PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini berjaya kecutkan komitmen sedia ada dengan teknik refinancing

Artikel Tok kongsikan kali ini ditujukan khas untuk anda (tak kira lelaki atau perempuan) yang sudah mempunyai rumah.

Bagaimana untuk kurangkan komitmen bulanan dan jadikan ia sebagai senjata untuk menambah aset hartanah yang seterusnya, walaupun kita sudah ada komitmen bulanan untuk rumah pertama.

Terima kasih kepada individu bernama Khairul Ezuwan yang berkongsi langkah demi langkah dan kiraan yang jelas untuk membantu orang ramai memahami strategi ini.

Apa itu strategi top up financing a.k.a refinancing?

Top up financing adalah menambah pinjaman melalui bank yang sama dengan meletakkan charge kedua atas property yang sama.

Contoh baki pinjaman rumah RM100,000, nilai semasa rumah yang kita miliki RM250,000.

Maka kita layak untuk membuat pinjaman maksimum sehingga 90% daripada harga pasaran.

“90% x RM250,000 = RM225,000. “

RM225,000 – RM100,000 (baki pinjaman) = RM125,000 adalah kelayakan maksimum untuk tambah pinjaman (bergantung kepada kemampuan dan kiraan DSR – Debt Service Ratio).

Saya ambil contoh top up financing cuma RM100,000 untuk tempoh 10 tahun dengan kadar faedah (interest rate) sebanyak 4.5% .

Maka instalment bulanan top up ini ialah RM1,037.

Klik sekarang untuk baca: 11 perkara orang bijak ambil tahu sebelum refinance rumah.

Bagaimana Najibun sesak nafas setiap bulan kerana jumlah komitmen.

Ini adalah contoh yang dapat membantu anda faham strategi yang Khairul Ezuwan cuba sampaikan.

Komitmen sedia ada Najibun (Bukan nama sebenar):

Gaji bersih = RM5,000 (selepas tolak EPF, socso & PCB)

Komitmen:

1. Rumah: RM700 (baki RM100,000)

2. Kereta: RM600 (baki tinggal RM30,000)

3. Kereta 2: RM400 (baki tinggal RM10,000)

4. Personal Loan Easy: RM500 (baki tinggal RM15,000)

5. Personal loan 2: RM300 (baki tinggal RM15,000)

6. Credit card: RM1500 (penggunaan RM30,000 x 5% bayaran minimum)

Jumlah total komitmen: RM700 + RM600+ RM400 + RM500 + RM300 + RM1,500 = RM4,000

Jumlah DSR: RM4,000 / RM5,000 = 80%

Dalam keadaan ini Najibun pasti mengalami masalah kewangan dengan baki gaji cuma tinggal RM1,000 sahaja.

Kaedah guna top up financing untuk kecilkan komitmen bulanan.

Gunakan RM100,000 top up financing tadi untuk membayar full settlement @ baki pinjaman item 2, 3, 4, 5 & 6 yang berjumlah RM100,000 .

Bagi penyata semua item ini pada bank untuk membuat penyelesaian terus atau overlapping. Maka komitmen bulanan item 2, 3, 4, 5 & 6 dapat dimusnahkan.

Komitmen baru Najibun adalah seperti berikut:

1. Rumah = RM700

2. Top up loan Rumah = RM1,037

Jumlah total komitmen: RM700 + RM1,037 = RM1,737

Jumlah DSR: RM1,737 / RM5,000(gaji bersih) = 34.74%

Sekarang Najibun boleh mohon pinjaman rumah maksimum bernilai RMXXX,XXX.

Dalam situasi ini Najibun masih layak lagi untuk membuat pinjaman perumahan maksimum berjumlah lebih kurang RM350,000.

Refinancing atau top up financing bukan satu penyelesaian tapi satu pilihan sementara untuk pengecutan komitmen. Tak berhutang adalah lebih baik.

Dan tak semua situasi refinancing atau top up property boleh digunapakai.

Ada masanya kena melakukan pelupusan atas hartanah tersebut sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah kewangan.

Klik sekarang untuk baca: Bank reject permohonan loan rumah anda sebab reschedule PTPTN?

Patut ke anda semua guna strategi refinance

Selepas Tok baca artikel ini, ulasan Tok sama seperti Khairul Ezuwan.

Beliau kongsikan strategi dan kiraan ini bukan untuk mempengaruhi anda semua supaya gunakan pendekatan ini bulat-bulat dan membabi buta.

Tok setuju bahawa refinancing ini bukan satu jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah kewangan.

Ia hanya antara pilihan yang boleh kita buat untuk kecilkan komitmen bulanan yang membuatkan diri sendiri tak senang tidur setiap malam.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *