Orang yang menetap kat Kuala Lumpur berkongsi satu masalah dan dilema yang sama.
“Malas aku nak keluar. Nak hadap traffic jam, kos minyak, dengan nak tanggung tol lagi.”
Lagi-lagi nak singgah kat Bank Negara untuk dapatkan laporan CCRIS.
Tak apa. Tuan Amir Syahir ada kongsikan cara yang 100% jimatkan minyak kereta korang.
Cuma kena ada Internet dan laptop (atau smartphone) saja.
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit atau pinjaman peribadi yang kita buat.
Laporan CCRIS hanya memaparkan tempoh masa pembayaran 12 bulan yang lepas.
Jadi, kalau ada satu bulan yang korang terlepas bayar, kena cepat-cepat bayar supaya laporan CCRIS korang suci bersih dan ada nombor 0 sahaja.
Ia bererti tiada tunggakan bayaran. Kalau ada nombor 2, bermakna 2 bulan la kau orang terlepas bayar.
Bayaran balik mestilah dengan jumlah yang tepat dan pada masa yang ditetapkan mengikut surat perjanjian.
Penting ada laporan CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut.
Laporan CCRIS boleh disemak kat semua cawangan Bank Negara Malaysia.
Buat korang yang jauh dengan cawangan BNM atau pejabat AKPK, kau orang boleh semak laporan CCRIS menggunakan emel sahaja. Mudah dan cepat. Percuma pulak tu.
Dekat tempat gua takde cawangan BNM. Jadi, gua buat guna emel saja. Gua hantar permohonan lengkap pada 8 April 2016 dan dapat laporan pada 12 April 2016.
Korang boleh gunakan cara ini dan jimatkan masa, kos bayar parking kereta, jimat petrol. Boleh SHARE kat kawan-kawan korang supaya sama-sama tahu tentang pasal ni.
1. Muat turun borang permohonan laporan CCRIS (klik sini).
2. Scan kad pengenalan (depan dan belakang dengan jelas). Scan juga 2 (DUA) jenis dokumen sokongan yang buktikan permohonan itu daripada korang. Contohnya, lesen memandu, penyata akaun bank, penyata KWSP, atau bil utiliti.
3. Isi borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman. Borang ini merujuk kat pinjaman yang sedia ada seperti pinjaman rumah, pinjaman jual-beli, kad kredit dan sebagainya.
Bila dah siap isi, scan semua dokumen tu dan emel kat [email protected].
Lepas beberapa hari, korang akan dapat maklum balas daripada pihak BNM. Paling lambat pun 14 hari.
Lepas dah dapat maklum balas pihak BNM , korang kena telefon mereka untuk dapatkan kata laluan. Ini untuk membuktikan korang yang memohon, bukan orang lain.
CCRIS tak blacklist-kan nama korang. Jangan takut kat CCRIS.
CCRIS akan meyakinkan pihak bank yang korang mampu bayar ansuran dengan baik. Yang membuktikan korang tak culas.
Jika laporan CCRIS korang barai dan ada nombor lain selain nombor 0, korang kena usaha baiki dan bayar tunggakan terlebih dulu.
Buat ini dulu kalau nak buat pembiayaan perumahan, ataupun sebarang pembiayaan lain dengan pihak bank ya.
Sekarang rekod pembayaran PTPTN pun akan masuk dalam laporan CCRIS secara berperingkat.
Jadi, korang kena cek dulu CCRIS sebelum memohon pembiayaan perumahan. Kot ada tunggakan PTPTN.
Kalau ada, pergi cawangan PTPTN. Bincang dengan mereka. Buat penstrukturan semula. Bayar separuh daripada tunggakan atau semua tunggakan. Itu atas budi bicara pihak PTPTN.
Lepas tu, mohon kat pihak PTPTN buat surat Pengesahan Bayaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN mengatakan korang sedang bayar hutang PTPTN dengan baik.
Lepas dah selesai, mohonlah pembiayaan perumahan atau pembiayaan ASB mengikut matlamat korang. Yang penting, CCRIS kena jelaskan dulu.
Kalau CCRIS sangkut, memang pihak bank tak akan layan. Sebabnya pembiayaan sekarang pun korang tak mampu nak bayar, macam mana nak bayar pembiayaan baru. Ye dak?
Selalu ingat, yang pihak bank adalah sebuah perniagaan, bukannya badan kebajikan.
Ada yang buat guna Credit Bureau, bayar RM10 lebih. Tapi gua buat yang percuma je. Sekadar nak semak okay ke tak laporan gua setiap 6 bulan sekali pun senang.
RM10 tu, boleh isi dua kali minyak motor gua kot. Kah!
—
Senang nak buat kan?
Lepas ni, tak payah susah-payah start enjin motor atau kereta, semata-mata nak ke BNM untuk dapatkan laporan CCRIS.
Kalau ini pun korang malas nak buat, Tok tak tahu nak tolong macam mana lagi.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]