Tok faham sangat dah.
Tak semua orang ada masa nak ke BNM (Bank Negara Malaysia) untuk cetak laporan CCRIS. Lagipun, susah nak cari parking kat sana.
Kalau nak buat loan rumah, ini antara dokumen yang wajib korang sediakan. Kalau tak, jangan marah pihak bank reject permohonan korang tu.
Korang tak usah gundah gulana. Tuan Harith Faisal bersama geng GH dan buat ‘bedah siasat’ untuk dapatkan laporan ini daripada rumah. Percuma pulak tu.
Nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian ini.
eCCRIS baru dilancarkan!
Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama.
Ya, hanya sekali saja perlu ke sana (BNM), dan korang boleh dapatkan laporan percuma dari rumah. Asalkan ada Internet.
Nah, saya sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM. Syukur, hidup kita semakin hari semakin mudah.
Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit.
Laporan CCRIS ni, dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini untuk kesemua hutang korang dengan bank.
Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor ‘0, 0, 0, 0, 0.’ Maksudnya, korang takde apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.
Kalau muncul angka ‘1’ tu, maksudnya korang ada 1 bulan yang tertunggak bayaran bulanan.
Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya, dah 3 tahun tak bayar hutang. Biasanya, hutang PTPTN la. Ramai orang yang buat-buat hilang ingatan. Haha!
Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas, dan selamat dunia akhirat. Penerangan lanjut ada kat setiap gambar.
Bila-bila korang ada masa lapang, korang pergi la bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia.
Datang pada hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tak nak susah-payah cari parking? Naik je Uber Atau Grab. Ala, korang keluar modal banyak sekali je.
Ni alamat BNM. Boleh guna Waze untuk ke sini :
BNMLINK,
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah,
Tingkat Bawah, Blok D,
Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480 Kuala Lumpur.
Bila dah sampai depan kiosk tu, korang kena pilih bahasa apa yang korang nak guna. Bahasa Malaysia atau English.
Nak bahasa lain, korang kena pergi negara lain. Okay tak lawak.
Akan keluar 2 pilihan, ‘Cetak Laporan’ dan ‘eCCRIS.’ Korang klik ‘eCCRIS.’
Klik ‘Daftar Pengguna’ segera. Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukan korang tengah jawab soalan SPM pun.
Kemudian, korang kena masukkan kad pengenalan dan sediakan jari korang untuk buat pengesahan biometrik.
Kiosk tu akan minta nombor telefon bimbit korang. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat korang waktu tu. Lepas tu klik ‘Teruskan.’
Semak balik info yang korang masukkan. Bila dah yakin semua betul, klik ‘Sahkan’ tanpa was-was.
Korang akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang didaftarkan tadi, kat smartphone korang yang mahal tu.
Kemudian, klik link kat bawah ni :
Macam ni la rupa laman web dia. Korang klik ‘First Time Login.’
Kat bahagian ‘Nationality,’ pilih ‘Malaysia.’ Untuk bahagian ‘ID Number’ pulak, letak nombor kad pengenalan tanpa simbol.
Kat bahagian ‘PIN,’ korang masukkan ikut nombor pin yang korang dapat tadi tu.
Lepas tu, korang kena daftar ‘User ID,’ ‘kata laluan,’ ‘security question,’ dan ‘security image.’
Kata laluan tu sangat la penting. Ingat baik-baik. Jangan korang main hentam saja.
Dah selesai. Korang boleh buka semula link ni (https://eccris.bnm.gov.my/), dan masukkan ‘User ID’ dan ‘kata laluan’ yang korang set tadi.
Nak dapatkan eCCRIS korang? Ini caranya. Klik ‘Enquiry’ kat tab atas tu dan pilih ‘Self Enquiry.’
Korang kena baca ‘Disclaimer’ yang terpapar kat situ. Kemudian, tick ‘I Agree’ dan klik ‘Report Enquiry.’
Lepas tu, korang akan dapat tengok semua laporan CCRIS korang.
Siap. Jadi lepas ni, korang tak payah nak berpeluh ketiak pergi ke Bank Negara.
Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya perlu gerakkan jari-jemari saja.
Dan semua ni, 100% PERCUMA!
Bawah ni, saya sediakan jugak contoh laporan CCRIS.
—
Bertambah senang kerja korang. Pergi untuk daftar kat kiosk sekali seumur hidup, dah boleh cetak laporan ni berulang kali. Free pulak tu.
Dah, berhenti buat alasan. Luangkan masa untuk ke BNM untuk mendaftar. Pelan masa tu elok-elok. Yang pasti, elakkan buat waktu lunch. Confirm ramai orang.
Silakan SHARE perkongsian bermanfaat ni kat kawan-kawan korang yang nak beli rumah. Lagi ramai tahu, lagi bagus.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]