Ramai yang anggap, gaji bawah RM2,000 sebulan tak ada peluang untuk membeli rumah.
Ungkapan ini adalah tak tepat. Ada je cara untuk kita kumpul duit dan beli rumah dalam masa 6 tahun akan datang.
Syarat untuk capai matlamat ini, korang kena ada disiplin dalam menyimpan sedikit wang setiap bulan.
Dan jumlah yang diperlukan, tak banyak mana pun. Kalau gaji korang RM1,500, korang hanya perlu simpan tak sampai 20% sebulan.
Ini peluang untuk korang yang baru mula bekerja, dan tak tahu nak mulakan simpanan dekat mana. Jemput hadam perkongsian ini laju-laju.
Ini perkongsian oleh Cikpuan Syafieqah A’lya yang simple tapi padu.
Pasangan muda yang baru nak berumahtangga dan impikan sebuah rumah untuk mereka berdua pada masa akan datang, boleh cuba cara ini.
Katakan, gaji bersih korang dan bakal pasangan hidup adalah RM1,500 sebulan:
1) Lelaki dan perempuan, apply ASB Financing RM50,000 dengan bayaran bulanan RM275 dan tempoh pembiayaan maksimum 30 tahun.
2) Tahun pertama, kekalkan bayaran RM275 itu selama setahun. Apply tambahan sijil ke-2 ASB Financing RM50,000, maksimum pembiayaan 30 tahun pada tahun ke-2.
Selepas dividen akaun pertama diumumkan, gunakan dividen ini untuk bayar terus 1 tahun sijil pertama RM50,000 (Teknik ‘rolling dividend’). Gunakan cara ini untuk tempoh 6 tahun.
3) Pada waktu ini, komitmen korang hanya RM275 untuk sijil ke-2 ASB Financing. Korang hanya mengekalkan pembayaran RM275 sebulan selama tempoh 5 tahun untuk sijil ke-2.
Selepas 6 tahun untuk sijil pertama dan 5 tahun untuk sijil ke-2 ASB Financing tu, hentikan kedua-dua loan (pinjaman) ini.
Ini hasil yang bakal korang dan pasangan dapat:
Keseluruhan untuk kedua-dua siji tu berjumlah RM28,617 (untuk seorang) dan RM57,234 (kalau korang buat bersama bakal pasangan hidup).
Dengan duit yang terkumpul ni, korang boleh guna duit ni sebagai duit persediaan untuk kahwin, dan beli sebuah rumah harga RM200,000.
Duit baki yang ada, gunakan sebagai simpanan tunai selepas dah berkahwin nanti.
Korang jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah. Hakikat yang saya nampak hari ni, ramai orang yang bekerja lebih daripada tempoh ni, masih lagi belum beli rumah.
Paling kurang sebelum mampu untuk membeli rumah, kita sediakan dulu payungnya. Bukan bocorkan lagi bumbungnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pasangan muda yang bergaji bawah RM2,000. Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ini. Selagi kita punya niat yang baik dan terus berusaha, In Shaa Allah semua kita boleh dapat.
Disclaimer #1: Kiraan dividen adalah mengikut kiraan 7.25%.
Disclaimer #2: Perkongsian ini adalah hanya sebagai idea semata-mata. Sila sesuaikan mengikut keupayaan kewangan masing-masing. Pihak GH tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang berlaku pada pembaca.
—
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ini yang Tok nak buktikan pada korang.
Dengan ilmu, korang boleh memaksimumkan peluang dalam menjana untung melalui ASB, Lagipun, teknik ini melatih korang berdisiplin dalam bab menyimpan.
Sabar 6 tahun, korang akan ada simpanan untuk berkahwin dan membeli rumah pada masa yang sama. Suka tak?