PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 langkah elak deposit hangus bila anda tak jadi beli rumah

Ramai yang tak tahu pasal ni.

Sebelum ni, mesti korang ingat duit deposit confirm akan melebur bila bank tak lepaskan permohonan loan rumah.

Tak betul tu. Hakikatnya, korang masih ada harapan dan peluang untuk dapatkan balik duit tu kalau kena dengan caranya.

Ni, Tok ada baca tip yang Tuan Khalil Adis coretkan kat blog beliau.

Perkongsian ini berdasarkan pengalaman sebenar beliau uruskan kes tersilap membeli rumah (untuk tujuan pelaburan) seorang warganegara Singapura. Jom baca sekarang.

Betul ke boleh dapatkan balik duit tu?

Dah bertahun-tahun saya membantu warga Singapura untuk “lepaskan diri” daripada buat pelaburan yang salah di Malaysia.

Ada banyak sebab masalah ini berlaku. Daripada masalah hilang pendapatan (kena buang kerja), hingga tersedar yang mereka buat pembelian yang salah.

Tapi, kalau kita tak pasti sama ada pembelian itu boleh buat untung atau tak, baik lagi tak payah buat langsung. Elakkan buat keputusan membeli kalau korang sendiri ragu-ragu.

Dalam kebanyakan kes, tak mudah nak dapatkan balik duit deposit yang kita dah bayar kat pemaju. Seolah-olah macam takde harapan langsung.

Kalau betul-betul nak pun, korang akan dikenakan macam-macam terma dan syarat.

Antara yang biasa adalah burn duit deposit 10% serta kos guaman, atau korang kena bantu pemaju (atau penjual) cari pembeli lain.

Kalau korang dah baca sampai sini, mesti korang rasa yang takde harapan langsung untuk dapatkan balik duit tu, kan?

Tak usah risau. Ada je cara yang kita boleh buat untuk dapatkan balik duit deposit tu, tanpa perlu tanggung kos yang besar. Baru korang boleh tidur dengan tenang lepas ni.

Bawah ini ada 5 langkah yang korang boleh gunakan untuk dapatkan balik duit deposit:

Langkah #1: Isytihar kat bank yang gaji anda rendah

Bila korang buat ni, bank akan menyemak harga pembelian hartanah dan tentukan sama ada korang betul-betul mampu bayar balik pinjaman yang dibuat.

Kalau gaji yang korang declare tu rendah, secara automatik korang akan masuk dalam kategori peminjam yang berisiko.

Bank tak suka bagi pinjam duit kat orang yang tergolong dalam kategori ni. Jadi, mereka takde pilihan lain, selain keluarkan surat penolakan pinjaman yang rasmi.

Langkah #2: Dapatkan surat penolakan rasmi daripada bank

Sebaik saja bank menolak permohonan korang, minta surat penolakan permohonan pinjaman tu daripada mereka.

Ini perlu untuk membuktikan kepada pemaju yang korang bukan saja-saja nak batalkan pembelian. Tapi terpaksa batalkan sebab pinjaman korang tak lepas.

Langkah #3: Bagi surat ini kat pemaju atau firma guaman pemaju

Bila dah dapat surat rasmi tu, hantar terus kepada pemaju atau firma guaman pemaju.

Mereka takde pilihan lain, selain membatalkan tempahan korang. Sebab mereka masih perlukan seseorang dengan pembiayaan untuk membeli unit rumah yang mereka jual.

Langkah #4: Dapatkan hitam putih daripada firma guaman tentang pembatalan pembelian

Firma guaman pemaju akan keluarkan satu surat hitam putih, yang menyatakan tempahan korang telah berjaya dibatalkan.

Gunakan surat ini dan buat pemohonan kat mereka untuk bayar balik duit deposit yang korang dah bayar.

Langkah #5: Dapatkan balik deposit anda

Lepas dokumen hitam putih dah tersedia, pemaju akan membayar balik duit deposit korang.

Cuma, mungkin akan ada sedikit potongan kat duit deposit tu untuk yuran pentadbiran urusan pembatalan yang dibuat.

Yang ini, korang boleh rujuk balik kat terma dan syarat yang pemaju bagi sebelum korang letakkan duit deposit tu.

Sabar itu, sebahagian daripada iman

Ingat tau, yang kadang-kadang proses ni akan memakan masa yang agak lama. Ada kes yang ambil masa hingga 2 tahun, baru perkara ni selesai.

Motto yang korang wajib terapkan dalam pelaburan hartanah adalah “slowly but surely” (biar lambat, tapi pasti).

Banyakkan bersabar, berganding bahu dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai, atau bekerjasama dengan ejen atau pakar. Kalau buat semua ini, tak mustahil korang akan jumpa jalan keluar.

Kalau dulu korang tak tahu, sekarang korang mesti dah tahu apa nak buat.

Susah payah korang cari duit. Takkan nak biarkan duit tu lebur macam tu je kan?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Khairul says:

    Salam tuan, maaf jika xkeberatan diharap tuan dpt menjawap soalan sy.. sy nak bertanya, sebelum ni sy ingin membeli sebuah rumah status master title melalui agent. Segala urusan termasuk lawyer sehingga sign spa diuruskan oleh agent. Booking sudah dibayar, semua urusan spa, loan bank dah sign cuma tinggal lawyer untuk advise bank untuk keluarkan duit. Yg menjadi masalah apabila bank tidak mahu keluarkan duit disebabkan pemaju ada tunggakan cukai sebanyak RM50000 dengan pejabat tanah. Soalan sy, adakah sebelum ini peguam atau agent tidak tahu bahawa pemaju mempunyai tunggakan cukai sebanyak itu? Adakah kita sebagai pembeli mempunyai hak yang boleh disuarakan kerana sehingga kini perkara ini masih tergendala? Jika sekarang sy buat keputusan utk tidak meneruskan pembelian, adakah sy boleh dapatkan semula deposit yang telah dibayar? Dan adakah yuran guaman, stamp duti akan ditolak walaupun sy tidak berjaya memiliki rumah itu? Mohon penjelasan tuan dan sedikit nasihat apa tindakan selanjutnya yg boleh dimbil. tq tuan