PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
beli rumah

Beli rumah vs sewa rumah, mana satu lebih baik?

“Ada orang kata, lebih untung bila kita membeli rumah.”

Korang rasa macam mana? Sejauh mana kebenaran ayat ni?

Pada pandangan Tok, ia bergantung kat situasi masing-masing. Tapi, nak kata “lebih untung’ tu, tak semestinya.

Kenapa? Sebab kadang-kadang, lebih baik kita menyewa berbanding membeli rumah.

Jom kita selami perkongsian Tuan Khairul Ezuwan pasal perkara ni dalam-dalam, supaya kita lebih faham.

“Beli rumah, pasti untung?”

Mungkin kenyataan ini nampak seperti songsang. Tapi korang fikir sendiri guna logik akal.

Ini bergantung dekat sesuatu lokasi, dan tak terpakai dekat semua jenis hartanah.

“Beli rumah, pasti untung” adalah satu persepsi yang sudah tak boleh digunapakai lagi pada masa sekarang.

Sekarang masa buat pilihan yang baik dan tepat atas sesuatu pemilikan hartanah.

Beberapa perkara harus korang selidik dulu, seperti lokasi tumpuan penyewa, lokasi yang matang, lokasi banyak kosong, lokasi duduk sendiri dan lain-lain.

Saya bagi contoh satu lokasi yang korang lihat lebih menjurus untuk sewaan dengan kepadatan penduduk yang masih kurang (yang harga jualannya RM450,000), tapi market sewa dalam lingkungan RM1,000.

Kalau tanya saya, saya akan jawab lebih baik korang menyewa je dari beli property berkenaan.

Kalau korang beli, korang akan keluarkan deposit tunai lebih kurang RM50,000, termasuk kos yang lain.

Lepas tu, monthly installment dalam lingkungan RM2,000. Maintenance fee lagi RM200 .

Profit bulanan bank sahaja dah RM1,500 tau.

Kalau menyewa, korang hanya perlu keluarkan deposit lebih kurang RM3,500, dan kos sewa bulanan sebanyak RM1,000 je.

“Rugi sekejap takpe. Kami tunggu kenaikan harga”

Fahamkan dulu.

Lokasi rumah tumpuan penyewa, nilai rumah itu biasanya tak akan lari jauh dari pengaruh market rental.

Kalau sekarang korang menyewa RM1,000, sekiranya purata sewa dekat kawasan itu RM2,000, baru la nilainya hampir match dengan harga RM450,000 .

Korang fikir sewa akan naik mendadak dalam tempoh 4 hingga 5 tahun?

Fikirkan semula.

Kalau sesuatu kawasan tu hanya ramai penyewa dan market rental sebanyak RM1,000, dan kononnya market value kawasan berkenaan RM450,000, saya pasti kawasan tu dah terkena penangan ‘teori spekulator’.

beli rumah

Habis tu, tak perlu beli rumah ke? Nak menyewa je sampai ke tua?

Tak. Kita ada banyak pilihan rumah yang lain, yang mana lebih berpotensi untuk bina positive cash flow & lebih berpotensi untuk kenaikan harga.

Korang boleh sewakan rumah tu dan boleh menyewa rumah lain, seperti yang saya bagitahu tadi.

Tapi, kalau korang nak beli juga unit tu, mungkin kerana korang memang mahu milikinya, korang tak boleh letakkan faktor positive cash flow pada rental dan mengharapkan kepada kenaikan harga dalam tempoh pendek & sederhana.

Takde kesilapan kalau korang beli memang untuk kegunaan sendiri, bersedia dengan komitmen atau berkemampuan, dan tak mengharapkan sebarang bentuk pulangan.

Kalau korang tak percaya, korang boleh kaji sendiri sesuatu kawasan yang mana majoriti penduduknya adalah penyewa.

Sila lihat benchmark ini. Ini adalah benchmark yang neutral:

  • Sewa RM600 = nilai rumah RM120,000
  • Sewa RM800 = nilai rumah RM160,000
  • Sewa RM1,000 = nilai rumah RM200,000
  • Sewa RM1,200 = nilai rumah RM240,000
  • Sewa RM1,500 = nilai rumah RM300,000
  • Sewa RM2,000 = nilai rumah RM400,000
  • Sewa RM3,500 = nilai rumah RM700,000

Pandangan ke atas benchmark rental ni tak boleh digunapakai untuk kawasan yang matured, dan kepadatan penduduknya adalah mereka yang beli rumah untuk duduk sendiri (own occupancy).

Kalau korang ada kemampuan atas nilainya, membeli adalah yang terbaik dan potensi kenaikan harganya lebih jelas sebab bertujuan untuk guna sendiri.

Kalau suka & mampu, tak salah untuk korang beli.

P/S: Boleh share sekiranya bermanfaat untuk anda & rakan-rakan anda.

Tok harap perkongsian ni dapat jawab persoalan korang yang masih lagi confused sama ada nak beli rumah atau nak menyewa.

Apa-apa pun, timbang duit di poket sendiri dulu. Kalau belum mampu, tak salah menyewa dulu. Ada rezeki lebih sikit nanti, bolehlah angkut rumah sendiri.

Tok percaya korang sendiri tahu pilihan terbaik untuk korang. Kalau korang nak tahu lagi banyak tentang hartanah, korang boleh join Webinar percuma saudara Faizul Ridzuan ni. Senang je, cuma klik gambar bawah ni untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

image
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Ridzuan says:

    Betul tu tok..tengok tempat dan keadaan juga nak beli rumah ni