susut sebanyak 3.66% setiap tahun. Kira sendiri kat kalkulator untuk tengok berapa nilai duit korang tu.

Tip #2: Wajibkan diri kawal nafsu berbelanja

Bila baca headline atas ni, mungkin korang terus terfikir tentang bajet bulanan yang baik, kan?

Bermakna, kita dalam masuk proses menguruskan duit dengan berhati-hati. Ini juga mencerminkan had kita dalam berbelanja (Tok yakin, takde siapa suka menelan kebenaran ini).

Kalau betul-betul serius nak selamatkan kewangan korang, wajib buat perkara ni. Pendek kata:

“Better safe than sorry.”

Betul. Tok tak nafikan betapa syoknya kalau kita hidup kaya-raya. Tak payah nak risau pasal duit yang kita belanjakan.

Cuma, sebelum impian ni jadi realiti untuk kita, buat apa yang perlu dulu untuk pastikan kesihatan kewangan terjamin.

Adalah lebih baik buat setiap tip kewangan yang terbukti berkesan, dan ajar diri supaya menyimpan dan berbelanja secara berhemat.

Tip #3: Siap-sediakan Plan B anda

Kalau ada Plan B, kita akan rasa lebih bersedia untuk menghadapi segala masalah kewangan yang akan datang. Tak kira sama ada sekadar kereta rosak, atau terpaksa bayar kos perubatan yang tak dijangka.

Cuma, ramai yang tak sediakan diri mereka dengan pelan kecemasan yang macam Tok maksudkan ini. Bila dah terhantuk nanti, baru kelam-kabut nak buat pelan.

Dah tengah kelam-kabut tu, mana nak fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik?

Apa yang Tok cakapkan ni hanya gunakan common sense je (yang mana ia tak berapa common pada orang zaman sekarang).

Hadamkan dan pasak petikan kata-kata Robert Kiyosaki ini dalam minda kita:

“Dengan adanya rancangan luar jangkaan (contingency plan), kita akan kurang rasa terdedah kepada bahaya kalau kewangan sedang hadapi masalah. Anda boleh saja siap-sediakan simpanan tunai untuk sebarang kecemasan, sebagai persediaan jikalau dibuang kerja atau sebarang masalah yang lain.”

“Plan B ni, boleh jadi perniagaan sambilan (sebagai suplemen pendapatan bulanan kita) atau sebarang strategi lain yang berkaitan, sebagai back-up plan sekiranya terdapat sebarang masalah dalam kewangan kita. ”

Tip #4: Ubah perspektif kita terhadap perbelanjaan

Hakikatnya, kita akan dapat banyak manfaat kalau kita berbelanja secara terkawal.

Tok tak maksudkan korang wajib jadi “Haji Bakhil bin Haji Kedekut.” Tapi beringat sikit bila nak berbelanja tu.

Banyakkan mengira dan mengkaji terlebih dulu sebelum apa-apa, berbelanja kurang daripada gaji bulanan yang kita dapat, dan sentiasa beli barang yang berikan nilai kat duit kita (value-buy).

Ingat ya. Setiap keputusan kewangan yang kita buat (tak kira kecil atau besar), ia pasti akan berikan kesan kat kewangan kita pada masa depan.

Contohnya, katakan kita selalu beli kopi berjenama setiap hari. Perbelanjaan setiap hari tu, cuba darabkan dengan 12 kali (untuk tempoh setahun).

Dah dapat jumlah? Masa ni, korang fikirkan balik apa yang korang boleh buat dengan jumlah wang sebanyak tu.

Adakah lebih baik korang belanjakan duit itu untuk beli kopi mahal setiap hari, atau lebih berbaloi leak duit tu kat satu pelaburan yang akan jana lebih banyak duit untuk kita?

Konsepnya mudah saja. Kurangkan perbelanjaan, dan kita akan ada lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan tambahan.

Kalau kita biasa beli rokok 2 kotak sehari, cuba kurangkan jadi sekotak. Korang sendiri akan terkejut tengok perubahan yang berlaku kat dompet korang tu. Hehe.

