PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jangan beli rumah waktu ekonomi sedang ‘sakit’?

Ramai yang anggap, kita patut elak beli rumah waktu ekonomi sedang bermasalah.

“Bukan apa. Saya takut rugi kalau beli sekarang.”

Kalau tanya Tok, bila-bila masa adalah masa yang sesuai untuk membeli. Yang penting, korang tahu cara yang betul.

Nah, Tok kongsikan 5 tip yang Tok baca dekat blog Durian Property ni.

Dalam masa yang sukar juga, ada peluang untuk kita beli rumah yang bagus. Tak kira untuk duduk sendiri atau pelaburan.

Tip #1 : Beli rumah yang dah siap atau ‘sub-sale’

Dalam erti kata yang lebih mudah faham, rumah sub-sale bermaksud rumah secondhand (atau rumah terpakai).

Rumah jenis ini lebih baik berbanding membeli rumah yang sedang dibina (under construction).

Bukan tak boleh beli rumah underconstruction. Cuma, ia masih ada risiko ditinggalkan pemaju dek kesan daripada ekonomi yang tak sihat.

Kalau nak beli juga, pastikan dulu pemaju itu tak ada rekod tinggalkan projek perumahan yang sedang dibina.

Nak lagi selamat? Beli rumah kat pemaju yang ada nama baik dalam industri seperti S.P Setia, Sime Darby, atau lain-lain pemaju yang berkaliber.

Antara kelebihan beli rumah yang dah siap dan rumah sub-sale adalah:

  • kita boleh pindah masuk terus lepas selesaikan transaksi kewangan (rumah dah confirm siap),
  • boleh tengok keadaan semasa rumah sebelum membeli,
  • ada potensi untuk dapatkan harga yang rendah daripada nilai pasaran.

Tip #2 : Buru rumah yang dijual bawah nilai pasaran

Ramai pakar hartanah berpendapat, sekarang adalah masa terbaik untuk kita membeli rumah.

Kenapa? Sebab prospek ekonomi negara tengah tak stabil. Orang akan jadi kurang bernafsu nak keluarkan duit untuk membeli rumah.

Bila ini terjadi, kadar permintaan akan terkesan dan berkurang.

Dan pemaju pula, mereka nak buat jualan. Jadi, akan ada macam-macam tawaran menarik yang mereka akan bagi kat prospek yang berminat.

Permintaan (demand) dan persaingan yang rendah adalah punca utama rumah dijual bawah nilai pasaran (below market value, atau BMV).

Tok tak cakap senang nak cari rumah macam ini. Tapi, ia wujud dan tak mustahil korang boleh jumpa kalau cari betul-betul.

Cuma, korang kena berjaga-jaga. Scammers pun suka gunakan ayat BMV ini.

Tip #3 : Maksimumkan jumlah dan tempoh pinjaman

Ini satu cara supaya korang dapat beli rumah waktu ekonomi tak sihat.

Dengan cara ni, korang boleh kurangkan bebanan kewangan dan buatkan aliran tunai lebih stabil. Korang tak akan rasa sesak sangat nak bayar pinjaman yang korang buat kat bank.

Bawa berbincang perkara ini dengan ejen bank yang korang jumpa. Korang boleh siapkan sekali dokumen berkaitan rekod kewangan korang, supaya mereka tak berat hati nak panjangkan tempoh pinjaman.

Tip #4 : Cari penjual yang terdesak

Mungkin cara ini agak kasar pada pandangan orang lain. Lain orang, lain pemahaman.

Tapi hakikatnya, pembeli yang berminat akan ada kuasa vito dari sudut tawar-menawar. Dan ini akan berikan kelebihan kat korang untuk membeli rumah dengan harga yang berpatutan.

Ada banyak sebab yang buatkan pemilik rumah itu nak jual rumah dengan cepat. Mungkin ada kaitan dengan masalah kewangan, atau lain-lain faktor.

Dan ini adalah peluang terbaik untuk korang sambut dan gunakan.

Cuma, Tok nak pesan. Sebelum membeli, periksa dulu keadaan rumah supaya korang tak ditipu. Banyak juga kes berputih mata, sebab tergesa-gesa dan teruja sangat nak beli rumah murah.

Tip #5 : Pilih skim pinjaman yang hampir dengan kadar sewa semasa anda

Kalau korang ambil pinjaman, korang boleh pastikan kadar ia hampir dengan sewa rumah (atau ansuran rumah) yang korang bayar sekarang.

Tujuan tindakan ini adalah supaya korang tak terbeban secara teruk dengan kenaikan perbelanjaan secara mendadak.

Kalau harga rumah baru lebih banyak daripada sewa (atau ansuran rumah) sekarang, kewangan korang bakal terganggu secara negatif. Nanti ada saja isu tak cukup duit setiap bulan.

Kalau kadar bayaran kat bank lebih kurang sama dengan kadar sewa (atau ansuran rumah) sekarang, korang boleh buat bajet siap-siap dan sediakan duit yang cukup setiap hujung bulan.

Apa-apa pun, pastikan ia tak lebih daripada kapasiti kewangan korang. Kalau tak mampu, sabar dulu dan cari jalan untuk tambah jumlah pendapatan dengan segera.

Tok harap dengan tip ni, korang dapat beli rumah tanpa mengira situasi dan keadaan ekonomi semasa.

Tak bermakna ekonomi tengah teruk, korang tak boleh nak beli rumah langsung.

Dalam setiap masalah, akan sentiasa wujud peluang. Tanam ayat berharga ni dalam minda korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *