Rumah Bawah Harga Pasaran

Beli Rumah Bawah Harga Pasaran Boleh Dapat Cashback?

Sebelum ni, Tok ada cerita tentang beza beli rumah bawah harga pasaran vs cashout (cashback). Kalau korang tak pernah baca lagi, boleh klik sini untuk baca nanti. Tok dah masukkan linknya siap-siap.

Kali ni, Tok nak fahamkan korang tentang teknik beli rumah bawah harga pasaran tapi hujung-hujung bank pulak yang bagi duit kat korang. Bunyi macam sembang kencang kat kedai kopi, tapi inilah hakikat dunia hartanah kalau korang ada ilmunya.

Ya, betul. Memang kalau korang beli rumah bawah harga pasaran, korang boleh dapat cashout. Biasanya orang panggil cashback. Tapi dalam artikel ni, Tok guna perkataan cashout. Ia sama maksudnya dengan cashback.

Strategi Dapatkan Cashout Melalui Rumah Bawah Harga Pasaran

Strategi Dapatkan Cashout Melalui Rumah Bawah Harga Pasaran

Macam mana bank boleh bagi duit kat korang? Kuncinya adalah pada margin pinjaman. Kebiasaannya, bank akan bagi pinjaman sehingga 90% daripada harga pasaran.

Cashout ni korang hanya dapat bila harga pasaran rumah tu lebih tinggi daripada harga rumah korang yang beli. Harga beli = rumah bawah harga pasaran. Harga pasaran tulah yang korang buat pinjaman dengan bank. Jelas ke?

Okay, Tok bagi satu case study untuk korang lebih faham. Ini jadual pengiraan teknik rumah bawah harga pasaran supaya korang lebih nampak jelas macam mana duit cashout tu boleh masuk poket untuk pembelian rumah subsale.

PerkaraNilai / Pengiraan
Harga Pasaran (Market Value)RM400,000
Harga Beli (Nego dengan Owner, Below Market Value)RM320,000
Margin Pinjaman (90% dari Market Value)RM360,000
Lebihan Duit (Cashout)RM360K – RM320K = RM40,000

Korang nampak tak? Bila korang beli rumah bawah harga pasaran, pinjaman RM360,000 tu sebenarnya dah lebih daripada harga yang korang janji nak bayar kat owner (RM320,000). Jadi, baki RM40,000 tu lah yang peguam akan pulangkan balik kat korang selepas semua urusan selesai. Bijak tak bijak?

Kenapa Kena Berhati-hati Bila Dapat Cashout?

Berhati-hati Bila Dapat Cashout

Walaupun nampak macam “duit terpijak”, Tok nak ingatkan korang yang beli rumah bawah harga pasaran dengan teknik cashout ni ada risikonya.

Pertama, hutang korang dengan bank akan jadi lebih tinggi. Bila hutang tinggi, bayaran bulanan pun tinggi. Korang kena pastikan duit sewa yang dapat daripada penyewa korang lepas nak bayar bulan-bulan.

Jangan sampai rumah dapat, cashout, habis, tapi setiap bulan korang makan maggi, top up setiap bulan sebab tak cukup duit bayar bank.

Kedua, korang kena bayar kos guaman dan Stamp Duty yang lebih tinggi sebab nilai dokumen tu ikut harga pasaran. Jadi, korang kena ada simpanan sikit di permulaan untuk bayar peguam dulu sebelum duit cashout tu masuk. Atau boleh deal dengan peguam untuk bayar lepas dapat cashout.

Tips Tok: Apa Nak Buat Dengan Duit Cashout Tu?

Kalau korang dah berjaya beli rumah bawah harga pasaran dan dapat duit lebihan RM30k ke RM50k, ini nasihat Tok:

  • Renovate Rumah: Gunakan duit tu untuk cat baru, pasang kitchen cabinet atau beli perabot rumah. Ini akan naikkan lagi nilai sewa rumah korang.
  • Simpan Untuk Pelaburan: Simpan duit tu dalam ASB atau Tabung Haji. Boleh juga gunakan untuk bayar ansuran bank kalau penyewa korang lari atau rumah tak ada orang sewa.
  • Selesaikan Hutang Jahat: Kalau ada hutang kad kredit atau personal loan yang bunga tinggi, baik korang tutup guna duit cashout ni. Barulah tenang hidup korang.

Kesimpulan

Beli rumah bawah harga pasaran memang satu strategi yang bijak untuk korang kembangkan portfolio hartanah atau sekadar nak ada simpanan kecemasan. Tapi, ia perlukan ilmu dan kesabaran untuk cari “diamond” dalam timbunan pasir.

Korang kena sentiasa peka dengan pergerakan harga pasaran dan jangan malas untuk buat kajian sendiri. Ingat, dalam hartanah, keuntungan dibuat semasa korang “membeli”, bukannya semasa korang “menjual”.

Author

  • Kongsi

Artikel Berkaitan

DSR Calculator

Kalkulator Kelayakan Pinjaman

Cars, PTPTN, Credit Cards, Personal Loans

Your Results


Hebat!
Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin akan diluluskan.
Garis sempadan. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas, anda mungkin memerlukan lebih banyak dokumentasi.

Berisiko Tinggi. Berdasarkan skor DSR yang dikira di atas anda berkemungkinan akan ditolak.

Tempah Perundingan Percuma

Portal majalah hartanah Malaysia terkemuka. Menyediakan tips kewangan, analisa kawasan, dan panduan pelaburan hartanah untuk semua.

Hubungi

©2026 GH Media Ventures Sdn. Bhd. All Rights Reserved.