Tip #5: Simpan duit sebanyak 6 bulan gaji anda

Tak salah kalau kita menyimpan duit untuk beli gajet terbaru atau bercuti ke luar negara (janji tak sampai tahap sanggup telan Maggi setiap hari dan menyusahkan diri sendiri).

Cuma, lagi bagus kalau simpan duit tu sebagai simpanan kecemasan.

Mungkin bila dah pergi bercuti nanti, kepala korang akan rasa nyaman dan bebas. Ye lah, dah lepas semua stress yang ada kat sana.

Tapi, tak guna juga kalau kepala pening balik lepas dah selesai bercuti. Dan simpanan kecemasan wujud supaya kita dapat uruskan masalah ni dengan baik.

Tambahan pula, simpanan ini akan berikan kita ketenangan. Sebab kita dah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kat kewangan pada masa akan datang.

Paling kurang, korang boleh survive untuk tempoh 6 bulan kalau ada sebarang perkara buruk yang terjadi. Dan pada masa yang sama, kita boleh cari kerja lain sebagai sumber pendapatan baru.

Tok tak tahu nak tekankan macam mana lagi pasal perkara ni. Janji dengan Tok, yang korang akan buat simpanan sebanyak 6 bulan gaji korang ya?

Tip #6: Jangan lupa lindungi diri anda dan keluarga

Katakan (Tok doakan, minta dijauhkan), salah seorang ahli keluarga kita menghidap penyakit kanser. Kita pula terpaksa berhempas-pulas bekerja untuk bayar segala kos yang terlibat.

Apa yang patut kita buat?

Dan ini pula soalan yang lebih tepat:

“Apa yang kita dah buat sebagai persediaan untuk hadapi masalah seperti ini?”

Kebanyakan orang fikir yang mereka ada perlindungan insuran yang mencukupi. Tapi, ada kemungkinan yang polisi insuran ini tak up-to-date.

Dan yang paling tak best, kos perubatan semakin meningkat naik setiap tahun. Cukup ke insuran yang kita bayar tu untuk cover masalah ini nanti?

Ini satu fakta yang elok kita telan. 1 daripada 4 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser. Setengah yang terlibat, akan kehabisan duit setahun selepas diagnosis.

Kerja kita adalah mencari insuran yang thorbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Salah satu yang Tok  jumpa adalah produk daripada AXA Affin Life Insurans. yang diberi nama 200 Cancer Care Policy (berminat nak tahu? Klik sini).

Nota: Tok percaya, ada banyak lagi produk yang bagus kat luar sana. Kita je yang kena rajin mencari, dan gunakan produk yang tepat dengan kapasiti kewangan dan perlindungan yang kita perlukan.

Cuba kita fikirkan. Kereta kita tu pun ada insuran. Inikan pula orang. Takkan tak nak ada sebarang pelan perlindungan, kan?

Tip #7: Tabiat menyimpan hanya sebagai permulaan

Mungkin ada antara kita yang tergamam bila tengok jumlah simpanan yang dibuat. Tahniah Tok ucapkan sebab berjaya simpan duit sebanyak tu.

Tapi, tak bermakna kerja kita dah selesai ya.

Walaupun dah berjaya capai matlamat simpanan kita, tapi tetap berbelanja macam orang tak ingat dunia, tetap sama jugak hasilnya.

Kuncinya adalah kita tak kehilangan sebarang duit yang disimpan (Tok maksudkan dengan nilainya sekali tau).

Bila dah buat simpanan kecemasan, kita buat pula sebarang pelaburan seperti melabur dalam Amanah Saham Berhad, hartanah, atau mutual funds supaya nilai duit kita tak terjunam teruk.

Nota: Baca balik tip No.1 tadi. Tok ada jelaskan berapa banyak duit kita susut nilai dalam masa 1 tahun.

Mungkin ada antara korang yang rasa susah nak aplikasi tip ini dalam satu masa.

Takpe. Ambil sebanyak masa yang korang perlukan. Janji korang praktikkan apa yang korang dah baca ni. Kalau boleh, Tok tak nak kewangan korang jatuh sakit langsung.

Paling kurang, korang akan mula sedar kepentingan menjaga kewangan dengan baik lepas baca perkongsian hari ni. Kayuh perlahan-lahan ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *