PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kenapa anda perlu dapatkan bantuan REN bila nak jual rumah?

“Buat apa nak dapatkan bantuan REN? Aku sendiri boleh jual rumah ni.”

Pasti ramai yang pernah bertembung dengan idea ni dalam fikiran. Buat apa nak berkongsi untung dengan REN, kalau kita sendiri boleh jual rumah tu?

Dengar je macam mudah. Tapi hakikatnya, tak semua orang mampu buat.

Kadang-kadang, ada juga ejen hartanah yang otai hadapi masalah masa nak menjual rumah. Apatah lagi kita yang takde pengalaman?

Ini ada 4 sebab kenapa Tok sarankan korang dapatkan bantuan REN, bila nak jual rumah. Tip ni, Tok baca artikel James Vasquez kat blog Lifehack.

#1: Ada perkara yang kita tak tahu

Biasanya, mereka yang cuba menjual rumah tanpa gunakan perkhidmatan ejen hartanah berlesen berpotensi untuk gagal.

Walaupun kita berada pada zaman informasi, tak semua maklumat yang kita dapat itu confirm tepat. Salah satu contoh seperti nilai hartanah sesuatu kawasan.

Nak dapatkan maklumat ni, bukan sekadar tengok harga rumah dalam Mudah.my semata-mata.

Setiap ejen hartanah berlesen ada akses kepada data ini, yang dijamin tepat dalam menentukan nilai semasa rumah korang.

Senang cerita, kalau kedekut sangat nak bayar untuk buat proses penilaian hartanah secara formal, selagi itu korang tak akan tahu nilai sebenar rumah korang tu.

#2: Rumah anda tak dapat pendedahan yang baik dalam pasaran

Mungkin ramai yang perasan papan tanda “untuk dijual” kat depan rumah yang kosong.

Ini antara salah satu bentuk pemasaran yang pemilik rumah suka buat.

Logiknya, lebih ramai orang terdedah kepada iklan kita, lebih tinggi potensi untuk dapatkan prospek yang berminat nak beli.

Nombor ini pula mungkin mencecah ratusan. Tapi, tak semua akan bertukar jadi pembeli.

Ramai pembeli lebih berminat membeli daripada REN, sebab ia lebih mudah dan terjamin.

REN amat membantu untuk dapatkan pembeli yang kita mahukan. Pemasaran dalam laman web hartanah third party belum tentu lagi dapat menjamin rumah korang dapat dijual.

Betul. Korang pasti akan dapat panggilan daripada ramai orang. Tapi, berapa ramai yang korang dapat convert jadi pembeli?

#3: Kurang pengalaman boleh buatkan korang rugi teruk

Cuba jawab soalan ini secara jujur.

Berapa kali korang pernah uruskan proses jual beli rumah?

Bagi yang baru terlibat dalam industri ni, korang pasti boleh kira bilangan ini guna sebelah tangan saja.

Tak kira sama ada korang terima hakikat ini atau tak, REN yang baik pasti ada kelebihan ini. Mereka ada pengalaman yang lebih luas berbanding kita.

Dan dalam pelaburan hartanah, selagi boleh, kita tak nak tersilap langkah. Sekali tersilap, tak mustahil banyak duit kita boleh melebur.

Kenapa Tok cakap macam ni?

Sebab REN yang baik sentiasa berusaha dan belajar untuk uruskan proses rundingan bagi pihak klien mereka.

Mereka akan mengkaji apa yang prospek (pembeli) mahukan, dan padankan dengan rumah yang sesuai.

Bayangkan. Kalau prospek (pembeli) yang kita jumpa lebih berpengalaman dalam bidang hartanah berbanding kita, duit kita ada potensi untuk rugi beribu Ringgit.

Takut dipongah je dengan pembeli nanti.

#4: Masa adalah wang

Sebelum korang nak jimatkan bayaran 3% bila gunakan khidmat ejen hartanah, kira dulu berapa nilai masa korang dalam bentuk Ringgit.

Lepas tu, kira pula anggaran masa yang korang perlukan untuk jual rumah itu.

Dan Tok yakin, ramai antara korang yang tak sanggup gunakan banyak masa sendiri untuk menjual rumah tu.

Kalau korang yang jenis hargai masa, Tok cadangkan bayar saja 3% tu.

Baik lagi korang gunakan masa korang tu untuk uruskan perkara lain yang lebih penting.

Betul. Tak mustahil untuk pemilk rumah menjual rumah sendiri. Tok tak cakap pun tak boleh langsung.

Tapi, kan lebih baik dapatkan bantuan orang yang lebih berpengalaman untuk mudahkan urusan jual beli?

Pilihan terletak atas tangan korang sendiri. Semoga perkongsian ini dapat bantu korang buat keputusan yang baik.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *