PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini kongsi kenapa biarkan isteri bekerja, walaupun mampu tanggung semua

Kos sara hidup, semakin lama semakin tinggi.

Agak susah nak hadap kehidupan sekarang, kalau tak gabung pendapatan suami isteri.

Jarang sekali pasangan sekarang, salah seorang tak bekerja. Nak harapkan duit gaji si lelaki semata, mungkin tak cukup nak tanggung semua.

Ramai yang ingat, pasangan yang makan gaji je yang wajib buat perkara ni.

Mungkin pandangan korang akan berubah lepas baca nukilan sempoi Tuan Faizul Ridzuan ini.

Nampak macam mampu tanggung semua. Tapi…

Salam semua.

Berkali saya ditanya oleh ramai orang, kenapa saya masih biarkan my better-half (isteri saya) bekerja.

Padahal, ramai berpendapat, pendapatan saya sekarang, mampu tanggung segala keperluan asas. Kami boleh nikmati gaya hidup kelas pertengahan yang selesa.

Baru-baru ni, kecoh tentang seorang artis pukul bini yang sedang dalam pantang. Kes ni dah pun viral, dan banyak menimbulkan kemarahan netizen.

Tergerak saya untuk menulis pandangan, kenapa pasangan patut dibiarkan bekerjaya selepas mendirikan rumah tangga.

Lebih suka bini jaga anak dekat rumah?

Dalam kes saya, pandangan ini banyak berpunca daripada pengalaman daripada keluarga saya sendiri.

Ayah saya seorang yang tradisional. Beliau lebih suka mak saya tak bekerja dan menjaga anak-anak di rumah.

Waktu tu, beliau bekerja sebagai boilerman dekat sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan buat bisnes menjual kereta terpakai pada masa yang sama.

Mak saya pula, kerja ‘gomen’ untuk ROC dan lebih suka untuk membina pendapatan sendiri.

Lepas dah berbincang banyak kali tentang perkara ni, mak saya bersetuju dengan pilihan bapa saya dan ambil keputusan untuk berhenti kerja.

18 hingga 14 bulan, terpaksa hidup susah

Pendekkan cerita, nasib rakyat Malaysia tak berapa baik pada tahun 1997 dan 1998. Krisis kewangan Asia ‘melanggar’ kita.

Bapa saya kehilangan kerja di hotel dan bisnes kereta terpakai tadi, terpaksa gulung tikar akibat terkesan oleh krisis ini.

Segala simpanan yang susah-payah dikumpul sebelum ni, habis dipakai untuk survive.

Dan kami sekeluarga takde sumber pendapatan sebab ayah dah tak bekerja, dan mak pula dah bersara setahun dua sebelum Malaysia dilanda krisis kewangan ini.

Tempoh 18 hingga 24 bulan yang seterusnya, memang susah untuk kami sekeluarga. Kebanyakan masa, kami hanya makan nasi dengan telur saja.

Siapa boleh jangka masa depan?

Dengan pengalaman yang pernah saya tempuh ni, saya bagitau teman ‘bekas teman wanita’ saya (sekarang dah jadi isteri), yang saya galakkan beliau ada karier sendiri.

Saya tak minta pun beliau berhenti kerja, walaupun beliau tau saya mampu untuk tanggung semua benda.

Sebab apa saya cakap macam ni?

Kita tak pernah tau apa yang bakal berlaku pada masa depan. Dan kalau sebarang perkara buruk terjadi kat saya, keluarga saya tak terkesan sangat sebab beliau masih ada lagi sumber pendapatan.

Dan kalau ada sebarang perkara buruk yang berlaku kat diri saya, 2 puteri kesayangan saya tak perlu hadapi kesusahan yang pernah saya lalui sebelum ni.

Adakah ini keputusan terbaik untuk keluarga saya? Terus-terang, saya tak tau.

Adakah keputusan ini ideal? Sekali lagi, terus-terang saya cakap, saya tak tau.

Tapi ini apa yang saya tau :

#1 : Terpaksa bermula dari zero

Sesetengah perkahwinan, tak kekal untuk tempoh waktu yang lama.

Pasangan yang dah berkorban untuk berhenti kerja (kes mak saya), terpaksa mencari kerja semula dan bermula daripada zero.

#2 : Hilang sumber pendapatan utama

Sentiasa ada kemungkinan, pencari nafkah utama keluarga boleh diberhentikan kerja pada bila-bila masa.

#3 : Mungkin nasib kita tak berapa baik

Malang sentiasa tak berbau. Pencari nafkah utama keluarga ada kemungkinan terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Atau lebih teruk lagi, cacat kekal dan tak mampu nak bekerja.

#4 : Ada masa kat atas, ada masa kat bawah

Bisnes saya mungkin cemerlang buat duit untuk tempoh setahun dua ini. Dan masih ada kemungkinan, juga bisnes saya tak buat untung untuk tahun yang mendatang.

Kalau takde simpanan yang cukup, ahli keluarga saya yang kena tanggung derita. Ini yang saya tak sanggup nak terima.

#5 : Masalah yang paling ramai orang tak suka

Atau lebih teruk lagi, jadi macam kes pasangan artis baru-baru ni. Dah jumpa pasangan baru, terus lupa pasangan yang lama.

Kesian yang lama teraniaya.

Yang si suami pergi karaoke dengan teman wanita baru semasa isteri sedang berpantang anak pertama. Siap bantai lagi isteri dia bila kantoi.

Disclaimer : Saya tulis ni, bukan berniat nak hentam atau berlaga dengan mana-mana pihak. Cuma sekadar contoh semata-mata.

Takde apa yang terjamin sampai bila-bila

Ya, isteri saya masih bekerja semasa artikel ni sedang ditulis. Beliau ada karier sendiri.

Beliau bekerja bersungguh-sungguh setiap hari, sebab takde satu pun perkara dalam dunia ni terjamin. Beliau bekerja sehingga hari ni untuk pastikan masa depan anak-anak kami, terjamin.

Takpe. Saya tak kisah walaupun beliau tak banyak luangkan masa bersama saya. Pada saya, ini jugak salah satu tindakan yang membuktikan kasih sayang beliau.

Kalau si suami minta korang bekerja, tak bermakna dia berharap kat gaji korang tu. Cuba untuk buka minda kita sikit dan pandang pada sudut yang lain buat seketika.

Mungkin si suami risau, takut apa-apa yang buruk berlaku kat keluarga.

Dan kalau si isteri tu bekerja, tak bermakna beliau takde usaha nak jadi seorang mak atau yang baik.

Mungkin niat isteri kita, nak sediakan keluarga kalau (minta dijauhkan) apa-apa perkara buruk berlaku pada suami.

Kasih sayang, bukan takat bersama ke mana-mana macam belangkas.

Tapi juga berkongsi tanggungjawab, tak gitu?

Ini bukan zaman tok kadok. Wanita juga mampu hidup berdikari

Bahagian yang ni pulak, Tok kongsikan nukilan Tuan Harith Faisal yang sempoi kat Facebook beliau. Saja nak bagi lebih ‘oomph’ :

Ini pesanan untuk bini-bini. Kalau hidup terlalu bergantung harap kat lelaki, korang akan jadi lemah dan tak berani.

Bila mereka ‘tinggalkan’ korang, korang akan jatuh tersembam ke bumi.

‘Tinggalkan’ ni, boleh jadi mungkin daripada kematian atau penceraian. Takde siapa minta musibah melanda.

Tapi korang kena bersedia sebab kematian tu, pasti. Kita pun tak tau bila kita akan menghadap ilahi.

Tak salah si bini mengharap kat suami, tapi ia tetap berisiko tinggi.

Cipta pendapatan sendiri dan mulakan hidup berdikari, walaupun suami korang masih sihat, sweet, dan setia di sisi.

Walaupun korang seorang suri rumah, jadi la suri rumah yang berpendapatan. Dunia di hujung jari, dan luas terbentang peluang di hadapan. Usaha supaya cerah masa depan.

Semoga sekalian isteri kat luar sana semakin berani merancang kewangan dan beli rumah sendiri.

Andai korang ditinggalkan juga, korang ‘ditinggalkan’ dalam keadaan bermaruah dan tak menagih simpati.

Wahai bini-bini, setuju ke tak ni? Haha!

Ramai yang setuju dengan perkara ni?

Tak cukup dengan pesanan Tuan Harith Faisal tadi, kita tengok pulak apa kata rakan seperjuangan yang sama-sama setuju dengan isi perkongsian ini.

Tengok apa komen Tuan Zaidi Ismail yang cukup sempoi ni. Nampak sangat sayang bini. Hehe :

Screen Shot 2017 07 31 at 5.22.13 PM 1

Yang ni pulak komen follower Tuan Faizul Ridzuan yang setuju keras dengan pandangan beliau sebentar tadi :

Screen Shot 2017 07 31 at 5.48.14 PM 1

Ini komen dan pandangan membina yang Tok jumpa kat dinding Facebook Tuan Harith Faisal :

Screen Shot 2017 07 31 at 5.23.27 PM 1

Jadi, apa pula kata korang kat luar sana? Setuju ke tak? Jemput kongsikan pandangan korang kat bahagian komen.

Zaman sekarang memang dah tak sama macam dulu-dulu.

Mungkin, masih ada yang bernasib baik. Tapi, kena jaga-jaga jugak. Nasib tu, tak mustahil boleh berubah dalam sekelip mata.

Tok tak nak korang ambil mudah perkara ni. Baik lagi korang sediakan apa yang patut awal-awal, supaya korang tak sakit sangat nanti. Semoga berjaya, Tok doakan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *