PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Cara power dapatkan tunai segera selain refinancing

Tujuan utama ramai orang nak buat refinancing, adalah untuk dapatkan lebihan tunai.

Dengan cash yang korang dapat tu, boleh la korang buat renovation atau beli perabot supaya dapat tingkatkan nilai rumah yang nak disewakan.

Bermakna, lebih banyak untung yang korang boleh buat.

Cuma, refinancing agak leceh. Dan korang ada lagi satu pilihan (option) yang lebih baik berbanding refinancing.

Nak tau lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian power ini. Tok dapat idea ni lepas baca perkongsian kat blog WMA Property.

Pernah dengar tentang top-up loan?

Top-up loan adalah pinjaman tambahan ke atas baki tertunggak gadai janji semasa, dan ia berdasarkan kenaikan nilai pasaran semasa hartanah yang dicagarkan oleh si peminjam.

Sesetengah bank mungkin akan buka 2 akaun bila korang buat top-up loan (contoh : 2 akaun berbeza yang korang kena servis setiap bulan), dengan 2 kadar faedah yang berbeza.

Dan ada jugak bank yang akan buat top-up loan pada satu akaun yang sama (yang korang pernah buat dulu), dengan hanya satu kadar faedah.

Bermakna, korang hanya servis satu loan je.

Cuma, jumlah ansuran bulanan korang akan naik sedikit berbanding ansuran terdahulu. Dan semua ni bergantung kat polisi yang ada kat setiap bank.

KLIK SINI UNTUK BACA : Kebenaran refinancing pelabur baru wajib tahu. No. #3 paling ngam untuk anda buat 

Anda akan faham 100% lepas baca contoh ini

Tak sah kalau Tok tak bagi contoh supaya korang lebih mudah faham tentang top-up loan.

Katakan, Jenny beli sebuah kondo 9 tahun yang lepas, dengan mendapatkan loan sebanyak RM120,000 daripada bank A.

Ini kiraan yang akan berlaku :

Sebelum Jenny buat top-up loan

  • Jumlah loan : RM120,000,
  • Baki loan pada tahun 2014 : RM100,000,
  • Tempoh loan : 30 tahun,
  • Kadar faedah : 4.5%,
  • Ansuran bulanan : RM608.

Selepas Jenny buat top-up loan

Katakan rumah yang Jenny beli tu, nilainya dah meningkat kepada RM250,000.

Bank A bagi Jenny sebanyak 80% nilai pasaran dengan jumlah pinjaman terkumpul ((80% X RM250,000) – RM100,000) selepas menilai DSR (Debt Service Ratio) dan juga faktor-faktor lain.

Kiraan yang berlaku adalah seperti berikut :

  • Amaun top-up loan : RM100,000,
  • Tempoh loan : 25 tahun,
  • Kadar faedah : 4.8%,
  • Ansuran bulanan : RM573.

Jadi, jumlah ansuran bulanan yang Jenny kena servis adalah sebanyak RM1,181 (RM608 + RM573).

Nak wang tunai cepat? Boleh guna cara ini 

Korang hanya boleh buat top-up loan dengan bank yang sama (bank yang mula-mula korang apply buat loan).

Dan kadang-kadang, bank akan ikut segala terma dan syarat daripada agreement asal loan yang korang buat tu.

Sebagai info tambahan, top-up loan sesuai untuk peminjam yang perlukan wang tunai dengan cepat.

Sebagai maklumat tambahan korang, ini adalah kelebihan ketara yang ada pada top-up loan berbanding refinancing.

Dengan cara ini, korang tak payah nak buat balik segala dokumentasi seperti refinancing. Korang hanya perlu up-stamp dokumen sebelum ini je.

Bermakna, korang dah boleh jimat banyak dari segi entry cost.

Selain tu, penalti penamatan awal tak akan digunakan oleh pembiaya korang (bank) bila buat cara ini.

KLIK SINI UNTUK BACA : 11 perkara orang bijak ambil tahu sebelum refinance rumah 

Apa kelebihan cara ini berbanding refinancing?

  • Korang tak perlu buat balik segala loan agreement daripada mula (from scratch),
  • Korang hanya perlu bayar fi yang minima (ini sebab, korang hanya perlu up-stamp dokumen sedia ada, berbanding refinancing di mana korang kena buat semua daripada mula),
  • Tempoh proses semua ini tak makan masa yang lama seperti buat refinancing (sebab korang buat pinjaman dengan bank yang sama, untuk pinjaman yang korang dah buat sebelum ni).

Apa pula kekurangan cara ini?

  • Korang tak boleh ubah beberapa perkara seperti Effective Lending Rate (ELR) dan tempoh loan sedia ada (bermakna, korang tak boleh nikmati kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh servis loan yang lebih singkat),
  • Korang mungkin perlu servis atau bayar 2 akaun yang berbeza, kalau bank buka akaun baru bila korang buat top-up loan,
  • Jumlah top-up loan mungkin terhad, sebab bank lain mungkin tawarkan valuasi yang lebih tinggi (sebab korang buat dengan bank yang sama, korang tak berpeluang untuk dapatkan kadar yang lebih baik yang ditawarkan oleh bank lain).

Apa yang anda perlu sediakan?

Top-up loan tak ubah macam korang nak apply loan rumah buat pertama kali.

Sebelum korang layak buat cara ni, korang wajib pastikan yang :

  • DSR (Debt Service Ratio) korang tak burst,
  • Lebih senang nak lulus kalau korang mempunyai track record bayaran hutang yang cun-melecun.
  • CCRIS dan CTOS korang takde sebarang masalah.

Kalau korang jaga semua ni, korang ada peluang yang cerah untuk dapatkan top-up loan tanpa bazirkan banyak masa.

KLIK SINI UNTUK BACA : Lelaki ini berjaya kecutkan komitmen sedia ada dengan teknik refinancing? 

Mungkin ada kelebihan untuk korang gunakan kaedah ni berbanding refinancing.

Semua ni bergantung kat matlamat yang korang nak capai. Tapi kalau ikutkan, lebih selamat korang gunakan cara ni.

Itu pun kalau korang tak kisah servis loan pada kadar yang bank dah tetapkan. Kalau tak, boleh je gunakan refinancing. Cuma, pastikan korang tau apa yang korang buat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *